012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Kiub Ais Meredakan Sakit Kepala

>> 29.5.09


Petang tadi isteri sakit kepala. Saya suruh dia tidur. Lepas maghrib, dia kata sakit sangat sampai ke mata. Macam nak pecah biji mata. Dia minta saya guna teknik akupunktur.

Saya dah lama tak amalkan akupunktur. Kalau guna pun mungkin tangan dah menggeletar. Jarum-jarum pun entah di mana. Saya belajar akupunktur, teorinya di England dan amalinya di Malaysia. Saya belajar dah selesai tujuan. Tujuan asal nak merawat ibu sahaja. Bila ibu dah meninggal, saya jarang amalkan. Siapa yang minta, saya buat.

Begitu juga tujuan belajar homeopati dan herbalogi. Belajar sampai dapat PhD in Homeopathic Medicine; dan MSc in Herbalism. Boleh buat ubatan sendiri dan boleh merawat pesakit. Tapi tujuan belajar hanya satu, iaitu nak merawat ibu. Bila ibu dah meninggal, homeopati dan herbalogi dah tak dihirau sangat. Ada yang datang minta, baru saya buatkan.

Kalau nak cari duit, buka pusat homeopati, herbalogi dan akupunktur pun boleh. Tapi bukan itu tujuan belajar dulu. Sekarang, hanya by appointment only.

Berbalik kepada sakit isteri tadi. Apa yang saya lakukan ialah dengan membuat tuaman kiub air-batu pada dahi dia dan menekan sedikit pada perut bahagian kanan. Itu teknik urutan. Alhamdulillah. Sekarang dah ok. Dah boleh tidur. Isteri biasa dengan urutan saya. Lepas bersalin pun saya yang urut. Tak perlu panggil bidan.

Sebentar tadi saya goreng kentang. Suruh dia makan. Kalau betul-betul sihat, pagi besok nak jalan-jalan ke Perak. Nak ziarah mengejut blogger Zaid di Telok Intan dan MSK di Kuala Kangsar.

Read more...

Makanan Dibalut Daun Anggur

>> 28.5.09


Seperti biasa, setiap minggu saya menerima email dari pemaya blog mengenai berbagai perkara. Ada minggu banyak dan ada minggu sedikit. Minggu ini agak banyak. Termasuk ahli perniagaan, profesor dan penyelidik.

Kebanyakan perkara yang disentuh adalah "personal". Itu tulis mereka. Yang betul-betul personal saya jawab melalui email juga. Namun, ada yang personal tetapi saya kira sebagai awam. Yang ini saya akan tulis dalam blog ini dari semasa ke semasa. Maaf saya tukar status personal kepada status awam atau terbuka.

Antara yang saya tukar status ialah cara-cara membuat ragi tradisional. Ini saya akan buat satu tajuk dalam blog ini, insya Allah. Mengenai cara menyemai benih pohon anggur, saya dah buat tajuk dalam blog yang lain. Penulis-penulis email boleh layari di Taman Pokok Temperate. Ini blog baru saya. Posting pun baru malam tadi.

Mengenai cara membalut makanan dengan daun anggur pun ada beberapa email. Mungkin mereka ini sudah ada pokok anggur. Sebenarnya, perkara ini saya dah siarkan dalam blog ini dan blog-blog lain. Tapi saya dah lupa, bila dan di mana. Malas nak buka arkib. Jadi, saya siarkan pula dalam blog yang lain, iaitu: Kelab Peminat Pohon Anggur Malaysia.

Saya mohon maaf kerana tidak menjawab dalam email. Perkara ini patut dikongsi bersama, jika ada yang sudi. Mengenai cara membuat hormon dan mengadunnya dengan berbagai vitamin, racun dan baja, memang saya tak jawab dalam email dan dalam blog. Pada masa yang lalu, perkara ini saya sebut dalam kursus pengurusan pohon anggur.

Sekali lagi mohon maaf.

Read more...

Orang Malaysia Ramai Yang Sakit


1.15 tengah malam, kejutkan isteri ajak keluar makan. Sampai di restoran 24 jam order 2 roti canai, seketul daging rendang dipotong kecil-kecil dan segelas air buah.

Balik di rumah, saksikan perlawanan bola antara MU dengan Bacelona. 5 dari 7 anak adalah peminat bola. Semua peminat-tegar MU. Anis memilih dan belajar di Manchester University. Sewa rumah berhampiran kelab MU. Dia dan adik-adik ada baju MU ori punya. Puh, punya fanatik. Kata mereka hanya MU yang tak ada kaitan dengan Yahudi.

8.23 pagi bergerak ke Hospital Sg. Buloh, bawa isteri buat medical checkup. Sebenarnya, perjalanan ke sana dua kali ganda lebih jauh berbanding ke Hospital Klang. Cuma, ke Hospital Sg. Buloh tak banyak lampu isyarat dan di sana banyak ruang letak kereta. Sampai ke bilik pendaftaran jam 9.11 dan dapat nombor 4022.

Pada pengamatan saya, di sini, macam di Hospital Klang dan Hospital KL juga. Berduyun-duyun pesakit datang. Di Hospital Ipoh dan Putrajaya juga ramai pesakit. Memang penduduk Malaysia lebih ramai yang sakit. Dari sakit kepala dan mental sampailah kepada sakit kaki dan gout. Hari-hari di sepanjang tahun hospital dipenuhi pesakit. Ini tidak termasuk pesakit yang ke pusat-pusat kesihatan suwasta dan rumah-rumah tok bomoh di merata kampung. Huh, hebat. Kenapa terlalu ramai manusia yang sakit dari yang sehat?

Kami sampai di rumah jam 10.35.

Read more...

Kepala Ikan Di England

>> 27.5.09

Tengahari tadi makan nasi dengan kari kepala ikan. Kepala ikan murah, kecil dan tak tau jenama. Tapi kepala ikan.

Peniaga ikan di pasar-pasar England tak jual kepala. Bila membersihkan ikan, kepala di letak pada tempat khas. Sapa-sapa nak, ambil dan percuma. Kebanyakan orang putih ambil buat makanan kucing.

Keadaan begitu diambil kesempatan oleh orang Melayu yang berkeluarga. Dapat tiga-empat kepala dah cukup seminggu. Ada sorang kawan (dari UM) sedang buat PhD dapat 20 kepala ikan berjenama. Dia buat kenduri makan nasi kari kepala ikan.

Gambar hiasan: Yang bawah ni betul-betul kari kepala. Cara makannya, jilat atau hisap tulang sahaja. Yang atas tu ada isi.

Read more...

Mulai Minggu Yang Sebok

>> 25.5.09


Pagi tadi, study. Tengahari, berinternet kejap. Lepas zuhur ke Pekan Meru buat urusan. Terus ke Bandar Baru Klang. Dari situ ke Shah Alam, bawa mak datin ke warung cendol dan laksa kegemarannya. Tak cukup minum di situ, siap beli-bungkus untuk dibawa balik. Entah ilmu apa yang diguna dek pak warung. Begitu panatik para pelanggannya.

Malam nanti, ada mesyuarat rukun tetangga. Dah ada beberapa rumah dipecah masuk dek pencuri. Harapkan polis? Faham aje lah jawapannya.

28 haribulan, akan ke Hospital Sungai Buloh, bawa mak datin buat medical checkup. 30 haribulan, akan ke Temerloh ziarah adik.
31 haribulan, akan ke Felda Kumai ziarah ipar buat kenduri kawin anak.
1 Jun, nak meracun rumput di kebun. 2 Jun, ada appointment dengan pakar urologi di HKL.

Huh, padat punya jadual. Itu belum jadi YB lagi. Kalau jadi MB pulak, kurus kering macam pesakit TB.

Read more...

Tunggul Pun Sakit?

>> 24.5.09


Sabtu: Sejak awal pagi hingga maghrib, beberapa tetamu dan sedara-mara datang bersilih-ganti. Begitulah setiap minggu. Itu tanda rezeki berkat dan rumah dipelihara malaikat rahmat. Kita wajib gumbira ada tetamu datang berkunjung. Malah, wajib meraikan mereka. Itu arahan Islam.

Ahad: Semua cucu ada. Huh, letih ooooo. Bola lama ada sebiji. Tak cukup. Pergi kedai RM2, beli lagi 3 biji. Barulah kira OK. Tengahari sakit tunggul gigi. Naik tingkat atas, tutup pintu bilik, tidur.

Cerita gigi ni, ayah saya tak pernah sakit gigi. Gigi ayah hanya sebatang yang tercabut. Yang lain masih elok. Tak ada yang tobek atau berlubang. Umur dia dah lebih 80 dan hampir 90. Gigi anak-cucu dia macam-macam hal. Ada yang berlubang, sompek, tobek dan melayang.

Saya, semasa muda dah jaga gigi. Tapi reput juga. Mungkin ubat gigi zaman sekarang terlalu tajam. Ye lah, entah apa kimia dalam ubat gigi. Berus gigi juga ada macam-macam bahan. Doktor dan saintis moden ada macam-macam teori. Gigi tetap reput dan gugur. Ayah guna arang dan sabut kelapa. Waktu biasa dia guna miswak. Tak sentuh colgate dan berus gigi moden. Gigi dia sehat, kuat dan kemas melekat.

Dulu, saya pernah menuntut ilmu mengubat orang sakit gigi. Bila mengubat orang, kena minta pengkeras, garam sebekas. Tapi, saya tak pernah minta. Saya tak percaya, pengkeras itu ialah pertahanan diri si pengubat. Ada orang kata, gigi saya rosak, walaupun dijaga, disebabkan tak minta garam pengkeras semasa mengubat orang. Entah lah.

Sekarang, bukan lagi sakit gigi. Tapi sakit tunggul gigi.


Read more...

Sedapnyaaaaa!

>> 23.5.09


Lepas solat 'isyak, Anas call emaknya bagitahu hp dia kena rampas dan duit dah tak ada. Pulak dah.... Tengahmalam, keluar nak masukkan duit. Tapi mesen semua out of service. Balik ke rumah.

Di rumah, merayau ke beberapa blog. Sampai ke blog SENDAWA (ada dalam senarai di tepi tu) terjumpa makanan dalam gambar bawah. Kelihatan punyalah sedap. Itu antara kegemaran saya. Tapi sekarang dah tak boleh makan. Pasal dah tak ada gigi. Gigi palsu memang tak buat. Kalau buat, bukan setakat makanan, manusia pun boleh dikunyah. Sekarang ni, makanan yang sedap-sedap hanya dimakan dengan mata sahaja. Alternatif kepada cerita Tiga Abdul.


Read more...

Lucu La Tengok Gambar Ni!

>> 22.5.09


Lepas asar ke TESCO bersama Datin Menteri Perbelanjaan Dalam Rumah. Dalam TESCO hanya jadi tukang sorong bakul roda. Bila keluar nanti jadi tukang bayar.

Bila tengok ruangan jual kereta PeroDua di situ, saya terfikir mungkin suatu masa nanti ada ruangan jual kapalterbang. Bila tengok gelagat aneh beberapa orang pula, saya agak mereka tu berniaga jual orang. Agak saya. Macam-macam barang ada dalam TESCO.

Sampai di rumah, minta uncle Google cari gambar-gambar lucu. Banyak juga dia tunjuk. Tapi, yang ini menjadi pilihan kali ini.


Read more...

Tak Jadi Nak Ziarah Cucu-Cucu


Cadangan petang ni nak ziarah semua cucu-cucu. Tapi, anak yang di Bandar Baru Nilai talipon emaknya, sebelum berjumaat tadi, bagitahu nak balik besok. Begitu juga anak di Bandar Seri Putra baru call emaknya, selepas berjumaat tadi, bagitahu nak balik besok.

Jadi, tak payahlah kami ziarah mereka. Sebab mereka semua nak balik besok. Cuma, emaknya dah buat rancangan tergempar iaitu nak bershopping pulak. OK lah, tapi saya mintak tangguh hingga lepas asar nanti.

Read more...

Terlalu Rindukan Cucu


Malam ini menyambung kerja-kerja mengemaskini blog ini dan blog Siyasah Syar'iyah. Berhenti sebentar untuk solat dan siram pokok-pokok depan rumah.

Sambil melayari berbagai blog, ingatan serta rindu kepada cucu tak dapat dihapuskan. Insya Allah, lepas berjumaat besok kami akan menziarahi mereka di Bandar Seri Putra dan di Bandar Baru Nilai.

Read more...

Beraya Di Alam Maya (RayaMaya)

>> 21.5.09


Petang ini saya beraya di alam maya. Ziarah ke 10 blog yang belum pernah dilawati. Saya katakan beraya, kerana kebanyakan blog menghidangkan pelbagai makanan yang enak-enak.

Mula-mula saya ziarah ke

InilahKehidupankuBersamaKeluargaTercinta
. Dari situ saya ke DiariKehidupanKu, kemudian berturutan ke TertunailahHasratDiHati, ke BerjuangSampaiMati, ke
SatuKeAJAIBan
.

Seterusnya ke ThE sToRy WiLL NeVeRR End... , ke AkuDanKehidupanku , ke iXora II, ke SEBUAH KEHIDUPAN dan ke Syahrina Harisya .

Blog mereka ada dalam senarai sebelah kanan anda.
Selamat beRayaMaya.

Read more...

Lucu Lihat Gambar Ini

>> 20.5.09


Selasa, 19.05.09, dari tengahmalam sampai subuh. Tidur sekejap, kemudian sambung buat kerja. Hampir maghrib barulah mandi. Kemudian sambung lagi, sampai pukul 23.40 baru berhenti.

Begitu padat waktu bekerja. Kerjanya ialah mengemaskini dua buah blog. Blog yang ini dan blog Siyasah Syariyah. Ilmu dibekalkan oleh ISA dan WartaMaya, petang Isnin. Tempelate yang semalam rasa tak puas hati. Masuk blog cikgu Zaid Pengeluaran Tanaman
dan perhati betul-betul tempelate yang dia guna. Fikir punya fikir, setuju tiru dia punya dengan beberapa pindaan.

Pukul 12.45 malam ini, kejutkan isteri sedang tidur. Ajak dia keluar makan roti canai. Ni dah kenyang. Sambil rehat, sebelum tidur, tengok beberapa gambar lucu. Di bawah ini satu daripadanya.


Read more...

Terima Kasih ISA Dan WartaMaya

>> 19.5.09


Petang semalam, 18.05.09, meeting dengan WartaMaya dan IkutSukaAku (ISA) di daerah Klang. Bincang hal-hal penting. Sebelum bersurai, sempat tanya mereka mengenai cara buat blog 3 kolum.

Malam tadi, gerudi 3 buah blog sendiri. Hasilnya, blog ini berubah wajah. Begitu juga blog Siyasah Syariyah. Namun, perubahan-perubahan ini belum muktamad.

Terima kasih ISA dan WartaMaya. Halalkan ilmu yang anda pindahkan kepada saya. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal. Amin!

Read more...

Gambar-Gambar Membawa Pelbagai Maksud

>> 18.5.09


Semasa saya merayau-rayau di alam Maya sambil meninjau hal-hal kemasyarakatan, beberapa kali bertemu gambar-gambar ini di lokasi yang berlainan.

Barangkali, ia membawa maksud yang luas berbeza. Sebak serta pilu saya cuba membacanya. Apa reaksi para seniman dan ahli sufi?


Read more...

Tak Pernah Bayang Dapat Anugerah

>> 17.5.09



Hari ini, Ahad 17 Mei 2009, ayah saya Arbain Hassan, yang lebih dikenali sebagai Tuan Guru Hj. Saleh Hassan, telah dianugerah Tokoh Dewan Ulamak PAS Selangor.

Majlis penganugerahan dilakukan dalam Majlis Muktamar Sanawi Dewan Ulamak PAS Selangor, di Shah Alam. Sijil dan lain-lain iringan disampaikan oleh Timbalam MB Kelantan, yang juga meresmikan Muktamar Sanawi tersebut.

Ayah, semasa berehat di rumah kami sebentar tadi, merasa amat terharu dengan penganugerahan tersebut. "Ayah tak pernah bayangkan dapat apa-apa daripada PAS. Pada mulanya, ayah menolak anugerah tersebut, tapi Dewan Ulamak datang ke rumah dan ambil ayah serta dibawa ke Shah Alam. Mereka marah kalau tak ikut," ujar ayah.

Saya bagi pihak ayah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dewan Ulamak PAS Selangor.

Read more...

Couple In Bed: For Adults Only


Alkesah, maka tersebutlah kesah sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Nama mereka ialah Mamat dan Minah. (Maaf! Tiada kaitan dengan yang hidup, yang sudah mati dan yang sedang pengsan).

Di suatu malam, Minah membuat dua cawan minuman kopi sebelum tidur. Secawan untuk suami dan secawan untuk dirinya sendiri.

Mamat: Minuman apa ni?
Minah: Kopi.
Mamat: Sorry lah ayang! Abang tak boleh minum kopi.
Minah: Pagi tadi abang minum!?
Mamat: Tadi pagi. Sekarang malam.
Minah: Malam! Kenapa?
Mamat: Malam, kalau minum kopi, abang tak boleh tidur.
Minah: (Termenung. Tak berkata apa).
Mamat: Kenapa ayang senyap dan menung?
Minah: Ayang heran. Abang berbeza dari ayang.
Mamat: Berbeza macam mana?
Minah: Abang minum kopi malam, tak boleh tidur.
Mamat: Apa bezanya dari ayang?
Minah: Ayang, bila tidur malam, tak boleh minum kopi!

Mereka saling berpandangan lalu tersenyum. Lampu bilik dimalapkan. Kedua mereka tak boleh tidur sampai ke pagi. Tidak pasti, apa mereka lakukan dan entah pagi apa.

Gambar-gambar hiasan semata-mata.

Read more...

Semua Manusia Seluruh Dunia Kenal Mereka Ini

>> 16.5.09


Semalam saya merayau ke banyak blog. Lepak lama dalam WartaMaya. Fikir macam mana nak tiru kecanggihannya. Kepala jadi penin. Tak boleh tiru. Pasal saya jahil murakkab dalam bidang ini.

Kemudian, mengintip dalam blog IkutSukaAku. Lucu baca surat seorang isteri kepada suaminya.

Kemudian, lari ke dalam blog MountDweller. Seronok dengar cerita kambing jantan dengan ayam, yang juga jantan.

Pelik, macam berjanji dengan MountDweller. Sama-sama nak tulis pasal dua makhluk itu. Mungkin kami sama-sama orang pencen. Cuma aspek yang diceritakan berbeza.


Pada saya, dua makhluk ini memang istimewa. Keistimewaan mereka bukan pada kegagahan atau kekuatan. Bukan pada pangkat atau kekayaan. Bukan juga pada akademik atau kekuasaan. Cuba kita perhatikan:

Kesatu: Mereka istimewa kerana dikenali oleh seluruh manusia di dunia. Mereka lebih terkenal dari DS Najib, PM Malaysia. Lebih terkenal dari Bush, Ketua Penjahat Dunia. Lebih terkenal dari Setiausaha Agung PBB. Mana ada manusia yang tak kenal ayam dan kambing.

Kedua: Mereka istimewa kerana banyak nama. Di Malaysia, nama kambing ialah Kambing. Nama ayam ialah Ayam. Tapi, di Jepun, nama mereka dah lain. Di England, nama mereka jadi lain. Di Afrika, nama mereka dah berubah. Di Mesir, nama mereka lagi berubah. Nama mantan PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir hanya satu. Seluruh dunia, orang menyebutnya hanya Mahathir. Tak berubah. Tak ada nama lain.

Ketiga: Mereka istimewa kerana hidup sederhana tapi cukup. Mereka tak perlu shopping memilih berbagai makanan. Tak perlu ada pelbagai fasilitas untuk diperagakan. Mereka hanya peragakan diri mereka sendiri. Ayam ada mahkota ibarat raja. Kambing ada janggut ibarat mufti.

Keempat: Mereka istimewa kerana beriman kepada qadhak dan qadar. Mereka tak pernah menyimpan makanan untuk besok. Mereka percaya, besok dan lusa masih ada dan boleh makan. Justeru, mereka tak pernah mengumpul harta untuk anak cucu. Meraka tak ada pelaburan pelbagai saham. Malah, mereka tak ada akaun dalam mana-mana bank.

Kelima: Mereka istimewa kerana diterima oleh semua penganut agama. Penganut Islam boleh makan ayam dan kambing. Penganut Hindu juga boleh makan ayam dan kambing. Berbeza dengan khinzir dan lembu.

Keenam: Mereka istimewa kerana tak akan masuk neraka dan syurga. Manusia dan jin, ada yang ke syurga dan ada yang ke neraka. Iblis dan syaitan semua dihumban ke dalam neraka. Malaikat semua masuk syurga.

Ketujuh dan keseterusnya: Fikirlah sendiri. He he he ….

Read more...

Sanggup? Lihat Gambar Ini!


Biasanya, kalau manusia bersikap kejam sesama sendiri dikatakan sebagai binatang. Sedarkah kita bahawa binatang tidak bersikap kejam sesama sendiri. Binatang dan manusia, pada tabi'inya, bersikap kasih sayang sesama sendiri. Cuma, cara dan sistem antara manusia dengan binatang yang berbeza.

Perbuatan membuang bayi seperti dalam gambar di bawah bukanlah perbuatan binatang. Jauh sekali dari perbuatan manusia. Habis! Perbuatan siapa? Kalau nak tahu, inilah perbuatan syaitan durjana.

Sama-samalah kita berdoa supaya tidak menjadi syaitan. Kerana, syaitan tidak akan mencium bau syurga.


Sumber: PerisikRakyat

Read more...

Maaf! ..... Untuk Dewasa Sahaja (Sambungan)

>> 15.5.09


(Saya ingin menyambung hal buah betik yang baik untuk lelaki dan yang baik untuk perempuan, pada pandangan herbalis). Sebenarnya, golongan herbalis selalu berpegang kepada suatu doktrin yang dinamakan doktrin “signature”.

Maksud doktrin ini ialah, apa jua bahagian pada tumbuhan yang menyerupai (atau hampir menyerupai) apa jua bahagian pada badan manusia maka itulah makanan yang sesuai untuk sesuatu tujuan atau ubatan yang mujarrab. Contohnya: Jantung pisang baik untuk menjaga kesihatan jantung dalam badan manusia.

Cuba lihat pada buah betik dalam posting saya sebelum ini. Apakah “signature” antara buah dengan bahagian tubuh seseorang? Ini dari aspek penjagaan tubuh-badan dan kesihatannya. Walaupun mungkin boleh dipertikai dari aspek saintifik, tetapi ini adalah suatu petua. Sedangkan petua, dalam beberapa hal, lebih tua dari sains. Sains terlalu muda berbanding pengalaman manusia.

Mengikut petua herbalis juga, mereka yang mandul boleh menggunakan doktrin “signature” ini, khususnya dalam hal pemakanan buah betik dan buah-buahan lain seperti buah mangga.

Perhatian: Walau bagaimanapun, apa jua bentuk buahan boleh dimakan oleh lelaki dan perempuan. Apa yang dinukilkan hanya pemakanan untuk tujuan-tujuan khusus menurut petua herbalis.


Read more...

Maaf! ..... Untuk Dewasa Sahaja


Minggu lepas, saya selongkar blog Dr. PG2U dan terjumpa gambar yang paling bawah di sinun. Ini mengingatkan saya dah hampir sebulan tak makan betik.

Betik adalah antara buah kegemaran saya. Tapi, bulan ini saya banyak makan buah mangga madu. Insya Allah, besok atau lusa, saya akan cari buah betik madu. Bijinya, saya nak semai dan tanam di kebun. Kebetulan, menantu saya buat MSc (Microb) mengenai kuman-kuman pada pokok dan buah betik.

Di kalangan herbalis dahulu kala, ada buah betik yang baik untuk lelaki dan ada yang baik untuk perempuan. Malah, buah yang belum masak juga ada pelbagai khasiat. Pucuk pokok betik, dicelur dan dibuat ulam, baik untuk perempuan lepas bersalin untuk membanyakkan susu di badan.

Yang ini baik untuk perempuan.


Yang ini baik untuk lelaki.


Yang ini baik untuk perempuan.


Yang ini baik untuk lelaki.

Read more...

Gambar-Gambar Bermakna Hari Ini

>> 14.5.09


Jika (jika) hari masih pagi maka banyak kerja boleh dilakukan. Kalau (kalau) masa masih awal maka banyak perkara boleh dicapai.

Apakan daya (bukan penyesalan) hari sudah petang dan masa sudah berlalu. Bersyukur dengan apa yang ada dan terus berusaha walau kiamat menjelang tiba.

Sebuah hadith membawa maksud: Jika kamu jangka besok akan kiamat sedangkan kamu rasakan perlu bercucuk-tanam hari ini, maka lakukanlah.


Read more...

Kajian Mengenai Blogging

>> 13.5.09


Saya ada beberapa buah blog. Hanya dua buah yang dikira aktif, iaitu blog ini Catatan Santai dan Fakulti Siyasah Syar'iyah.

Kedua-dua blog ini dijadikan model sebuah kajian mengenai suatu aspek blogging. Pada 12 Mei semalam, genaplah setahun usia kedua-dua blog ini mengumpul maklumat tertentu.

Aspek kajian tak dapat diceritakan. Kerana, kajian ini hanya untuk tujuan persendirian sahaja. Rumusan akan dibuat pada awal Julai 2009.

Read more...

Program Baru Sudah Dimulakan

>> 10.5.09


Malam tadi, 9.05.09, lepas tulis posting untuk blog ini, makan malam bersama anak-anak. Ada empat orang - Ashraf, Dzul, Wah dan Fawzan.

Lepas isyak, masuk tidur. Tapi tak boleh lelap. Mata dan badan masih segar bugar. Bangun dan buat kerja di laman rumah. Sempat mengubah anak pohon kiwi sebanyak 8 pokok (gambar bawah).


Hari ini, 10.05.09, pukul 15.30 hantar Fawzan ke Putrajaya. Petang, siram pohon-pohon kiwi depan rumah; dan berjalan-jalan atas batu jalanraya dengan berkaki-ayam sebagai senaman jenis baru. Peringkat permulaan ini hanya sejauh 840' perjalanan sahaja. Memang terasa kesannya.

Besok, cadang nak balik kampung. Nak intai kolam depan rumah ayah. Biasanya ada beberapa jenis ikan. Kalau dapat, nakkan ikan sepat.

Read more...

Besok Mula Program Baru

>> 9.5.09


Tengahari, ke kebun di Jeram. Tengok-tengok tanpa buat kerja. Beberapa minit kemudian, balik.

Petang, siram pokok-pokok depan rumah dan basuh kereta. Dah kotor, pasal ke kebun tadi. Semasa basuh kereta, hanya berkaki ayam. Terasa sakit tapi teruskan juga. Badan berpeluh hebat. Sampai basah rambut di kepala.

Lepas solat maghrib, berbaring. Sengal-sengal kaki dah pulih. Badan terasa letih tapi lebih sihat. Teringat berkaki ayam semasa basuh kereta. Teringat rawatan refleksologi. Dan teringat amalan akupunktur.

Sah! Berkaki ayam petang tadi membawa kesan. Justeru, insya Allah, mulai malam besok akan berjalan-jalan depan rumah secara berkaki ayam. Riyadhah baru untuk diri sendiri. Semoga hidup sihat dan bermanfaat.

Read more...

Kecil Tapi Baru

>> 8.5.09


Posting semalam saya janji nak beritahu sesuatu pada malam ini. Ikutilah cerita pendek berikut.

Tengahari tadi ke Putrajaya ambil Anis dan bawa dia ke Sek. Alam Shah. Tempat terdekat untuk berjuma'at. Lepas tu, bawa Fawzan balik ke rumah. Minggu lepas dia tak balik kerena ke Pulau Pinang.

Sampai di rumah kira-kira jam 15.30. Cadang nak tidur dalam 50 minit. Baru terlelap beberapa minit ProDua call suruh ambil yang dalam gambar di bawah. Terpaksa batal rancangan nak tidur dan terus ke sana. Sekarang, ViVa850 tu dah ada depan rumah. Oleh kerana dia itu besi dan dah dibayar RoadTax maka tempatnya ialah di tepi jalan. Dia nak masuk rumah? Sorry, halaman rumah pun tak boleh. Ingat RoadTax!!!

ViVa850 ni kecil dan rengan. Goyangnya pun kuat. Tapi OK laa. Sedap juga rasanya. Almaklum, baru.


Read more...

Seronok Kerja Malam

>> 7.5.09


Selepas buat posting malam tadi, keluar minum-minum dengan Dr. Mujaini. Tengah malam baru balik. Sampai di rumah, study sampai subuh. Lepas subuh, tidur hingga jam 12.17 tengahari.

Lepas asar, kemas-kini pokok blackberry dan buat tiga semaian. Prun 4 pohon kiwi. Lepas maghrib, sambung prun beberapa pohon kiwi dan sepohon anggur. Lampu jalan depan rumah, dicampur dengan cahaya bulan dan lampu halaman rumah sungguh indah dan menyeronokkan bekerja.
Lepas kerja makan roti Arab.

Besok, berjuma'at di Sek. Alam Shah. Jumpa Anis dan bawa balik Fawzan. Petang ada jadual lain. Belum boleh cerita. Tunggu malam besok.

Read more...

Seminggu Yang Sibuk

>> 6.5.09


Sejak minggu lepas sibuk dengan kerja-kerja runcit. Semalam, Selasa, pagi kemas depan rumah dari sampah sarap. Tengahari Wah balik dari UiTM Perak. Dah habis exam dan dah selesai pengajian peringkat Diploma in Building.

Pukul 15.30, pergi Sek. Alam Shah ziarah Fawzan dan bagi duit. Terus ke rumah Anis ambil Dzul yang baru balik dari USM Pinang. Dah habis exam semester enam. Dari situ ziarah rumah besan dan tengok cucu.

Jam 18.30, pergi Bandar Baru Nilai tengok cucu. Lepas solat jama' dan qasar waktu maghrib bergerak balik. Sampai Meru berhenti makan malam.

Hari ini, Rabu, berurusan membeli ViVa di PeroDua. Tengahari, shopping di Guardian. Petang, periksa kesihatan pokok-pokok depan rumah dan prunning 5 pohon kiwi. Masuk maghrib baru masuk rumah. Huh, letih ooo..

Read more...

Memaniskan Rebusan Herba Pahit

>> 2.5.09


Sebentar tadi saya melayari blog saudara MountDweller mengenai koleksi herba beliau. Ada seorang kawan catatkan komen mengenai pahitnya herba.

Rasulullah menyuruh amalkan dua kesembuhan, iaitu Qur^an dan madu lebah. Madu lebah tersebut bukan sahaja sebagai bahan melengkapkan campuran herba tetapi juga sebagai cara memaniskan kepahitan herba.


Jika ada masa sila layari posting saya:

Penyembuhan Al-Qur^an Dan Madu Lebah
dan/atau
Adunan Herba-Madu Sungguh Mujarrab

Semoga bermanfaat.

Read more...

Kaunter Carian

Loading...

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP