012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Timun Tanggal

>> 31.3.13

Sumber gambar ...

Hari ini, dari pagi hingga ke petang, buat kerja di
depan rumah. Uruskan anak pokok pisang kaki, pokok tiin,
pokok epal hijau, pokok pear dan pokok gold kiwi.

Sempat juga menyemai beberapa benih roselle, labu kuning,
tomato dan timun suri (Banjar: Timun Tanggal).
Wow, letih oooooo.

Read more...

Pemakluman mengenai Tempahan

>> 30.3.13

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini.
Terima kasih juga kepada semua yang membuat tempahan
untuk membeli anak pokok yang saya semai.

Untuk makluman, setiap tempahan hanya sah untuk selama
seminggu sahaja. Lepas seminggu, semua tempahan dikira
terbatal. Anak pokok semakin membesar setiap hari dan
harganya semakin naik. Anak pokok juga memerlukan
pengurusan yang melibatkan masa dan perbelanjaan.

Read more...

Wow, lagi anak Pisang Kaki

>> 29.3.13

Hari ini Jumaat. Cuti. Aktiviti di hadapan
rumah sahaja. Wow, lagi anak pisang kaki tumbuh. Nampak
stabil dan ok jer. Mudah-mudahan peminatnya berpuashati.

Read more...

Tiin dan Fuji

>> 28.3.13

Anak pokok Epal Fuji.

Anak pokok Tiin.

Tengahari tadi ke kebun. Sempat buat beberapa
kerja. Antaranya, tanam 2 anak pokok Epal Fuji dan 2 anak
pokok Tiin (Fig). Jam 2.30, hujan mulai turun. Terpaksa balik.
Insya Allah, besok akan ke sana lagi. Ada beberapa kerja
belum siap.

Read more...

Solat di mana-mana

>> 27.3.13

Solatlah di mana-mana.
Sebagai bukti cinta terhadap Allah.

Read more...

Hari bertuah

>> 25.3.13

Hari ini amat bertuah. Kami dikunjungi oleh
sepupu yang dah lama tak berjumpa. Kalau tak silap, dah
lebih dari 40 tahun. Dia dah menetap di Johor, mempunyai
lima orang anak dan seorang cucu.

Wow, seronok dan macam-macam cerita.

Read more...

Kesiaannn, tersadai dalam semak

>> 24.3.13

Minggu ini tak ada cucu yang datang. Jadi, hari Sabtu,
full-time lepak dalam rumah. Hari ini, Ahad, kerjakan hamba
Allah yang kat dalam gambar di bawah tu. Dah sebelas bulan
tak berbunyi dan tak bergerak. Tapi, dia ada cukai jalan
hingga pertengahan Disember 2013.

Saya kerjakan kereta itu dengan mengepam tayar, keluarkan
bateri lama dan isi petrol. Petang nanti uruskan beberapa
bahagian yang berkarat di sekitar pintu-pintu. Pagi besok,
pomen akan uruskan supaya boleh berbunyi dan boleh berjalan.
Kemudian, saya nak tinjau enjin baru dan tukang welding.
Lepas tu, cari tukang cat. Hhmmm, canggih ooo.

Maaf kepada kawan-kawan yang cuba memujuk supaya
saya jual kereta itu kepada mereka.

Read more...

Teramat-amat-amat-amat-amat Syukur

>> 21.3.13

Jam 11.41 pagi, terima panggilan dari Anas di MCKK.
Katanya dia dapat keputusan SPM yang sama dengan abangnya,
Fawzan. Alhamdulillah, kami teramat-amat-amat-amat bersyukur.

Maksud Anas, dia dapat hanya satu gred A. Sedangkan yang
lainnya adalah gred A+. Saya dan isteri amat-amat-amat-amat
gumbira, kerana dia adalah anak bungsu. Abang-abangnya semua
cemerlang dan dapat belajar di universiti dalam bidang
masing-masing. Alhamdulillah!!!!!!!!!!!!

Read more...

Nak beli Binatang dalam Gambar tu

>> 20.3.13

Tadi ke SantaiD'Rimba. Cadang nak balik selepas solat
maghrib. Tapi, isteri ajak balik selepas solat asar, jam 5.35.
Dia nak minum cendol dan makan laksa. Hhmmm, terpaksa.

Antara kerja di kebun tadi ialah kemaskini pokok-pokok
sutera, tiin dan berbagai semaian.

Besok, sebelum singgah di kebun, program ronda pekan
Sekinchan. Nak tinjau, kalau sesuai, nak beli binatang
yang kat dalam gambar tu.

Read more...

Batangnya Terlalu Kecil

>> 19.3.13

Hari ini Selasa. Kemaskini semaian di hadapan rumah.
Mengubah anak pokok pisang kaki dari tapak semaian ke dalam
bekas masing-masing. Yang belum bertunas tidak diubah.

Kemudian, mengubah cambahan 12 anak pokok blueberries.
Wow, terlalu rumit. Batangnya terlalu kecil. Macam hujung
batang jarum. Boleh nampak kat dalam gambar ni?

Read more...

Anak Pokok Plum

>> 17.3.13

Ahad. Kira-kira pukul 10 pagi, cucu-cucu dah balik ke
rumah masing-masing. Maka kesunyianlah atuk dan nenek.
Kesunyian begini tentu dirasai juga oleh almarhum emak
dan ayah suatu ketika dahulu. Begitulah giliran zaman.

Tengahari, kemaskini semaian di hadapan rumah.
Enam anak pokok plum akan, insya Allah, dibawa
ke kebun besok. Dah empat hari tidak ke sana.

Anak pokok plum.

Read more...

Pisang Kaki

>> 16.3.13

Hari ini, cadang nak ke kebun. Nak cari pokok Ground Cherries.
Tapi terpaksa dibatalkan. Pergi kenduri kawan rapat kahwinkan anak.
Kemudian, ziarah seorang lagi kawan rapat yang uzur.
Alhamdulillah, dia bertambah sihat dan ceria.

Insya Allah, hari Isnin ke kebun bawa dua anak pokok
pisang kaki (Gambar bawah).

Read more...

Buah Letup bukan buah leletup

>> 15.3.13

Gambar Google.

Hari ini Jumaat. Cuti, rehat dan lepak di rumah.
Lepas berjumaat, pergi RHB buat urusan order benih
pokok tertentu dari USA. Semoga berhasil.

Besok, insya Allah, ke kebun. Urusan utama nanti ialah
merayau dalam semak-semak kebun mencari pokok yang tertera
dalam gambar kat atas tu. Betul, Pokok buah letup atau
Ground Cherries. Khasiatnya di sini ...

Read more...

Wow. Berjaya, berjaya. Alhamdulillah ...!

>> 14.3.13

Pada 12 Mac 2013, dulu semalam, saya amat
gumbira kerana sebutir benih zaitun yang disemai pada
28 Julai 2012 telah tumbuh (gambar atas). Mudah-mudahan
ia terus segar dan stabil. Ada riwayat mengatakan,
sesetengah benih zaitun baru tumbuh setelah
disemai kira-kira 200 tahun.

Maaf, gambar kat atas tu tumbang.
Saya tak tau sebabnya.

Read more...

Amat terharu dengan cerita Gambar ini

>> 11.3.13

20 tahun lebih menjadi MB,
bukan setakat rumah, dompet pun Tok Guru tak beli.
Hidup bersederhana ...

Read more...

Benih Zaitun dari Dublin

>> 10.3.13

Hari ini, pergi kenduri kawin anak jiran. Kemudian,
lepas zuhur, ke kebun. Hmmm, isteri mengesan sekurang-
kurangnya 10 tandan pisang dah kena curi.

Saya hanya meninjau semaian pokok-pokok temperate.
Sempat juga menyemai lapan benih zaitun dari Dublin.
Ia milik seorang rakan. (Gambar di bawah).

Read more...

Terfikir yang kat dalam gambar ni

>> 8.3.13

Dah tiga minggu sibuk dengan berbagai urusan di sebelah
sini. Ke kebun hanya sesekali dan sesekejap sahaja. Buah pisang,
selalu hilang. Rumput, terus meninggi. Mudah-mudahan
seminggu-dua lagi boleh aktif ke kebun semula.

Idea baru memang ada. Mengenai ternakan arnab. Tapi, belum
buat kajian dan perkiraan. Hhmmmm, mungkin best ...?

Wowww ...

Read more...

Rumah Kami DiSerang ...

>> 3.3.13

Gambar-gambar atas adalah sebahagian dari
buku-buku saya. Kebanyakannya dibeli semasa belajar
di Mesir dan di England. Harganya menjangkau RMratusan
ribu. Kini, kebanyakan buku itu sudah tiada. Habis musnah
diserang dan dimakan oleh anai-anai.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP