012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Korbankan Kambing Siapa?

>> 30.11.09

Akhbar berbahasa Arab Al-Jazirah melaporkan, semalam sekumpulan lebih dari 40,000 ekor kambing telah sampai di Jeddah dari Georgia. Dan sehari sebelum semalam sebanyak 200,000 ekor lebih. Sebelum ini, kambing-kambing di Saudi diimpot dari Somalia.

Hmmm, nampaknya dah tak banyak barang tempatan di Saudi selain Air Zamzam dan kurma. Yang lain seperti kupiah, sejadah dan kain serban adalah dari Hongkong atau Jepun.

Sumber di sini.

Read more...

Belajar Mencuri

Beberapa perkampungan sekitar Jeddah dan Makkah menjadi sepi tanpa penduduk. Mereka dipindahkan sementara ke kawasan berhampiran akibat bencana banjir pada Rabu lepas.

Masalah sekarang ialah ramai golongan miskin mulai masuk ke kawasan yang ditinggalkan itu dengan mencuri pelbagai jenis barangan. Sebahagian rumah jadi kosong sama sekali kerana semua peralatan di dalamnya telah dicuri.

Pihak berkuasa berjanji untuk mengatasi masalah tersebut. Apa akan jadi pada rakyat miskin yang baru belajar mencuri itu?

Read more...

Azan Pertanian

Pokok Sutera semaian bloggers RadenJowo dan Ramli.

Perkara kesatu:
Memang sah lagi benar, bahawa azan adalah syari'at ketika hendak bersolat fardhu. Diamalkan sejak zaman Rasulullah hingga kini, secara mutawatir.

Perkara kedua:
Adapaun ucapan azan pada telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir memang diamalkan oleh pendokong mazhab-mazhab Hanafiy, Shafi'iy dan Hanbaliy. Namun, beberapa ulamak mengatakan hadith yang dijadikan dalil adalah dha'if dan sesetengah ulamak lain mengatakan hadith mengenainya terlalu dha'if.

Perkara ketiga:
Semasa kecemasan atau ketakutan, seperti ketika ribut atau sesat di laut atau dalam hutan, dibolehkan melaungkan azan. Kerana, menyeru Allah dan mengucap tasyahhud adalah perbuatan dan perkataan mereka yang beriman. Tentunya lebih baik dari terpekik dan terlolong sebut yang lain-lain.

Perkara khas:
Diriwayatkan oleh blogger ISA daripada bloggers RadenJowo dan Ramli, bahawa mereka itu selesai sahaja menyemai benih pokok-pokok sutera sebanyak 54 batang lalu menyuruh oleh mereka akan pembantu kebun mereka supaya melaungkan azan. Maka pembantu kebun itu bertanya "Benarkah suruhan azan ini?" Lalu mereka menjawab "Benar". Maka pembantu kebun pun melaungkan azan berhampiran semaian benih-benih pokok sutera itu. Blogger Ramli memberitahu kepadaku, bahawa semaian itu pada minggu ketiga telah bertunas cantik dan pada minggu keempat telah bertunas semua semaian itu.
(Perkara ini adalah benar berlakunya)

Layari blog ini.

Read more...

Gambar Kambing Bistari

Kambing Bistari.

Read more...

Beras Dan Kambing Melambung ...

>> 29.11.09

Riyadh, Sabtu 28 Nivember 2009. Harga kambing untuk qurban meningkat hingga sampai 100% lebih. Setelah kenaikan harga 40% berikutan Eidil-Fitri lepas dari 300 - 1000 riyal kepada 650 - 2400 riyal seekor.

Selain itu, harga beras juga turut naik mulai Khamis menjelang Eidil-Adha. Beras stok lama naik hingga 15% dan beras stok baru meningkat hingga 40%. Selepas banjir dua hari lepas, harga beras dijangka akan meningkat lagi.

Read more...

Gambar Jeddah Hari Khamis

>> 28.11.09

Jeddah, Khamis.

Read more...

Besarkan Saiz: Klik Pada Gambar

>> 27.11.09

Wuquf Semalam

Klik pada gambar untuk besarkan saiz.

Read more...

Gambar Cuaca Buruk Di Madinah - Mekah

Cuaca di Makkah dan di Madinah dijangka berterusan buruk dari petang Khamis hingga lewat pagi Juma'at. Hujan dijangka turun di beberapa tempat dan diikuti dengan ribut dan petir.

Atas: Gambar udara pada petang Khamis.

Read more...

Isteri Datuk Obama Tunaikan Haji

>> 26.11.09

Obama bersama isteri datuknya.

Isteri nenek Obama, Sara, menunaikan haji pada musim ini. Sarah, dari perkampungan Kogilo, Kenya, menunaikan haji bersama rombongan yang terdiri dari 10 orang. Seorang dari mereka ialah berpangkat cucu kepada Sara dan bapa saudara kepada Obama. Beliau akan menjadi tetamu kepada Raja Saudi.

Read more...

Banjir Besar Di Saudi

Berikut ialah gambar-gambar banjir di persekitaran Makkah semalam, akibat hujan lebat selama kira-kira empat jam. Beberapa jalan utama telah terputus, ratusan kediaman ranap, ribuan kereta tenggelam, beberapa jambatan runtuh, beberapa nyawa terkorban dan beberapa kemalangan lain.


Sumber: Akhbar Ar-Riyadh dan Al-Madinah, terbitan Khamis, 26 November 2009.
________

Maklumat lain di sini.

Read more...

Isteri dipaksa kahwin lain

"KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan warga Australia kini dilema selepas isteri dikahwininya di Singapura April lalu tanpa restu keluarga akan dikahwinkan dengan pasangan pilihan keluarga mentuanya, Januari ini.

Isterinya, Nadia Abdul Aziz, 25, warga tempatan dan juga pensyarah di sebuah universiti tempatan dikahwini tanpa mendapat restu keluarga mentuanya sekalipun sudah berjumpa untuk memaklumkan hasratnya itu.

Najmalden Mohammad Saide, 36, berkata, kehidupannya lebih tertekan apabila sehingga kini tidak mengetahui khabar berita mengenai isterinya, walaupun beberapa kali menghubungi keluarga mentuanya itu.

Katanya, dia hanya sempat menikmati hidup sebagai suami isteri selama empat hari sebelum dihalang bertemu lagi dengan isterinya itu ketika datang bersama-sama untuk berjumpa mentuanya bagi memaklumkan pernikahan mereka."

Serlanjutnya di sini.

Read more...

Tauliah Untuk Berkhalwat

>> 25.11.09

Jam 10.53 malam ini seseorang yang dikenali call saya. Dia minta tolong saya hubungi pegawai pencegah maksiat untuk mencekup pasangan khalwat yang sedang dikepung oleh penduduk tempatan. Jarak tempat itu dari tempat saya ialah kira-kira 30km.

Saya hanya dapat tolong hubungi Dato' Mufti Negeri memaklumkan hal ini. Terpulanglah kepada dia untuk membuat tindakan lanjut. Setahu saya, pegawai pencegah maksiat bukanlah di bawah Jabatan Mufti.

Saya terfikir, sesiapa yang hendak berkhalwat mestilah minta "tauliah" terlebih dahulu. "Tauliah" ini saya bersetuju dengan JAIS.
"Tauliah SeUmur Hidup."

Read more...

Gambar Lucu Hari Ini

"Ismail Wan Chik, 46, membawa lembu miliknya ke tempat yang lebih selamat di Kampung Bukit Tadok di Hulu Terengganu, apabila kampungnya dinaiki air banjir. Lembu itu akan dikorbankan sempena Aidiladha Jumaat ini."

Sumber di sini.

Read more...

Anu Jangan Tak Anu !

>> 24.11.09

Setiap lelaki muslim, terutama yang bermazhab Syafi'iy, mengalami dan mempunyai perkara seperti dalam gambar ini.
Ia benar dan amat baik.

Secara falsafah, ini sebuah politik. Politik hukum dan politik kesihatan. Politik pengurusan diri dan politik kebahagiaan. Siyasah kenikmatan dan siyasah kepuasan.

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Resort rimba RM7,000 semalam

"PERSEKITARAN tenang di estet peribadi ini menepati namanya, Aman Rimba. Berkonsepkan rumah penginapan eksklusif dengan pengkayaan elemen tradisi tanpa penghujung, aura kedesaan itu mampu menyegarkan minda dan mengutik ketenangan jiwa.

Terletak kira-kira 500 meter dari simpang kecil yang terlindung dek rimbunan pohon dedap, perjalanan ke Aman Rimba yang terletak di Kampung Janda Baik, Pahang ini disajikan dengan pemandangan redup sungai yang mengalir di sisi jalan."

Seterusnya di sini.

Read more...

Berkhalwat

>> 23.11.09

Hari ni, tak jadi out-station. Berkurung sorang diri dalam rumah. Pintu rumah tak dibuka, langsir terbiar 24 jam dan makan pun tidak. Silapnya, tak berpuasa.

Namun, banyak kerja atas kertas yang dah siap. Terasa macam waktu bekerja dulu. Berita dari kawan-kawan pun tak ada. Mak datin di rumah anak, jaga cucu sampai hari Rabu petang.

Read more...

Happy Birthday BloggersNetwork@Perak

>> 22.11.09

Hari ini, 22 November, genaplah setahun usia BloggersNetwork@Perak. Happy Birthday BloggersNetwork@Perak.
Berkaitan di sini.

Read more...

Hari Kedua Latihan Amali

Hari ini, saya ke kebun agak lewat. Tiga bloggers dah sampai lama. RadenJowo dah siap meracun rumput.

Saya tak buat apa-apa, selain duduk di bangku memerhatikan mereka bekerja. Saya terkenang semasa muda-muda dulu.

Hampir maghrib, kami beredar pulang ke rumah masing-masing. Isnin dan Selasa kami akan out-station. Rabu, kami akan ke kebun lagi.

Read more...

Latihan Amali Pemborohan

>> 21.11.09

Jauh kiri: RadenJowo. Tengah: ISA. Kiri: Tukang sibuk

Pagi tadi saya sampai ke kebun lebih awal dari kebiasaan. Mungkin kerana semangat baru setelah lama berehat.

Semasa bersiap sedia hendak meracun rumput bloggers ISA, RadenJowo dan Ramli sampai. Kelihatannya, mereka lebih bersemangat dari saya. Malah, antara mereka macam berebut giliran untuk memotong rumput. Mesin yang ada hanya satu.

Dalam tradisi orang Cina, kalau nak jadi tauke seseorang itu mesti pandai buat kerja-kerja boroh. Barangkali itu sebab bloggers tu berebut nak buat kerja. Semua nak pandai potong rumput dengan mesin.

Yang saya rasa lucu, selepas semua dapat giliran dan berehat, tangan masing-masing menggeletar. Pegang gelas minuman pun terpaksa dengan dua belah tangan. Kalau sebelah tangan sahaja, maka gelas akan terbang entah ke mana.

Kalau saya jadi jurunilai, semua mereka dah boleh jadi tauke. Tauke kontrek mesin rumput.

Besok, kami ke kebun lagi. Latihan menyembur racun rumput pula.
Projek apa ye? Tunggu pengemuman mereka!

Read more...

Besok Mulai Bekerja

>> 20.11.09

Cukup 11 bulan saya berehat tanpa ke kebun. Rasanya, kesihatan hampir pulih seperti biasa selepas pembedahan buah pinggang.

Besok, Sabtu 21 November, saya akan mulai ke kebun bersama dengan tiga bloggers. Peringkat mula ini ialah meresmikan pembersihan rumput yang dah nak jadi pokok hutan. Caranya, potong rumput dengan mesin dan sembur dengan racun. Dijangka, akan siap dalam minggu ini juga.

Minggu depan, dijangka membuat persiapan tapak semaian. Membenih dan mengemaskini prasarana. Mengadakan seminar antara kami, di kebun. Kemudian, mungkin kami akan out-station. Ha ha ha!

Read more...

Terharu Tengok Gambar ini

Saya merasa amat terharu melihat gambar ibu dan anaknya ini.
Patutlah, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Berita mengenainya di sini.

Read more...

Masyarakat Iblis Di Malaysia

>> 19.11.09

Saya terfikir kenapa JAIS terlalu marah kepada Dr. Asri mengajar tanpa tauliah? Kenapa pihak berkuasa agama terlalu heboh pasal Wahabi? Kenapa hal-hal jahat berleluasa?

Contoh kejahatan yang belum didengari mendapat cegahan dari pihak berkuasa ialah aktiviti swingers lifestyle. Swingers lifestyle sudah lama merebak di negara kita. Kenapa tidak kedengaran sebarang tindakan dari pihak berkuasa agama?

Lihat contoh-contoh di sini, di sini, di sini, di sini, di sini dan banyak lagi.
Apa dah jadi dengan negaraku?

Read more...

Gambar Kebakaran Di Mina

>> 18.11.09

Kebakaran beberapa warung makan di Mina, berhampiran tempat Jamrah telah berlaku semalam, Selasa, jam 5.40 waktu tempatan.

Kebakaran tersebut dapat dikawal dan dipadamkan oleh pasukan pertahanan awam tempatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Read more...

Kolam mandi di bilik tidur

"BAGINYA tiada yang lebih utama selain membina sebuah kediaman yang sempurna untuk keluarga. Malah cita-cita perniagaan sudah dianggap sebagai agenda kedua.

“Rumah yang selesa untuk isteri dan anak-anak perlu disediakan dahulu kerana selepas ini saya mungkin kekurangan masa disebabkan sibuk dengan perniagaan.

“Justeru daripada sebuah rumah teres di Mergong, Alor Setar, saya berpindah ke banglo ini,” jelas Dr. Che Rozmey Che Din, 39, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Herba Prima Sdn. Bhd."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Gambar Masih Gadis atau dah .....?

>> 17.11.09

"Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara."

Sumber dan sepenuhnya di sini.

Read more...

Jamrah Berteknologi Tinggi

"MEKAH, 17 Nov (Bernama) -- Pihak Berkuasa Arab Saudi telah menyiapkan pembinaan Jambatan Jamrah setinggi lima tingkat di Mina menggunakan teknologi tinggi bagi membolehkan jemaah haji melontar dengan lebih selesa.

Penolong Komander Pasukan Keselamatan Haji, Jen Saad Al-Khelaiwi berkata projek itu yang berharga SR4.5 bilion bertujuan memastikan pergerakan jutaan jemaah haji dengan lebih lancar semasa melontar.

"Kita tidak benarkan jemaah melepak di sepanjang jalan menuju ke jamratul dan kita juga memantau dan mengawal aliran jemaah haji," katanya yang dilaporkan akhbar harian berbahasa Inggeris, Saudi Arabian.

Beliau berkata Jambatan Jamratul yang tidak mampu menampung lebih 300,000 jemaah sejam, menyebabkan 19 commander akan ditempatkan di jalan-jalan untuk memberhentikan pergerakan jemaah apabila jumlah mereka melebihi bilangan itu."

Sepenuhnya di sini.
__________

Saya: Sah ke ikut bid'ah wahabi ni wahai para mufti!

Read more...

Mesra Peluk Anjing?

>> 16.11.09

"Manohara anak kelahiran Indonesia yang kontroversi bersama anak raja Kelantan itu kelihatan memeluki seekur anjing. Beliau seolah-olah tidak ambil kisah langsung tentang hukum. Walau pun sebagai orang Islam Anjing dan Babi adalah najis berat, namun Manohara macam tak tahu sahaja. . Apa pandangan tuan mengenai perkara ini.??? Adakah hukum lain, atau pendapat lain yang mengatakan menyentuh anjing ini tidak mengapa...Sekadar melontar pandangan untuk makluman semua termasuk penulis."

Sumber dan tajuk asal di sini.

Read more...

Menu Arab-Melayu

Ahad, masak nasi beriani dan ayam bakar cara menu Arab-Melayu. Menu Arab-Melayu, maksudnya elemen rebus campur masam campur pedas dan campur belacan. Sebenarnya bukanlah rindu sangat kat makanan ini, cuma pasal nak bawa ke Alam Shah.

4.30 petang di Alam Shah jumpa Fawzan. Bawa makan yang dah dimasak, ubat cerdas akal dan sokongan untuk dia memasukki peperiksaan SPM mulai Rabu ini. Semoga persiapan dan persediaan dia cukup mantap. Semoga dia berjaya dengan cemerlang seperti semua abang-abangnya. Amin, ya rabbal-'alamin!

Read more...

Letih Jadi Pemandu

>> 14.11.09

Pagi tadi, jam 9.17, mulai bergerak ke Kuala Kangsar. Menyusur jalan pantai melalui Sabak Bernam, Teluk Intan dan Sungai Manik.

Sampai MCKK, ambil Anas dan terus balik. Berhenti makan di Sg. Besar dan solat jamak serta qasar di Simpang Lima. Sampai di rumah jam 6.28 petang. Amat letih, rasa macam demam.

Lepas maghrib, tidur. Jam 9.46 dah bangun. Berehat sambil merayau ke dalam beberapa blog. Malam ini kena giliran sebagai pengawal rukun tetangga dari jam 1.30 - 3.30 pagi.

Read more...

Muntah tengok gambar-gambar ni!

>> 13.11.09

Kahwin sejenis di Amerika. Uwiekkkk!!!! Uwiekkkk!!!!
Otak di kepala lutut atau di ponggong!

Read more...

Gambar Dari Blog ManjungMari

Malam ni, saya ziarah kawan-kawan maya. Kebanyakan mereka dah tidur. Ada macam-macam cerita. Yang berdengkur ada dan yang buat peta kat bantal pun ada.

Bila ziarah ke tempat sahabat saya ManjungMari, macam tau-tau saja dia tu. Siap tulis nama saya pulak. Barangkali ada CCTV kat blog dia. Kalau tak percaya, layari ke tempat dia di sini.
Sumber asal gambar di sini.

Read more...

Nak Kawin Lagi!

>> 11.11.09

Minggu lepas, seorang kawan baik semasa belajar dulu call awal pagi. Terkejut juga saya. Katanya, dia dapat nombor dari seorang bekas student saya. Hati cukup seronok dapat bercakap dengan kawan lama.

Katanya lagi, dia mahukan alamat lengkap rumah saya. Saya pun cepat-cepat bagi. Dalam hati saya, cepat bagi alamat rumah maka cepatlah dia datang ziarah. Bolehlah kami borak panjang. Tapi, katanya, dia hanya nak hantar kad jemputan kahwin, dalam bulan Desember nanti. Saya pun cepat-cepat ucap tahniah dan bertanya, menantu yang ke berapa ni?

Dia jawab, bukan kenduri kahwin anak. Bukan nak sambut menantu. "Habis, nak sambut cucu ke?" tanya saya. "Cucu pun bukan lah. Apa you punya fikiran masih takuk lama!" jawabnya.

Aik! Fikiran takuk lama? "Ni Hab, kenduri perkahwinan aku laaa. Nak sambut isteri kedua," sambungnya lagi. Secara tidak bersemangat, saya ucap juga tahniah kepadanya. Semoga panjang umur dan dapat anak-cucu lagi!

Read more...

Bermacam Jenis Kahwin

Kahwin mut'ah memang harus dan diamalkan semasa hayat Rasulullah serta disebut dalam al-Qur^an. Tiada umat Islam yang mempertikaikan hal ini. Namun, golongan ahlus sunnah wal jama'ah kata ia telah dibatalkan oleh Rasulullah atau oleh saidina Umar.

Bagi golongan syi'ah ia tetap harus. Kerana Rasulullah tiada kuasa membatalkan hukum Allah atau Rasulullah tidak pernah mengatasi Allah. Jauh sekali taraf saidina Umar dari taraf Allah. Jadi, syi'ah tetap mengatakan mut'ah adalah harus dan dakwaan pembatalan adalah palsu dan bertentangan dengan akidah. Maksudnya, adakah anda percaya yang Rasulullah lebih berkuasa daripada Allah? Adakah sidina Umar lebih tinggi darjatnya dari Allah hingga dia boleh membatalkan hukum Allah?

Walaupun ahlus sunnah wal jama'ah mengharamkan mut'ah, tetapi mereka mempunyai banyak jenis perkahwinan yang jarang didedahkan, kecuali akhir-akhir ini. Antaranya kahwin urfi (di Mesir, banyak orang Melayu yang berduit melakukannya), kahwin niat cerai dan kahwin misyar. Setiap jenis itu ada pula sub-jenisnya.

Maklumat contoh di sini; di sini; di sini; di sini; di sini;
dan di sini.

Read more...

Pelancongan Bogel Maya

>> 10.11.09

Malam ini, melancong ke beberapa destinasi maya. Setelah lama berlegar di angkasa lepas, singgah ke destinasi ini.

Read more...

Aku Dan Aku BerKerabat

>> 8.11.09

Pada 5 November saya menulis Keputusan Temuduga Tauliah?. Antara komen yang diterima ialah:

aku, November 5, 2009 9:38 PM
salam tuan,
entah kenapa tetiba aku teringat arwah kyai hj ma'asom sg tengar..

jawapan saya:

Pengasas, November 5, 2009 10:29 PM
W'salam Aku,
Aik! Maaf! Anda siapa ni?
Marhum kiyai Hj Ma'asom Sg. Tengar itu ialah suami marhumah toksu saya. Toksu ialah adik bungsu nenek saya sebelah ibu.
Harap mendapat respon. No. saya 0123635658.

Jam 23:21:21 sebentar tadi saya terima SMS dari "aku". Saya terus menghubunginya dan berbual. Anda tahu apa jadi? Rupa-rupanya kami adalah berkerabat dua-pupu. Ayahnya adalah sepupu ibu saya dan neneknya adalah toksu saya (nenek kami dua-beradik).

Ini adalah kali kedua blog ini menghubungkan silatur-rahim antara kerabat. Terima kasih kepada blog ini. Syukur kepada Allah!

Read more...

Bas KL - Kota Kinabalu

Di sebuah stesyen bas di Kuala Lumpur. Sekumpulan lelaki berpakaian lengkap lagi hebat. Ada yang membimbit beg pakaian dan ada juga yang menggalasnya. Di situ, ada juga beberapa kaki lepak harian.

Apabila hampir senja,
kaki lepak: Assalamu ‘alaikum bang!

Lelaki: Wa’alaikumussalam!

Lepak: Abang-abang ni nak ke mana? Sejak awal pagi sampai senja masih kat sini? Kaki lepak baru ke ni?

Lelaki: Kami bukan kaki lepak. Kami tunggu bas. Sejak pagi tadi, bas yang kami tunggu belum sampai.

Lepak: Oooo, begitu!. Bas nak ke mana tu bang?

Lelaki: Bas yang nak ke Kota Kinabalu!

Lepak: O, I, C, U!

Sebentar kemudian, semua kaki lepak beredar dari situ, kerana malam sudah menjelma. Yang tinggal hanya kumpulan penunggu bas ke Kota Kinabalu.

Read more...

... Buang Senjata Tuduhan Wahabi ...

"Sementara itu, Shahidan, yang juga bekas Menteri Besar Perlis pula berkata, tuduhan yang dibuat oleh seorang individu seperti yang dilaporkan di dalam akhbar perdana semalam berkenaan soal Wahhabi dan isu sesat telah mengelirukan masyarakat Islam di negara ini.

"Saya dituduh jadi Wahhabi selama 12 tahun semasa menjadi Menteri Besar Perlis. Saya tidak tahu apa itu Wahhabi. Wahhabi ini diberi oleh musuh-musuh Islam dan hanya mula diperkatakan selepas peristiwa September 11. Ini adalah satu niat jahat melabelkan sesiapa yang tidak sealiran sebagai Wahhabi."

Sepenuhnya di sini

Read more...

Mencipta Isteri Impian

"Ketika itu, Canny mempunyai dada yang leper, bahagian peha tidak menarik, memiliki perut yang besar dan mempunyai bulu kening yang tidak serata.

Menurut sebuah akhbar luar negara, Dr.Reza pada mula tidak menyukai bentuk badan isterinya itu tetapi, tetap berkahwin dengannya kerana ingin menukar imej Canny.

Dr.Reza melakukan beberapa pembedahan pada bahagian dada, peha, mata dan muka Canny.

“Saya menghabiskan masa lima tahun untuk membesarkan saiz buah dada isteri saya dari saiz A kepada F,” ujar doktor itu lagi. Selain lapan pembedahan tersebut, pakar bedah plastik itu juga mencantikkan bahagian bibir, bulu kening dan mengurang saiz dahi isterinya."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Gebunya Pipi Dia

>> 7.11.09

Hari ini Seminar Khas PAS. Seminar ini bukan pemimpin turun padang, tapi akar-umbi dikorek masuk lori. Semasa dalam suasana seminar ini tentu banyak hal yang diwar-warkan kepada peserta. Antaranya ialah hal Konvensyen Blogger PAS 2009.

Inisiatif PAS ini memang bagus walaupun terlambat. Bloggers persendirian dah berpuluh-kali buat konvensyen. Dah tubuh universiti terbuka sendiri pun. UREKA, sebagai contoh. Dan ada juga member-member yang dah setup bisnes. Bukan saja dah pulang modal, tapi dah simpan keuntungan.

Bila sebut "Blogger PAS", baru saya sedar rupa-rupanya PAS ada blogger sendiri. Parti politik lain belum ada bloggers sendiri. Maksudnya, dalam hal blogging, PAS jauh lebih maju daripada parti-parti lain. Dalam muktamar sanawi tahun depan tentu ada pembentangan atau laporan kewangan serta aktiviti yang berkaitan dengan blogging dan bloggers.

Semasa membaca pemakluman mengadakan konvensyen tersebut saya tercari-cari jika ada dinyatakan objektif konvensyen. Tapi, tak jumpa. Bila tak jumpa objektif yang tersurat, fahamlah saya tentulah objektifnya tersirat. Lagipun, objektif boleh dikatakan sebagai niat. Niat, mana ada yang tersurat. Semua niat tersemat dalam hati.

Agak-agak, apa objektif Konvensyen Blogger PAS 2009? Kenapa banyak ahli-ahli PAS yang jadi blogger tak mengaku sebagai blogger parti? Atau, memang PAS saja-saja mengaku setiap ahli parti yang jadi blogger dikira sebagai blogger parti? Memang gebu pipi PAS!

Read more...

Betty gigit jari ......

"PETALING JAYA: Kereta Satria GTI berwarna perak milik penyanyi dan pelakon Betty Banafe telah dicuri di sebuah hotel lima bintang di Jalan Conlay pada pukul 4 petang tadi dalam masa 10 minit.

Cerita Betty, dia menyedari kereta bernombor plat WHX 8179 itu telah lesap setelah kembali untuk mengambil pakaian berjenama oleh pereka dari Arab, alat solek dan beg tangan bagi menjayakan persembahan anjuran Malaysian Palm Oil Board (MPOB) di hotel itu pada malam ini."

Selanjutnya di sini.

Read more...

Keputusan Temuduga Tauliah?

>> 5.11.09

Peristiwa ini berlaku di sebuah negeri entah berentah. Sebuah lembaga temuduga untuk pentauliahan mulai bersidang.

Tempat bersidang:
Bilik indah berhawa dingin.

Ahli persidangan:
19 orang.

Kelayakan Ahli:
1 orang SarjanaMuda Syari'ah; 1 orang SarjanaMuda Usuluddin; 1 orang SarjanaMuda Pengajian Qur^an; 1 orang SarjanaMuda Pengajian Sunnah; dan 15 orang Sijil 4 Thanawi
(setaraf dengan SPM).

Peserta yang akan ditemuduga:
2 orang (1 berkelulusan Sarjana Perbandingan Fiqah; dan
1 berkelulusan Doktor Falsafah Pengajian Hadith).

Skema soalan temuduga:
Maksud Islam, Iman dan Ihsan; hikmah berpuasa enam; hukum orang yang membuat 'aqiqah memakan sebahagian dari daging 'aqiqah; rukun serta syarat sebuah talqin yang baik; contoh keistimewaan mazhab Syafi'iy berbanding dengan mazhab lain; rasional qunut itu disunatkan; kesesatan golongan wahabi; bla; bla; bla.

Keputusan temuduga:
Semua peserta gagal. 1 orang gagal, kerana jawapan terlalu ringkas. Jawapan hanya dengan ayat-ayat Qur^an dan hadith tanpa terjemahan. Dia menjawab hanya dengan bahasa Arab, tanpa diselangseli dengan bahasa Melayu. 1 orang lagi gagal, kerana tidak menjawab sebarang soalan. Dia hanya sekadar tersenyum sahaja. Belum selesai temuduga, dia dah keluar.

Read more...

Khurafat didahulukan, Tauliah diutamakan

Di Malaysia, orang Melayu dah berzaman menganut Islam. Pegangan dan amalan Islam sejak sebelum merdeka. Bila dah merdeka, UBN dah setup pentadbiran hal-ehwal agama dengan baik. Termasuk mengadakan sistem tauliah dan penentuan mazhab.

Ahli PAS dan orang UMNO, dalam beberapa aspek, serupa sahaja. Dalam hal-hal mazhab, mereka sama sahaja. Amalam dan pegangan umum, mereka tak berbeza.

Justeru, pada hakikatnya, Malaysia tak perlu orang berpelajaran atau bijak agama (ulama). Sebab, kalau ada pun nak buat apa?

Seorang yang berkelulusan first atau second degree, nak bercakap apa mengenai agama. Walau ada tauliah pun, kalau mengajar amalan yang berbeza dari ajaran tok lebai kampung, dia akan ditangkap dan dituduh membawa ajaran yang berbeza dari amalan orang ramai.

Begitu juga seorang yang bertaraf doktor falsafah, nak bercakap apa mengenai agama. Nak sebut "talqin" itu bid'ah? Bukankah "talqin" itu amalan orang kampung sejak sebelum merdeka lagi? Nak cakap fasal aliran pemikiran lain? Alamatlah dituduh penganut shi'ah atau wahabi. Kalau komplen pasal mazhab, lagilah ditolak. Seolah-olah Rasulullah itu pengikut mazhab.

Kesimpulannya, pegangan dan amalan Islam Melayu dah OK dan sempurna. Tak kiralah kalau penuh dengan bid'ah atau sarat dengan khurafat. Apa yang dipegang dan diamalkan oleh orang kampung jangan ditegur atau dikomplen. Kerana, semuanya syumul dan mantap, sekalipun tak sama dengan amalan Rasulullah.

Read more...

Bidang Baru Keusahawanan

>> 4.11.09

"As if turning grapes into wine wasn't enough, now wineries are aiming to transform their wastes into fuel.

The first example of a new renewable method for generating hydrogen fuel from wastewater is now operating at a California winery.

The refrigerator-sized generator takes waste from the Napa Wine Company in Oakville, Calif., and feeds it to microbes inside. With the aid of a little electricity, these naturally occurring bacteria break the organic material in the wastewater into hydrogen gas."
Sepenuhnya di sini.

Read more...

Sokongan Pelbagai Golongan

"Dr Asri ketika dihubungi berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada golongan artis yang banyak memberikan sokongan.

"Ada yang SMS, ada yang hubungi saya. Mereka harap saya bersabar hadapi fitnah ini ini. Kata mereka, ini semua kerja orang yang hasad dengki," kata tokoh agama yang juga pensyarah di USM itu.

Jelasnya lagi, ada seorang artis itu berkata..."Kalau mufti boleh dilayan begitu, apa tah lagi kami golongan artis."

Menurut Dr Asri, selain selebriti, dia juga mendapat sokongan dari beberapa persatuan wanita."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Macam Berita Rezeki Jer?

>> 3.11.09

"Bayaran khas RM500, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2010 pada 23 Okt lepas, akan diberikan kepada semua penerima pencen.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyatakan bayaran khas ini termasuk pesara pilihan dan pesara atas sebab lain serta balu, duda dan anak.

Dalam kenyataan JPA untuk menjelaskan perkara itu menyatakan Selasa bahawa pemberian bayaran khas itu juga meliputi penerima pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."
Sepenuhnya di sini

Read more...

Nabi Isa pun mesti ada tauliah?

>> 2.11.09

Suatu perkara yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa ialah petadbiran dalam negeri-negeri yang dikuasai PR sekarang ialah peninggalan tradisi pentadbiran UMNO/BN.

Tradisi pentadbiran yang diwariskan oleh UMNO/BN kepada PR termasuklah pentadbiran hal-ehwal Agama Islam negeri. Dan tradisi pentadbiran hal-ehwal Agama Islam negeri ini termasuklah hal-ehwal pentauliahan.

Lembaga Pentauliahan (atau apa jua yang sewaktu dengannya) ini ditubuhkan semasa UMNO/BN memerintah. Tujuannya yang tersirat ialah untuk mencegah siapa sahaja yang tidak sebulu dengan pentadbiran negeri dari mengajar, berceramah atau memberi kulliah kepada orang ramai dalam negeri tersebut. Tak kiralah, sama ada penceramah atau pengajar itu alim, jahil atau bekas maha guru kepada ahli pentauliahan itu sendiri.

Maaf cakap, jika ada mana-mana khulafa^ rasyidin yang masih hidup tetapi tidak sebulu dengan pentadbiran hal-ehwal Agama Islam negeri juga akan disekat; dan mungkin ditahan seperti Dr. Asri, mantan mufti Negeri Perlis.

Dr. Asri mungkin dituduh mengajar tanpa tauliah dan pengikut wahabi. Jika ada mana-mana khulafa^ rasyidin yang masih hidup mengajar, mungkin akan ditangkap atas tuduhan mengajar tanpa tauliah dan menyebar ilmu Islam tanpa mazhab.

Kepada mereka yang percaya bahawa Imam al-Mahdi dan Nabi ‘Isa (a.s.) akan kembali ke dunia pada akhir zaman, hendaklah mempastikan supaya mereka berdua tidak mengajar Islam di mana-mana negeri di Malaysia tanpa tauliah dan tanpa mazhab.

Read more...

Dr. Asri Ditangkap Polis

Sejak hari Juma'at saya kurang sihat. Petang Ahad, mulai segar. Setelah berehat, saya melayari internet. Agak terkejut dengan tajuk "Dr. Asri Ditangkap Polis".

"Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.

Kira-kira jam 10 malam tadi, sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam (JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay, dekat sini."
Selanjutnya di sini.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP