012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Wanita Begini. Apa pendapat Anda?

>> 29.6.09

Lihat gambar-gambar di atas. Apa pendapat anda dan di mana (negera) mereka?

Read more...

Cara Buat Teh Daun Anggur


Membuat TehDaunAnggur memang mudah. Caranya seperti berikut:

1. Kumpulkan daun-daun anggur yang berusia antara 3 - 5 minggu. Basuh dengan bersih lagi suci. Rendam dalam air yang diletakkan sedikit garam, selama kira-kira 1 jam. Kemudian, tuskan.

2. Letakkan daun-daun anggur dalam bekas yang lebar, untuk pengeringan.

3. Keringkan di tempat teduh tetapi pada udara yang sentiasa beredar-ganti, selama 3 hari. Usah dijemur di bawah terus-matahari.

4. Daun-daun anggur kering ini dicampur dengan 30% Herba AKI (gambar bawah) dan 20% teh biasa.

5. Sekarang anda sudah boleh menggunakannya.

----
Makluman:

1. TehDaunAnggur 100% boleh juga digunakan. Tetapi tiada warna dan khasiatnya tidak kuat. Lihat:
Khasiat Daun Anggur Segar
.

2. Herba AKI baik untuk kesihatan. Pengalaman saya menggunakan campuran ini dengan daun anggur amat mustajab. Lima-enam minit selepas meminum teh campuran begini, peluh mencurah-curah keluar. Badan rasa segar lagi aktif.

3. Teh biasa yang dicampurkan hanya untuk tujuan warna dan sedikit rasa. Jika tidak dicampur dengannya pun tidak mengapa. Cuma tak ada warna.

4. Anda boleh masukkan sedikit gula atau madu lebah ke dalam TehDaunAnggur.

5. Maklumat lanjut mengenai Herba AKI, layari:
Herba AKI
. Oleh kerana herba ini dalam kapsul, anda boleh keluarkannya dari kapsul, atau gunakan secara timbangan. Jika anda ingin membuat TehDaunAnggur dalam skala besar, eloklah berunding dengan pengeluar herba tersebut. Dan jika anda sukar untuk menghubunginya, insya Allah, saya boleh membantu.


Read more...

Dapat Yang Ini, Sedap DiRatah

>> 28.6.09


Saya masih ingat, dalam tahun 1960 - 1961, saya ikut ayah menjala udang selepas solat 'Isya^. Pernah juga pasang tempirai. Umpannya ialah isi kelapa bakar.

Cara makan yang sedap, pada selera saya, ia dibasuh dengan air laut dan terus dilayur sekejap pada bara yang kuat. Bukan dibakar. Sedapnyaaaa, manis diratah.

Saya juga suka makan cucur udang. Kerana ada udang. Saya tak minat makan cucur badak. Kerana tak ada badak.

Read more...

Untuk Wanita Sahaja, Kecuali Saya

Ada lebih dari 1,000,000 recipe makanan yang berkaitan dengan daun anggur di dunia ini. Cara menyediakannya tidaklah susah. Adakah puan-puan meraguinya?

Saya contohkan di sini tiga recipe sahaja:

Contoh Kesatu

Contoh Kedua

Contoh Ketiga

Puan-puan mungkin boleh membuka restoran perniagaan makanan daun anggur dengan minuman teh daun anggur atau jus buah anggur.

Read more...

Cara Buat Jeruk Daun Anggur (Edited)

>> 27.6.09


Cara membuat jeruk daun-daun anggur sama dengan cara membuat jeruk daun-daun sutera. Secara ringkas seperti berikut:

1. Sediakan daun-daun anggur yang berumur antara 3 - 5 minggu. Basuh dengan bersih dan tuskan.

2. Susun daun-daun anggur seperti kita menyusun daun-daun sirih.


3. Sediakan bekas untuk menjeruk. Sebaiknya bekas kaca yang terang dan ada penutup. Contoh, bekas nescafe yang telah kosong. Basuh dengan bersih dan tuskan.

4. Jerang air garam hingga mendidih. Padamkan api dan biarkan air hingga suam.

5. Masukkan daun-daun anggur yang telah disusun ke dalam bekas.

6. Masukkan air suam ke dalam bekas hingga daun-daun anggur hampir tenggelam.

7. Masukkan jus lemon ke dalam bekas yang berisi daun-daun anggur dan air suam hingga tenggelam daun-daun anggur. Kemudia, tutup rapat.


8. Simpan hingga seminggu. Sekarang, anda sudah boleh menggunakannya.


Read more...

Sebak Saya Melihat Gambar Ini


Hampir 20 tahun menjadi ketua kerajaan sebuah negeri, namun penampilan beliau tidak berubah. Sama dengan beliau yang saya kenali sejak lebih 40 tahun yang lalu. Yang berubah hanya tugas dan tanggungjawab sahaja.


Read more...

2,500 Peserta Seks Bebas Pada 13 - 18 Nov. 2009

>> 26.6.09


Kita mendapat maklum dari sumber tertentu, seramai 2,500 pasangan suami-isteri dan bukan-suami-isteri akan mengadakan pesta seks bebas pada 13 - 18 November 2009.

Pesta akan diadakan dalam sebuah kapal (gambar bawah), sambil belayar dari perairan Tampa-Maxico-Tampa. Pesta tahunan ini telah bermula sejak 15 tahun yang lalu. "Tempahan di buka dari sekarang. Siapa lambat akan ketinggalan," demikian kata penganjur.

Khabarnya, di Malaysia juga selalu diadakan pesta begini, tetapi di pantai tempat-tempat peranginan. Malaysia memang maju dan Malaysia memang boleh. Mufti-mufti pun ramai.


Read more...

Penakut? Usah Tengok Gambar Ni

>> 25.6.09


Hari ini Khamis, 25 Jun 2009. Hari kedua matahari berjalan turun dari utara ke Khattul-Istiwak. Waktu yang terbaik keluar rumah ialah antara jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Jadi, jam 9.09 minit saya dan isteri bergerak dari rumah ke Teluk Intan. Sampai di rumah adik tepat jam 11.09 minit. Jam 11.46 di Sekolah Menengah Teknik, menemui blogger AnakPakUtuh yang juga guru di situ. Kami berborak dan makan tengahari. APU bagi hadiah unik. Kalau nak tahu, layarilah blog beliau.

Jam 4.03 minit petang, bergerak balik dari rumah adik. Sampai di rumah, tepat jam 6.03 minit petang. Beginilah cara musafir orang-orang tua. Boleh dirancang, jika perlu.

Di rumah, on komputer dan internet. Layari blog Devotee dan download gambar di bawah sebagai hiburan. Jika anda penakut, usah tengok gambar ini.


Read more...

Telinga Memperkenalkan Tuannya (Siri 2)

>> 24.6.09


Dalam jenis-jenis akupunktur tersebut, yang saya amalkan ialah akupunktur telinga atau auricular acupuncture sahaja. Walaupun jenis ini lebih merbahaya tetapi ia lebih baik. Antaranya:

1. Pesakit tidak perlu banyak dedah aurat. Hanya sekadar dedah telinga sahaja. Ini sesuai dengan hukum Islam.

2. Tidak perlu ruang yang luas. Para pesakit boleh duduk atas bangku sahaja, tanpa baring atas katil.

3. Kesannya lebih segera. Kerana telinga terlalu hampir dengan CNS.

Contoh akupunktur badan.

Sesetengah pesakit lebih suka akupunktur badan. Antara sebabnya, ahli akupunktur tidak sempat memerhati telinga pesakit. Kerana, sesetengah orang yang ahli, termasuk sesetengah ahli akupunktur, dapat mengenali hal-ehwal pesakit melalui telinga tetapi tidak melalui badan.

Read more...

Tak Geli Ke Tengok Gambar Ni?


Macam-macam makhluk dan berbagai rupa Allah jadikan. Sungguh Maha Pencipta lagi Maha Kaya Allah.

Sayang tak rasa geli tengok gambar ini, tapi tak gamak nak makan.


Read more...

Mudah Berurusan Dan Sungguh Menggumbirakan

>> 23.6.09


Hari ini memang letih. Lepas jadi pengawal rukun tetangga hingga subuh, pergi ke HKL pula. Punya ramai orang sakit. Kebanyakan adalah warga emas. Yang berpangkat Dato' pun ada.

Saya perhatikan, tidak kurang dari 20 cara berjalan yang luar-biasa di kalangan pesakit. Ada yang berjalan senget, mengendeng, terketar-ketar, melengkung dan sebagainya. Itu baru satu jabatan dan satu hospital.

Semasa berbincang mengenai hasil berbagai pemeriksaan (air kencing, darah dan macam-macam jenis lagi), doktor kata saya cukup sehat. Kolestrol, tak ada. Gout, tak ada. Batu karang, tak ada. Cuma, ada sikiiiit kencing manis dan sikiiiit darah tinggi. "Pakcik tak perlu ambil apa-apa ubat," katanya.

Sampai di rumah pukul 2.18 petang. Kemudian, bawa anak saudara ke SUK berurusan untuk biasiswa. Sebagai orang kampung, saya dan anak saudara dilayan dengan mesra dan bijaksana. Cukup mudah dan cepat selesai.

Hari ini mudah berurusan dan sungguh menggumbirakan.

Read more...

Best Kalau Dapat Mimpi Yang Menyehatkan

>> 22.6.09


Hari ini, menyediakan benih pohon anggur. Belum siap. Akan sambung petang besok atau lusa. Benih bercampur-aduk empat-lima jenis. Dah tak kenal. Insya Allah, bila bertunas nanti kenallah semua. Mata ini sudah dilatih mengenali 17 jenis anggur.

Lepas Maghrib nanti mulai tidur hingga jam 2.30 pagi. Pukul 3.00 hingga 5.30 pagi, giliran rukun tetangga. Lepas solat Subuh pagi besok, sedia sarapan untuk isteri dan anak-anak. 7.15 pagi akan ke HKL, ada appointment dengan doktor pakar.

Sorry, malam ni tak ada di alam maya. Tapi mungkin ada di alam mimpi. Best kalau dapat mimpi-mimpi yang menyehatkan.

Read more...

Wajah Bapa, Suami, Datuk Dan Pemimpin Cemerlang

>> 21.6.09


Dia tidur malam, awal. Bangun sebelum subuh, solat dan membaca. Masuk subuh, kejutkan isteri dan anak-cucu. Selepas solat berjama'ah, menyediakan sarapan pagi untuk isteri dan anak-cucu.

Selepas sarapan, berkebun, menanam kentang dan sayuran untuk makanan sekeluarga. Kemudian, dia solat dhuha dan bersiap sedia menerima tetamu.

Dia tidak menerima sebarang elaun dari negara. Tiada kenderaan sendiri. Tiada perabut rumah yang pernah dibeli. Apa yang ada hanya peninggalan ibu-bapanya sahaja.

Saya sukakan pemimpin ini dan yang sebegini.


Read more...

Kenal Siapa Dalam Gambar Ini?

>> 20.6.09


Kenal Siapa Dalam Gambar Ini? Ye. Beliaulah Presiden Iran yang ditakuti oleh USA. Kerana beliaulah harga minyak dunia turun secara mengejut.


Gambar dan cerita lanjut
ReformisJalanan

Read more...

Khasiat Daun Anggur Jeruk

>> 19.6.09


Seperti yang saya janjikan, berikut ialah kandungan dalam sehelai daun anggur yang dijeruk. Biasanya sehelai daun anggur jeruk ialah 4g.


Read more...

Telinga Memperkenalkan Tuannya (Siri 1)

>> 18.6.09


Seorang pemaya minta saya ceritakan sedikit mengenai akupunktur (acupuncture). Ok. Akupunktur diamalkan oleh orang-orang di China sejak lebih dari 5,000 tahun yang lalu. Ia digunakan sebagai merawat semua penyakit, termasuk menggantikan bius untuk pembedahan yang merbahaya.

Pada mulanya, semasa muda-muda dulu, saya merasakan akupunktur adalah perkara khurafat dan temberang. Semasa belajar di England, saya dapati ramai orang putih yang sukakan akupunktur. Jadi, saya pun study sikit-sikit. Kemudian secara bersungguh-sungguh.


Saya dapati akupunktur ada iras-iras sistem mandi hadath dan berwudhuk dalam Islam. Sebagai contoh, akupunktur tubuh (body acupuncture) menyamai mandi hadath. Cuma, akupunktur menumpukan sasaran (points) di seluruh badan. Ada lebih dari 2,000 sasaran.

Contoh lain adalah sebagai berikut:

1. Akupunktur muka (nose acupuncture): Sasarannya ialah pada seluruh muka hingga ke cuping telinga.

2. Akupunktur tangan (hand acup.): Sasarannya ialah dari hujung jari hingga ke siku.

3. Akupunktur kepala (scalp acup.): Sasarannya berada pada seluruh kepala.

4. Akupunktur telinga (auricular acup.): Sasarannya ialah pada seluruh telinga.

5. Akupunktur kaki (foot acup.): Sasarannya ialah dari tapak kaki hingga ke buku lali.

Semua sasaran akupunktur tersebut adalah pada dan dalam had anggota wudhuk. Termasuk akupunktur kepala, pada anggota wudhuk dalam mazhab Hanafi.

Read more...

Bahtera Nabi Nuh Mula Dibina Tahun 2465 BC?

>> 17.6.09



Sebentar tadi saya ziarah blog Zai dan tertarik dengan posting beliau bertajuk "Rahsia Penemuan Bahtera Nabi Nuh".

Khabarnya, bahtera itu berukuran kira-kira 450 kaki panjang, 75 kaki lebar dan 45 kaki tinggi.

Layari juga: UntukMaklumat.

Read more...

Khasiat Daun Anggur Segar




Seorang rakan (Ummi Wafa) yang meninggalkan komen dalam ruangan KePePaM bertanya khasiat daun anggur. Saya fikir pertanyaan beliau cukup baik dan jawapannya boleh dikongsi bersama.

Bagi setiap 100g. daun anggur segar, umur santara 3 - 4 minggu, adalah sebagai berikut:

Vitamins:
Vitamin A(IU) = 27521
Vitamin A (microg retinol activity equivalents) = 1376
Vitamin B6 (mg) = 0.4
Vitamin B12 (microg) = 0
Folic Acid (microg) = 0
Niacin (mg) = 2.362
Riboflavin (mg) = 0.354
Thiamin (mg) = 0.04
Vitamin C (mg) = 11.1
Vitamin E (mg) = 2
Vitamin K (mg) = 108.6

Minerals:
Calcium (mg) = 363
Copper (mg) = 0.415
Iron (mg) = 2.63
Manganese (mg) = 2.855
Magnesium (mg) = 95
Phosphorus (mg) = 91
Potassium (mg) = 272
Selenium (microg) = 0.9
Sodium (mg) = 9
Zinc (mg) = 0.67

Lain-lain:
Protein (g) = 5.6
Fibre (g) = 11
Water (g) = 73.32
Carbohydrate (g) = 17.31
Energy (Kcal) = 93
Lipids (fats) (g) = 2.12
Cholesterol (mg) = 0

Jika dijeruk maka khasiatnya berbeza. Insya Allah, akan disiarkan kemudian.

Read more...

Hebat Ke Orang Dalam Gambar Ni?

>> 15.6.09


Dua tahun lepas, ada peniaga pemakanan tambahan datang ke rumah saya. Dia suruh beli pil yang dijual. Katanya, pil ini cukup baik untuk kesihatan. Terutama bagi orang yang sudah berumur.

Saya tanya, apa rasionalnya? Dia jawab, satu pil ini menyamai makanan 20 biji telur ayam. Kalau makan 2 biji pil sehari, bererti menyamai 40 biji telur. Itulah rasionalnya. Dalam hati saya, dia ni nak kena kali ni.

Saya tanya lagi, siapa yang suruh kita makan 40 biji telur sehari? Bagi tau saya siapa namanya dan duduk di mana? Pada pendapat saudara, itu rasional ke? Kalau saya suruh saudara makan 10 biji kelapa setiap hari, rasional ke?

Dia serba-salah dan terus bersalam dengan saya dan mohon diri secara tergesa-gesa. Oh ye! Apa hebatnya orang dalam gambar ini dan apa faedah badan jadi begitu?


Read more...

Tazkirah Blogger Melalui SMS


Malam tadi agak luar biasa. Sebab, lebih banyak terima SMS dari pelbagai pihak. Supermarket tertentu SMS mengenai harga tawaran. Ruangan mencari jodoh pun SMS. Ada beberapa gadis sedang menunggu di talian, untuk berkenalan. Ada juga yang SMS tanya cara buat kertas kerja nak buat loan projek pertanian. Macam-macam lagi.

Jam 7.26 pagi tadi, saya terima panggilan dari seorang blogger terkenal, Al-Banjari. Dia cerita, lepas solat subuh tadi blogger IkutSukaAku (ISA) bagi TAZKIRAH melalui sms pada dia. Tazkirah cukup cantik lagi menarik. "Walaupun ISA lebih muda" darinya, tapi dia terima tazkirah itu dengan ikhlas dan sejuk hati.

Saya tersedar, SMS dan HP ni bagus juga dijadikan untuk bertazkirah sesama kita. Macam sms ISA kepada Al-Banjari dan panggilan Al-Banjari kepada saya.

Read more...

Dari Mata Turun Ke Hati: Lahirlah Gurauan Ini

>> 14.6.09


TGNA adalah antara ulama yang saya hormati dan sayangi. Tak mampu saya menganalisis fikirannya dan tak mampu saya selami hatinya. Namun, saya seronok dengan gurauannya.


Sumber gambar:
IbnuHasyim
.
Layari juga: KadirJasin.

Read more...

Malam Tadi: Hampir Berlaku Perang Maya


Awal malam tadi, saya terima sms dari seorang blogger tersohor di Selangor. Tapi, saya tak dapat jawab. Sedang memandu jarak jauh. Ini hal ubat-ubatan.

11.40 malam, terima pula sms dari seorang blogger tersohor Perak dan dari beberapa kawan lain. Kemudian saya pula sms kepada beberapa rakan bloggers. Ini hal debat di alam maya (dalam blog). Saya juga buat posting mengenainya dalam FSS. Bukan apa, saya bimbang kalau debat jadi perang. PeperanganMaya amat bahaya kalau sampai ke bumi. Lebih dahsyat dari nukler. Alhamdulillah, suasana maya dah aman damai.

Read more...

Aqiqah Dan Ziarah Cucu

>> 13.6.09


Petang tadi ke Bandar Seri Putra. Besan buat aqiqah cucu kami Dzakuwan. Besan perempuan baru balik dari melawat London dan Paris, petang semalam.

Lepas majlis aqiqah, kami ke Bandar Baru Nilai. Tak adil kalau tak ke sana. Sampai di sana, terlelap sekejap. Lepas solat maghrib jamak dengan 'ishak, kami beredar pulang.

Read more...

Gambar Pokok Menari

>> 12.6.09


12.25 tengahari bergerak ke Putrajaya. Hantar Fawzan ke asrama dan terus berjuma'at di situ.

Semasa balik, sambil melihat pokok-pokok di tepi jalan. Teringat TumbuhanMenari.

Sampai di rumah, minta uncle Google cari pokok menari. Dia bagi gambar berikut:


Sumber: Di Sini.

Read more...

Gambar Sensasi

>> 11.6.09

Tajuk posting dan gambar berikut saya copy dari blog
Amy Search.

Jika anda belum sempat ke sana dan ingin tahu cerita dari Amy, silakanlah. Komen-komen peminat beliau pun banyak.

Read more...

Gambar Lindungi Otak, Bukan Kepala

>> 10.6.09


Pemandu motosikal dalam gambar ini ialah seorang yang cukup bijak. Dia hanya melindungi otak dan bukan kepala. Buktinya, kepala lutut tidak dilindungi. Ha ha, betul ke?


Read more...

Mata Juga Ada Hak

>> 8.6.09


Pukul 3 pagi, 6.6.2009, hari Sabtu, saya berjaga malam kerana giliran rukun tetangga. Yang anihnya, pengurusan kata giliran itu ialah Sabtu malam Ahad. Mereka kira, sebelum subuh Ahad ialah hari Sabtu. Jadi, pukul 3 pagi, 7.6.2009, hari Ahad saya kena giliran lagi, sekalipun mereka kata saya tak perlu turun pada waktu tersebut.

Ahad, lepas subuh saya terus tidur hingga jam 9.00. Balik kampung kerana hari keluarga dengan ayah dan makcik. Kali ini, sayalah yang paling akhir sampai kampung. Semua adik hadir kecuali sorang, kerana berurusan di UKM.

Petang, bergerak balik. Terperangkap dalam kesesakan kereta di laluan Sabak Bernam ke Klang. 9.10 malam baru sampai rumah. Terus tidur. Tak sanggup berhutang lama kepada mata. Dia juga ada haknya. Alhamdulillah, dah bayar hak mata dan bagi bonus 2 jam.

Hari ni, cuba baikki kereta Persona. Radio & CD Player tak boleh off, sejak Jumaat. Khabarnya kena bawa ke Proton. Kedai formen juga cakap gitu. Dia tak boleh baikki. Tapi, nasib saya baik. Saya cuba usik itu dan ini, sambil ber'aqidah bahawa Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mencipta dan apabila Dia berkata "jadi olehmu, maka jadilah ia", maka masalah itu terselesai serta-merta. Percayakah anda?

Read more...

Sepat Kering: Cikgu Zaid Banyak Pahala

>> 4.6.09

Allah itu Maha Kaya. Memilikki segala dan semua. Dia beri rezeki yang tidak terhingga kepada hambaNya. Yang dipinta, yang tidak dipinta dan yang tidak sempat dipinta oleh hambaNya.

Antara pemberian Allah ialah rezeki kepada cikgu Zaid (AnakPakUtuh). Kemudian, cikgu Zaid sedekahkan sebahagiannya kepada orang lain, termasuk saya.

Cikgu Zaid dapat pula rezeki pahala kerana bersyukur, rezeki pahala kerana bersedekah dan rezeki pahala kerana tidak kedekut. Rezeki pahala sayang sesama manusia. Dan rezeki pahala macam-macam lagi.

Lewat pagi tadi, Cikgu Zaid bersama keluarga, ipar dan anak-anak buah berkunjung ke rumah kami. Kami berterima kasih kerana sudi berkunjung. Kami juga berterima kasih kerana menghadiahkan benih pokok kuini yang kami idamkan. Kami juga bersyukur atas sedekah ikan sepat kering yang kami minati. Terima kasih banyak-banyak dan setinggi-tingginya.

Tengahari ini saya dan adik-adik (tiga keluarga) masak pajeri nenas dan ikan sepat kering. Itulah menu kami semasa di kampung dulu. Itulah antara menu yang ditunjukkan oleh al-marhumah ibu kami. Waduuuhhhh, sungguh berselera kami menikmatinya. Kami sungguh-sungguh bersyukur. Semoga cikgu Zaid sekeluarga dan kami juga, dimurahkan lagi rezeki dan sentiasa bersyukur kepada Allah.

Read more...

Hari Keluarga

>> 2.6.09


Minggu ini memang padat dan penuh dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti cara orang pencen. Tak lah hebat macam aktiviti orang muda.

Sepanjang minggu ini ada dua rangcangan yang dibatalkan dan digantikan dengan yang lain. Ziarah adik di Temerloh dibatalkan dan diganti oleh pertemuan dengan para bloggers. Meracun rumput di kebun juga dibatalkan dan diganti oleh pertemuan yang sama.

Hari Sabtu dan Ahad nanti nak balik kampung. Ada hari keluarga di rumah ayah. Dijangka semua adik-beradik akan balik kampung.

Minggu depan, dijangka lebih sebok dengan pelbagai rancangan baru dan kerja-kerja tertonggak. Kebun, memang dah lama tak dijengok.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP