012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Pagi lagi sudah disapa rezeki

>> 27.4.13

Sabtu. Pagi-pagi lagi isteri saya dihubungi
oleh nombor yang tidak dikenali. Setelah memberi
salam, wanita itu memperkenalkan diri sebagai
usahawanita tapai ubi. Dia minta isteri saya
bekalkan kepadanya ubi kayu kuning setiap
dua hari. Dia perlukan bekalan ubi.

Alhamdulillah! Tapi, manalah ada ubi sebanyak
itu. Kami tanam ubi sekadar bersuka dan bersyukur
kepada Allah sahaja.

Namun, insya Allah, kami akan bekalkan sekadar
yang ada di kebun. Sebagai tidak menghampakan.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi
Maha Pemurah. Maha Suci Allah!

Read more...

Nak cipta masakan

>> 26.4.13

Gambar hiasan. Google.

Semalam beli daging kambing organik.
Belum di masak. Petang tadi beli daging putar dan
beberapa bahan perencah. Dalam kepala, terfikir dan
teringat beberapa resipi. Cadang nak cipta masakan
baru. Resipi kacukan. Insya Allah, tengahari
besok. Mudah-mudahan sedap lagi lazat.

Read more...

Kambing Organik

>> 25.4.13

Pagi, lepak di rumah. Baca novel Inggeris. Dah lama
tak baca novel. Minggu depan, giliran baca novel Arab pula.
Lepas solat zuhur, keluar beli khal kurma, pati delima dan
daging kambing organik. Malam, nak ronda, tengok orang
muda buat kerja PRU13.

Khasit .....

Read more...

Kemewahan hari ini

>> 23.4.13

Allah adalah Maha Kaya kerana Dia Maha Pencipta.
Hamba-hambanya sentiasa dalam kemewahan. Kerana Allah
adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Justeru Dia
Maha Pemberi. Maha Suci Allah!!!

Kemewahan yang saya dan keluarga nikmati hari ini:
Sarapan pagi dengan ubi kayu rebus dan juga goreng.
Makan tengahari: Ulam celur terung pipit, pucuk betik,
kacang bender dan pucuk janggus. Semua itu adalah
hasil dari tanaman sendiri. Tanpa baja tambahan
dan tiada sebarang racun (gambar bawah).

Read more...

Wow. Zon Pokok Letup dah jadi

>> 22.4.13

Alhamdulillah. Hari ini makan beberapa buah Letup
(ground cherry) yang sedang ranum. Buah yang terlalu
masak jatuh ke tanah; dan akan tumbuh membiak.

Gambar di atas ialah keadaan Zon Ground Cherries pada
hari ini, 22 April. Bandingkan dengan keadaannya pada
03 April yang lalu.

Read more...

Berehat di kebun lagi best

>> 21.4.13

Awal malam tadi ke airport hantar Fawzan.
Balik rumah dah jauh malam. Lepak depan internet ikuti
berita penamaan calon PRU13. Memang hebat.

Siang Ahad, lepak dalam rumah. Rehat-rehat sambil
fikir hal bercucuk-tanam. Besok, insya Allah, akan
ke kebun. Berehat di sana lagi best.

Read more...

Gambar Orang Baru

>> 20.4.13

Abdul Qayyum Farhan bin Faridul Farhan bin
Abdul Wahab bin Arbain bin Hassan bin Marhusin al-Banjariy.
Wow, panjangnya nama.

Read more...

Pemarut Kerepek Ubi

>> 19.4.13

Dalam gambar kat atas tu ialah Ubi Kayu Kuning.
Biasanya dijadikan kerepek. Khabarnya, kerepek ubi
kayu kuning adalah yang terbaik dan amat sedap. Ubi
kayu kuning, jika dijadikan tapai, rasanya sungguh
enak. Wallahu a'lam! Kepada saya semua sedap
dan enak.

Cerita pasal kerepek, saya terfikir nak beli pemarut
khas. Bila dah beli nanti, sambil lepak-lepak kat kebun
boleh goreng kerepek. Kejap lagi nak tanya Google.

Read more...

Seronok mereka yang berjuang

Gambar hiasan. Google.

Hari ini Jumaat. Berehat di rumah. Pulihkan
letih minggu-minggu lepas. Isteri di rumah anak.
Tolong jaga 3 cucu yang sedang demam.

Sambil berehat, fikir-fikir juga: Besok, sama ada
akan ke kebun atau tidak. Rindu sangat nak berehat
di sana. Suasana tenang, aman dan damai.

Besok hari penamaan calon PRU13. Tentunya saya tidak
dicalonkan oleh mana-mana pihak. Besok, jalan mungkin
sesak. Para penyokong tegar parti mengiringi calon
masing-masing. Seronok mereka yang berjuang.

Read more...

Jadual Padat dan Masa Sendat

>> 18.4.13

Dua minggu kebelakangan ini terasa amat sibuk.
Jadual aktiviti agak padat. Sedangkan masa menjadi sendat.
Itu sebab Rasulullah berpesan supaya berwaspada dengan
waktu lapang sebelum datang waktu yang sendat.

Selasa, dulu semalam. Pagi, balik kampung beli ikan haruan
dari sawah. Untuk menantu lepas bersalin. Dapat 2kg. sahaja.
Tengahari, singgah sekejap di kebun. Cabut ubi, cari jantung
pisang dan kutip beberapa jenis herba. Petang, ke Bandar
Baru Nilai, tengok cucu-cucu. Malam, keletihan.

Rabu, semalam. Ke Jengka 20, Pahang. Ziarah bapa-sedara
yang dah lama tidak sihat. Berjumpa dengan beberapa sepupu
(dalam gambar bawah). Balik di rumah dah maghrib. Malam,
keletihan lagi.

Hari ini, Khamis. Anak sulong yang jadi doktor tu dan semua
(tiga) anak dia demam. Giliran saya pula buat ubat untuk mereka.
Teringat kembali pesanan Rasulullah supaya berwaspada dengan
kesihatan sebelum datang sakit.

Saya tiada dalam gambar.

Read more...

Alhamdulillah! Menantu dan cucu selamat dan sihat

>> 15.4.13

Gambar hiasan. Google

Awal pagi tadi (tengah malam) terima berita dari
Bandar Baru Nilai. Menantu dah masuk bilik bersalin.
Tak lama kemudian, terima berita dari kampung. Kakak
ipar meninggal dunia. Kira-kira jam 11.00 tengahari
pengurusan janazah telah disempurnakan.

Insya Allah, esok balik kampung lagi. Cari ikan haruan
dan apa yang patut untuk keperluan wanita lepas bersalin.
Kemudian, terus ke Bandar Baru Nilai ziarah cucu baru.
Alhamdulillah, menantu dan cucu selamat dan sihat.

Read more...

Lagi anak pokok Plum

>> 13.4.13

Seminggu tak ke kebun. Out-station. Semalam singgah
sebentar. Sempat siram-siram pokok-pokok kecil dan meracun
rumput di belakang dan di depan SantaiD'Rimba.

Gambar atas ialah anak pokok Plum hitam. Yang stabil ada
empat pokok sahaja. Hari ini, semai 12 benih lagi. Tempahan
bulan Mac ada sembilan.

Read more...

Alhamdulillah! Benih pokok Sweet Cherry dah tumbuh

>> 11.4.13

Alhamdulillah, benih pokok cherry manis yang
disemai pada 28 Januari 2013 telah tumbuh pada 05 April
minggu lepas. Insya Allah, lagi 30 bulan dari sekarang ia
akan berbuah macam dalam gambar kat bawah tu ...

Aamiin ya Rabb!!!

Read more...

Alhamdulillah! Semua dipermudah oleh Allah

>> 10.4.13

Alhamdulillah! Fawzan telah selamat menjalani
pembedahan, telah keluar dari HUSM, Kubang Kerian
dan kini telah selamat sampai di rumah, Kapar,
Selangor. Dia diberi cuti selama 14 hari.

Saya. Alhamdulillah! Allah beri semangat serta
keupayaan memandu kereta semasa pergi dan semasa
balik. Saya berpegang: Sebaik-baik rehat ialah
berhenti solat; dan sebaik-baik bekalan ialah
makan sekadar mengalas perut.
Alhamdulillah!

Read more...

Masih di perantauan

>> 8.4.13

Mengunjungi kawan lama Dr. Yaacub Yusof.

Sabtu, 9.12 pagi, mulai bergerak ke Kuala Kerai.
Singgah ke rumah besan. Berehat dan dijamu makan.
5.12 petang meneruskan perjalanan ke Kubang Kerian.

Kini, masih di Kelantan. Belum pasti tarikh untuk
bergerak pulang. Urusan di sini belum selesai.
Semoga, insya Allah, dipermudah oleh Allah.

Read more...

Ziarah Cucu-Cucu

>> 5.4.13

Petang semalam, cadang nak ziarah semua cucu.
Tapi, sempat ziarah cucu kembar sahaja. Neneknya tolong
potong rambut mereka (dalam gambar atas). Cucu-cucu lain
berada di rumah nenek sebelah ibu mereka.

Esok, saya akan out-station untuk beberapa hari.
Semoga selamat pergi dan selamat kembali.
Amiin ya Rabbal-'alamiin!

Read more...

Kaahhh, kah kah. Cara purba

>> 4.4.13

Pagi tadi, kepingkan tin susu yang sudah
kosong dan dilubangkan dengan paku. Maka jadilah
ia sebuah pemarut ubi dan kelapa (gambar atas tu).
Ubi kayu yang diparut dengan menggunakan pemarut
ini ada istimewanya, terutama dari aspek rasa.

Read more...

Zon Ground Cherries

>> 3.4.13

Hari ini di kebun. Beberapa kerja dilakukan.
Sebelah petang, bersihkan Zon Ground Cherries.
Insya Allah, akan dimajukan dari masa ke semasa.

Read more...

Jarjir dan Sawi

>> 2.4.13

Bekas merah: Semaian biji Sawi
Bekas biru: Semaian biji Jarjir.

Hari ini servis kereta. Kemudian, di hadapn rumah,
semai biji sayur Sawi dan biji ulam Jarjir.
(Lihat gambar di atas).

Minggu depan nak beli dua-tiga bekas biru tu lagi
untuk semai lain-lain ulam serta sayur di hadapan
rumah. Program Pertanian Tanpa Ladang (PTL).

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP