012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Wah ke Korea

>> 28.2.11

Isnin. Pagi, periksa semaian biji Apricot. Alamak ai! Banyak yang berkulat dan busuk. Tentu ada yang tak kena. Bila diteliti, yes, media semaian terlalu basah dan kurang suam. Jadinya, asid berlebihan. Maka kojollah benih-benih.

Kemudian, sambung kerja-kerja menyemai benih anggur baru. Klon Bukit Kapar. Klon ini dinamakan WBK. Penuhnya, Wahab Bukit Kapar. Kerana ia klon sendiri. Boleh juga White Bukit Kapar. Sebab buahnya hijau. Dalam istilah perangguran, hijau ialah white.

Lepas zuhur, cuaca terlalu panas. Berkurung dalam rumah dan tidur. Lepas isyak, hantar Wah ke rumah kawan-kawannya di Shah Alam. Besok mereka akan terbang ke Korea. Insya Allah, mereka akan berada di sana selama dua minggu.

Read more...

Tak sanggup menduda lebih lama

>> 27.2.11

Hari Sabtu memikirkan design permulaan untuk ke Kebun Eksotik, Ogos 2011. Tengahari tinjau harga bahan-bahan bangunan untuk buat pondok di sana. Fulamak, punya lah mahal. Macam harga emas. Nampaknya kena rombak design pondok tu.

Petang ke Shah Alam. Malam ke lokasi lebih jauh bertemu 9 bloggers. Lepak sampai 12.25 pagi. Sampai balik ke rumah entah pukul berapa. Terlalu letih dan mengantuk. Dah tak boleh berlagak macam muda-muda dulu. Blogger MSK terus balik ke Perak. Entah pukul berapa dia sampai ke rumahnya.

Ahad pagi, sambung tidur. Tengahari tengok-tengok semaian. Wou, ada lagi yang bercambah. Kali ini benih anggur hijau Calmeria. Perlu kemaskini hari ini juga. Tapi tangguh hingga ke petang dan malam. Kena pergi kenduri pengantin Ketua Kampung. Dia sendiri yang kahwin. Nampaknya dia tak sanggup menduda lebih lama.

Read more...

Gaddafi dan pelbagai bangsa perempuan

>> 25.2.11

Paling istimewa lagi dikasihi ...
Yang lain-lain
Di sini, di sana, di situ dan di sinun.
Ramai juga yang tahu kedudukan mereka
yang sebenarnya.

Read more...

Lawa tak ...? Gundik ni ...?

>> 24.2.11

Lawa tak, gundik ni ...? Galyna, Gaddafi punyer ...?
24 jam mesti berdamping ...? Nak kawin tak boleh ...?
Sebab dia ni bangsa Ukrain ...? Gundik, boleh laa ...?

Read more...

Diari tiga hari lepas

>> 21.2.11

Hari Sabtu agak sibuk. Mula-mula bersama blogger ISA membeli-belah bahan-bahan pertanian. Kemudian, mengemaskini stok biji benih berbagai tumbuhan. Semua
itu sebagai persiapan untuk Kebun Eksotik, Ogos 2011.

Ahad, mengubah semaian yang telah bercambah. Granny Smith Apple, Packham Pear dan Plum. Periksa semaian European Olive yang dibeli dari UK dan dari US. Enam semaian pokok zaitun kelihatan mulai bertunas.

Isnin, pergi bank bayar ansuran kereta dan buat bayaran membeli tambahan benih pokok zaitun dari US. Petang, berbincang dengan blogger ISA. Hah ha, dia dah minat dengan tanam menanam pokok.

Besok, bawa anak saudara berurusan.

Read more...

Hah haa, Pisang Kaki

>> 18.2.11

Pada 2 Februari menyemai 16 benih biji pisang kaki.
Pada 16 Februari menyemai lagi sebanyak 23 benih. Adapun yang 16 benih telah bercambah 11. Yang lain-lain, insya Allah, bercambah kemudian.

Yang akan ditanam di Kebun Eksotik tidak lebih dari
empat pokok. Yang lain-lain akan dijual kepada sesiapa
yang berminat. Jadi, mereka tak perlu impot dari
Indonesia.


Kelak, bila pokok dah besar dan berbuah jadi macam
dalam gambar kat bawah ni:


Read more...

Gumbira dan sedap

>> 15.2.11

Semalam ada dua kegumbiraan. Semua mengenai pembenihan. Pertama, gumbira kerana ada 4 biji zaitun mulai bertunas. Nampaknya tak sampai setahun dalam semaian seperti kebiasaan. Kedua, gumbira kerana ada
9 biji pisang kaki mulai bercambah.
(Maaf, tak ada gambar kerana kamera rosak).

Hari ini, semangat mengenai pembenihan semakin tinggi. Kerana trik supaya semaian bercambah lebih cepat telah berjaya.

Tengahari, sedang bersemangat memeriksa semaian berbagai benih, tiba-tiba isteri suruh masak lauk untuk makanan tengahari. Huh, rasa macam layu semua daun pokok. Mahu atau tidak kenalah masak. Masak lauk sahaja. Masakan yang isteri suruh tu memang saya sahaja yang tahu. Hmm, kenapa? Sebab, masakan tu adalah rekaan saya sendiri semasa bujang dahulu. Isteri pernah tiru beberapa kali, namun rasanya tak serupa. Kalau dia tiru masakan Arab saya, rasa yang dia masak lebih sedap.

Read more...

Kayu reput bersira gula ...?

>> 13.2.11

Pagi, seperti biasa buat kajian mengenai pembenihan
pokok zaitun. Makan tengahari dengan kuah sup
bayam dan ikan kembung goreng. Makan malam, dua
keping roti dengan kacang bakar dan jeruk buah
zaitun. Herkkkk, kenyang oooooo.

Syukur, Allah berikan selera untuk makan apa
sahaja. Bak kata orang dulu-dulu, kayu reput
bersira gula pun masih ada selera.

Read more...

Anggaran Awal Kekayaan Husni Mubarak ...?

>> 12.2.11

Anggaran awal kekayaan Husni Mubarak ialah
70 billion USD di Switzerland, London, New York,
Los Angelas, Sharam al-Sheikh dan lain-lain.

Bagaimana pun, Switzerland telah membekukan semua
kekayaan Mubarak di negara itu serta-merta sejak
petang semalam waktu tempatan.

Sumber العربية

Read more...

Nasib seorang Diktator

>> 11.2.11

Kerajaan Peralihan Mesir sedang disusun ...
Mubarak meninggalkan istana ke Sharam al-Sheikh ...
Tunggu pengumuman resmi

di sini.

Read more...

Lagi ni'mat dan lazat

>> 9.2.11

Hari ini, makan tengahari dengan sayur-sayuran tumis kering dan ikan bakar berperencah fresh tomato. Ringkas. Minuman ialah jus buah plum.

Buah ini saya beli di pasar malam. Tujuh buah dengan
harga RM4.00. Kalau beli di pasar besar tujuh buah,
RM10.00. Lima dari tujuh biji akan disemai dan ditanam
di kebun. Hmm, isi dah dimakan dan biji ditanam.
Inilah dikatakan pokok percuma.

Read more...

Huh, sungguh ni'mat lagi lazat

>> 8.2.11

Tengahari tadi makan nasik dengan kari ikan keli. Ulam
daun sambung nyawa dan jeruk buah zaitun yang dihadiahkan oleh blogger ISA.

Minuman ialah pure carrot juice. Bukan jus carrot
macam kat kedai tu. Di kedai, sebiji carrot diblend
dengan air kosong dan air gula dapat dua gelas besar
atau lebih. Itu bukan jus carrot.

Adapun pure carrot juice yang dimaksud di sini ialah
lima biji carrot besar dimasukkan ke dalam juicer
dapatlah segelas kecil macam kat gambar atas tu.
Tak ada tambahan air kosong dan tak ada air gula. Jus
carrot yang ori begini sungguh ni'mat, lazat, manis
lagi berkhasiat.

Herk, alhamdulillah ...!!!

Read more...

Teruk, memang teruk

>> 7.2.11

Ahad pagi, buat kerja-kerja pembenihan. Gambar atas, biji epal Granny Smith dan Fuji yang disemai pada 3 dan 4 Feb. mulai tumbuh. Sungguh gumbira.

3.00 petang hantar Anas di Klang Senteral. Huh, ribuan penumpang terkandas. Ada juga penumpang yang sepatutnya bertolak pukul 11.00 pagi masih menunggu. Anas yang sepatutnya bergerak pukul 3.30 petang terpaksa tunggu sampai pukul 6.37 petang. Pukul 11.45 malam masih belum sampai di Kuala Kangsar. Bas terperangkap dalam kesesakan di PLUS.

Anak saudara yang menunggu bas di Teluk Intan ke Ipoh juga terkandas. Pukul 7.00 petang, anak saudara yang bergerak pada pukul 8.30 pagi dari Klang ke Larkin, Johor, belum sampai. Ramai lagi kawan-kawan di merata stesen bas terkandas.

Dalam hal ini saya sokong pandangan pengusaha-pengusaha bas. Pandangan pihak berkuasa kerajaan melesat dan salah matematik. Mereka gagal exam CIT.

Teruk, memang teruk.

Read more...

TerKini: Siapa lambat Melepas

>> 4.2.11

Tonton secara langsung
Kemuncak Demonstrasi
Menentang Husni Mibarak:

1. Al Jazeera English: Live Stream.
2. العربية.

Read more...

Asyiq, asyiq ...?

>> 3.2.11

Dua hari lepas dan hari ini lepak di rumah sahaja.
Study hal-hal pertanian, khususnya, mengenai pokok-pokok temperate. Kemaskini proses dan prosidur pembenihan untuk Kebun Eksotik, Ogos 2011.

Selain itu, mengikuti perkembangan 24 jam di Mesir. Alhamdulillah, dapat mengikutinya melalui sumber asal
dalam bahasa Arab dan bahasa Mesir. Sumber bahasa Inggeris pun saya ikuti juga. Bezanya, sumber bahasa Mesir adalah dari percakapan para penunjuk perasaan dan mereka yang berkaitan. Sumber dalam bahasa Inggeris terlalu resmi dan banyak yang berbeza dari sumber asal. Banyak juga perkara atau peristiwa yang tidak dilaporkan.

Read more...

Kini, saya lepak di sini

>> 1.2.11

Hari ini, Selasa, saya banyak menghabiskan masa
lepak di sini dan di sini. Polis mulai bertugas
dan tentera menyokong penuh perjuangan rakyat.

Tahrir adalah tempat saya lepak dari tahun 1973 hingga
Mac 1976. Ada banyak cerita semasa saya di sana.

Read more...

Sedih mengenang anak-anak kita di Mesir

Dua-tiga hari ini saya terlalu runsing mengenang nasib anak-anak kita (muslimin-muslimat) di Mesir. Khabarnya, keadaan di seluruh Mesir sudah porakperanda. Polis dah tak berfungsi. Tentera pun dah banyak berpaling tadah. Kebanyakan kedai dah ditutup.

Anak-anak kita, khabarnya, ada yang kehabisan makanan. Wang kena samun. Rumah dimasukki perompak. Ada yang kena pukul dan ada yang dirogol. Kerajaan Malaysia memang tak boleh diharap.

Kepada yang ada anak di Mesir, secara khusus, banyakkan doa dan munajat kepada Allah supaya anak-anak kita di sana dalam keadaan selamat dan sejahtera.
Berkaitan.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP