012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Bila boleh lapang dan berehat?

>> 31.1.10

Setiap hari Sabtu dan Ahad sibuk. Sibuk dengan pelbagai program. Kekeluargaan, kesaudaraan dan kemasyarakatan.

Petang tadi ke Hospital Sg. Buloh. Ziarah bapa saudara (sepupu ayah). Besok, insya Allah, balik kampung dan akan ke Bagan Serai dengan ayah dan makcik. Ziarah datuk saudara (bapak saudara ayah) yang sakit sejak dua minggu yang lalu.

Dari Bagan Serai, ayah ajak singgah di Ipoh, rumah adik.

Read more...

Gambar Makhluk Bertuah

Saya teringat kepada al-marhum seorang tokoh politik terkenal. Beliau adalah guru saya. Beliau banyak mengajar dan menolong saya.

Beliau pernah menceritakan kepada saya bahawa beliau tidak berharta dan jarang berduit. Tiada tanah, kebun atau bisnes macam ahli-ahli politik lain. Saya tanya: "Kalau tak berduit, macamana tuan dan keluarga makan hari-hari."

Jawab beliau: "Kamu kenal musang? Dia tak pernah simpan duit dan tak pernah berduit. Tapi, kenapa dia tiap-tiap malam makan sedap. Makan ayam?" Saya hujjah: "Dia mencuri harta orang!" Jawab beliau: "Musang tidak mencuri. Dia berusaha. Dia tidak berdosa."

"Kalau begitu, untunglah jadi musang?", soal saya. "Betul! Dari suatu aspek, musang adalah antara makhluk bertuah", jawab beliau sambil senyum.

Cerita kecurian di sini.

Read more...

Gambar sebuah Teksi

>> 29.1.10

Negara yang tidak pernah diamankan tidak sempat dimajukan dan rakyatnya pula tidak pernah disenangkan.

Read more...

Gambar: Muslimat Mandi-Manda

>> 28.1.10

Muslimat juga boleh mandi-manda atau berpiknik, asal saja mengikut aturan syari'at.

Read more...

Gambar: Tembakan Tepat

Tak berlatih pun boleh tepat!

Read more...

Ada Otak, Apa Pun Boleh diPakai

>> 27.1.10

Bila ada otak, apa-apa boleh dipakai.

Read more...

Terharu Melihat Wanita ini

>> 26.1.10

Terharu melihat bebanan wanita ini. Mencari rezeki di tempat yang kering kontang. Berbagai perkara melintasi fikiran saya.

Read more...

Gambar yang hilang sudah ditemui

>> 25.1.10

Gambar atas dirakam pada 3 Januari 2010, di Dom-MCKK. Masa hantar Anas untuk sessi 2010. Entah macam mana, gambar ni hilang. Jenuh cari. Hari ni baru jumpa. Jangan ada makhluk yang sorok dah ler!

Read more...

Gembira sampai ke bilik air

>> 24.1.10

Seluruh keluarga bergembira, termasuk yang dalam bilik air tu. Hah ha!!!

Read more...

Gigi, gigi. Gigi, gigi. Banyak cantik. Sungguh Murah!

>> 22.1.10

Di Malaysia, kalau nak buat gigi palsu hendaklah ke kedai gigi atau ke klinik. Tarpaksa tunggu berminggu dan kena ulang alik. Harga pun cukup mahal. Namun, ada juga skim ansuran.

Di Afghanistan, perkara nak buat gigi palsu sungguh senang. Ada banyak dijual tepi jalan. Gigi palsu pasang-siap. Harga murah. Beberapa minit sahaja dah bergigi baru. Hah ha!

Read more...

Gambar Menarik: Anda pilih yang mana?

Aktres Prancis membuat kunjungan khas ke Iran untuk menemui seorang pengarah filem. Gambar atas ialah antara jamuan yang mereka nikmati!!??

Read more...

Waspada jika anda beri anak makan sendirian

>> 21.1.10

Waspada jika anda beri anak makan sendirian. Nasib tak baik, kuah semakin bertambah dan rasa turut berubah?

Read more...

Terpendek vs Terpanjang, Terendah vs Tertinggi

SubhanalLAH! Menung saya sejenak.

Read more...

Orang Lawa, Nama Cantik, Menganut Agama Benar

>> 20.1.10

Hari ini saya asyik mengendali Panggung Maya Rakyat dan menemui program ini. Ada beberapa perkara yang menarik dalam temubual dengan Nicole Queen ini. Selamat menonton!

Read more...

Kabab Termurah di dunia

Siapa nak makan kabab termurah ini?

Read more...

Bahagia? Sengsara? Kenapa?

>> 19.1.10

Saya tiada maklumat mengenai pasangan dalam gambar ini. Adakah mereka bahagia? Atau mereka sengsara? Kenapa?

Read more...

Waspada jika anak-anak anda begini!

>> 18.1.10

Waspada jika anak-anak anda begini! Mereka adalah ibarat kertas yang putih lagi bersih.

Read more...

Asyiq-Ma'syuq di Iran

Saya ingat kat M'sia saje muda-mudi macam yang dalam gambar tu. Rupanya di Iran pun ada! Saya bersependapat dengan Dr. Asri. Pasukan Pencegah Maksiat yang mengintip adalah salah menurut al-Qur^an.

Read more...

Sate Melayu, Sate Iran

>> 17.1.10

Kebanyakan orang di dunia ada sate masing-masing. Usah anggap orang Melayu sahaja yang ada sate.

Read more...

Gambar-gambar Ngeri dan Jijik

Bila dah dewasa tu maknanya mengada-ngada. Semasa kecil memang tak faham apa-apa.

Read more...

Jumpa Kawan Rapat

>> 16.1.10

Sabtu, tengahari, ke Felda Sungai Tengi. Ada aqiqah cucu-sedara. Di sini, saya ada kawan rapat satu kelas sejak di sekolah rendah dari tahun 1955 - April 1958. Lepas itu, kami tak pernah berjumpa lebih dari 40 tahun.

Setiap kali ke Felda Sungai Tengi, kebanyakan masa saya hanya berborak dengan dia. Nama dia ialah Hj. Jamhari Hj. Awang. Ada sesiapa yang kenal ke?

Read more...

Gambar Perempuan .......

Idea dan praktik yang boleh diikuti.

Read more...

Puan Suka Yang Dalam Gambar ni?

>> 15.1.10

Saya tak tahu hal dalam negeri kita. Khabarnya, di luar negara, dah ada kereta yang bersteering lengkap dengan peralatan solek pemandu wanita.

Ada kemungkinan ke bertambah tinggi kemalangan jalanraya?

Read more...

2 di Dada dan 2 di Belakang = 4 Buah?

Macam-macam ada di dunia ni!

Read more...

Dalam Gambar ini: Apa yang terliur

>> 14.1.10

Petang tadi ke ladang Dwi-Edar. Bawa teh-O dan pisang tanduk goreng. Walaupun tak janji dengan tiga partner tu, tapi cadang nak belanja dia orang lah.

10 minit kemudian, sorang partner sampai. Nampaknya rezeki kami berdua sahaja. Kalau yang dua orang lagi nampak, mungkin dia orang terliur juga tu.

Read more...

Fesyen Pakaian Wanita Islam Iran

>> 13.1.10

Fesyen pakaian wanita Islam Iran.

Read more...

Sistem Berkongsi Isteri

"This is rigorous work, but Kundol has a little extra manpower at her disposal. She has two husbands, Tsering Yeshi and Pema Tsering, who are brothers.

When they have filled the baskets to overflowing they sling them on their backs and climb the steep hillside back to their village, Barauntse.

Almost every household here is polyandrous - meaning that the family's sons have jointly married a sole woman."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Gambar ini, di mana salahnya?

>> 12.1.10

Di mana dan apa salahnya?

Read more...

Air Telaga dan Air Hujan

Jam 1.50 tengahari bergerak ke kebun bersama isteri. Sampai sana terus solat zohor. Cukup seronok solat atas rumput sambil ditiup angin kebun.

Lepas solat bersihkan telaga yang dah setahun ditinggalkan. Air telaga inilah untuk saya mandi dan wudhuk sebelum balik ke rumah.

Air telaga baik digunakan selepas kita bekerja di kebun, terutama jika kita menggunakan racun atau baja. Ia air tanah yang mengandungi berbagai khasiat. Di kebun ini ada juga air hujan tadahan. Tapi saya gunakannya untuk campuran racun rumput dan campuran hormon sahaja. Sesetengah racun rumput kurang berkesan jika dicampur dengan air telaga.

Setelah solat asar, kami bergerak balik ke rumah. Insya Allah, besok ke kebun lagi.

Read more...

Cuba Kerja Berat

>> 11.1.10

Siang tadi, bersama isteri, ke kebun. Cuba memulakan kerja berat sedikit. Masih tak tahan, tetapi ada peningkatan. Selain membersih tapak semaian, sempat mengemaskini beberapa pohon blackberry.

Insya Allah, besok akan ke kebun lagi untuk melatih diri bekerja berat. Hanya di kebun rasa seronok berehat sambil bekerja. Kalau di rumah, seronok berehat sambil tidur.

Read more...

Dwi-Edar Tambah Pusat Tanaman

>> 10.1.10

Alhamdulillah! Dwi-Edar telah berjaya membersihkan sebuah pusat tanaman yang baru. Hari ini, bloggers ISA, Ramli dan Raden Bertani dapat menyemai 259 pokok.

Semaian peringkat-peringkat seterusnya akan menyusul beberapa hari lagi. Kami amat bersyukur kerana projek ini diusahakan dengan tenaga sendiri tanpa upah dan tanpa hutang. Modal yang dikeluarkan amat-amat minima. Tak sampai RM1,000 jumlah semua.

Read more...

Komplot Pekena RadenBertani

Sabtu, 9 Januari 2010, kami ke tapak Dwi-Edar. Saya masih belum mampu buat kerja berat atau lasak. ISA dan Ramli lah yang kena buat kerja-kerja berat. RadenBertani out-station, meeting company dengan pihak luar.

Kami dah berpakat nak pekena RadenBertani pada hari Ahad, 10 Januari. Kira-kira macam komplot lah. Apa bentuk nak pekena dia?
Tunggu besok.

Read more...

Asam Jawa : Kegunaan dan Khasiat

>> 8.1.10

Petang semalam, saya cerita pasal memasak kepada blogger ISA dan Ramli. Saya suka guna asam jawa dalam kebanyakan masakan, terutama masakan di bulan Ramadhan, sebagai ganti limon.

Klik link ini untuk khasiat Asam Jawa.

Read more...

Hhmmmmm Tersangkut Dalam Paip

"Seorang lelaki yang alat kelaminnya tersangkut di dalam sebatang paip keluli telah dibebaskan oleh skuad bomba dan penyelamat menggunakan alat pemotong logam, selepas para doktor gagal membebaskan alat kelaminnya.

Pasukan perubatan daripada Hospital Besar Southampton bergelut untuk mengeluarkan zakar lelaki itu daripada paip keluli, kerana aliran darah telah menyebabkan ianya terereksi."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Gambar ini jadi guru

Saya sukakan gambar ini. Ia jadi guru untuk penghidupan.

Read more...

Letih oooooooo badan tua ni!!!

>> 7.1.10

9.00 pagi hantar Fawzan pergi temuduga biasiswa Sime Darby peringkat tiga. Pukul 10.40 call RadenTani, dia tak angkat. Call Ramli, dia kata dia dan Raden sedang meeting dengan bla bla di Subang.

11.30 melawat ladang. 12.30 sampai di rumah. Call ISA buat laporan hal ladang. 2.20, dengan ISA dan Ramli, pergi kebun sampai petang.

Lepas maghrib, tidur kejap. Letih ooooo badan tua ni!!!

Read more...

Produk hampir muncul

"Untuk terus berteka teki .. saksikan drama 25 episod bermula malam ini,

Drama: Nigina
Terbitan: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penerbit: Rosyam Nor/Runika Mohd Yusof
Penerbit Penyelaras: Norhaizan Onn
Penerbit Eksekutif: Julia Juhasu
Pengarah: Haris Kadir

Waktu siaran : Mulai 6 Jan, Selasa-Khamis, 10.30 mlm, TV3."
Sepenuhnya di sini.
___________

Produk apa? Siapa boleh teka? Tarikh pelancarannya amat hampir. Dalam bulan ini juga. Malam tadi, blogger ISA kata,
dream becomes reality!

Read more...

Bakal Suami Terima Maiza Seadanya, Ikut Sunnah Rasulullah

>> 6.1.10

"FAKTOR berbeza usia 10 tahun tidak menghalang bakal suami Maizawati Zainal untuk memilih wanita itu sebagai suri hidupnya pada Mei depan.

Pemuda yang mahu dikenali dengan nama ‘M’, 24, berkata dia tidak pernah terfikir tentang faktor itu. Namun, dia lebih senang melabelkan perkahwinannya dengan bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy itu untuk mengikut sunnah Rasulullah."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Petang nanti nak ronda-ronda

Hari ini hari rehat. Urusan kirim duit pada anak di USM pun isteri yang lakukan. Rehat sepenuh hari memang boring. Tidur banyak pun badan jadi lenguh.

Jadi, petang nanti nak pergi ronda cari tempat Fawzan temuduga besok. Temu duga biasiswa Sime Darby peringkat ketiga. Kalau lulus temu duga besok, akan ada temu duga peringkat keempat. Begitulah seterusnya sampai enam peringkat. Mudah-mudahan dia lulus sampai habis.

Read more...

Sedappppppppp mee hailam

Malam tadi jumpa rakan-rakan blogger usahawan di Shah Alam. Belum pun habis minum secawan mereka dah ajak ke PJ. Secara demokrasi saya pun ikut.

Sampai PJ kami makan mee hailam. Fuhhh, punya sedapppppp. Tak pernah jumpa sesedap itu. Bertambah sedap, ISA yang bayar. Blogger Raden Tani tak dapat ikut. Kesiannnnn dia tak rasa mee hailam.

Read more...

Nilai Dan Ranking Blog Anda?

Jika ingin mengetahui berapa Nilai dan Ranking Blog Anda, klik pada bahagian atas sebelah kanan blog ini. Pastekan alamat blog anda.

Anda dapat lihat bahawa bukan setiap nilai yang mahal itu pada ranking yang terlalu baik. Begitu juga ranking yang baik tidak mesti bernilai lebih mahal.

Selamat menilai!

Read more...

Merayap dan Merayau

>> 4.1.10

Hari ini langsung tak keluar rumah. Betul-betul rehat. Tidur puas-puas. Masa hampir maghrib teringat pada cucu kembar. Minggu tadi dia tak balik. Yang balik hanya Naufal dan Dzakuan. Ajak isteri pergi tengok cucu tu, dia kata dah malam. Besok nak ke HSB.

Rupa-rupanya, bila puas tidur pun boring. Oh ye, malam ni nak merayap di alam maya. Dah lama tak merayau.

Read more...

Gambar Hari Minggu

>> 3.1.10

Dalam gambar atas, banyak perkara yang menarik. Dan banyak hal yang dapat kita fikirkan.

Read more...

Jalan Jauh Pertama 2010

Jam 10.45 pagi bergerak melalui Teluk Intan ke Kuala Kangsar. Hantar Anas ke asrama. Dalam perjalanan jenuh bersabar. Pemandu-pemandu lambat banyak di saluran sebelah kanan. Yang sebelah kiri pun memandu lambat juga. Mereka mungkin memandu sekitar 50 - 60km/j. Limit jalan kampung. Saya memandu sekitar 120 - 140km/j.

Berhenti makan tengahari di Bota Kanan. Anas dan emaknya makan nasi ayam kegemaran mereka. Solat jamak dan qasar di masjid Ridhwaniyah, KK. Sampai semula di rumah jam 7.25 petang. Huhhh, letih juga hari ni.

Read more...

Hari LahirKu

>> 2.1.10

Setiap awal tahun Masihi orang bercuti umum di seluruh dunia. Pada hari berikutnya orang mulai bekerja dengan niat dan azam baru. Sama ada dengan prestasi baru mahupun dengan yang lama.

Bagi saya, pada setiap awal tahun Masihi, mulai 1 Januari 2002, bukan sahaja hari awal tahun, tetapi juga hari ulangtahun bersara. Pejamcelik pejamcelik dah lapan tahun bersara.

Pada hari berikutnya, 2 Januari, adalah hari dan tarikh kelahiran. Pada hari ini, 2 Januari 2010, saya terima satu lagi pingat emas. Dengan pingat ini semakin kukuh kedudukan saya sebagai warga emas. Yang merunsingkan saya ialah dosa mungkin semakin banyak. Usaha menebus dan membasuh dosa belum cukup meningkat. Justeru, niat dan azam baru saya masih sama dengan yang lepas-lepas. Ingin berusaha lebih menebus dan membasuh dosa di samping menambah kebaikan.

Read more...

Gambar-Gambar Terpilih Tahun Baru

>> 1.1.10


Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP