012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Jadual Hari Raya

>> 27.7.14

Saya sekeluarga akan beraya mulai esok,
Isnin. Kami berpuasa awal sehari dari kerajaan
Malaysia. Alhamdulillah, cukup 30 hari.

Hari pertama raya, saya dan isteri akan ziarah
makcik (isteri almarhum ayah), pakcik Samah dan
makanjang Satariah (adik-adik almarhumah ibu) dan
abang-abang serta kakak-kakak ipar sebelah isteri.
Petang, in sya Allah, berehat sebentar di SDR.

Hari kedua dan ketiga raya, kami hanya dirumah.
Almaklum, sebagai warga emas hanya menunggu jika
ada sesiapa yang akan datang ziarah. Khabarnya,
beberapa peminat tanaman dan pokok-pokok akan
datang ke rumah untuk melihat pokok-pokok
tin dan zaitun yang ada di PTL.

Hari keempat raya, kami akan ke Melaka untuk
ziarah bakal besan. In sya Allah, dijangka, kami
akan bermenantukan orang Melaka lagi.

TaqabbalALLAHU minna wa minkum;
wa taqabbal yaa Kariim!!

Read more...

Lagi Anak Pokok Zaitun (ke-12, 2014)

>> 19.7.14

Hari ini aktif di PTL. Antaranya, mengubah
sebatang anak pokok zaitun ke dalam pasu. Ini
adalah anak pokok zaitun ke-12 dalam tahun
2014. Semoga stabil dan hidup subur.
Alhamdulillah ...!!!

Read more...

Menyemai Benih Pokok Kurma

>> 18.7.14

Lepas solat subuh rempit ke SDR, Sampai
di sana jam 7.17 pagi. Tak banyak aktiviti
yang dibuat. Hanya menyemai beberapa puluh
benih kurma 'Ajwa. Sekarang ini permintaan
anak pokok kurma semakin meningkat.


Aktiviti menyemai benih kurma di Mesir.

Read more...

Pra-Bonsai Pokok Zaitun

>> 17.7.14


Pagi ini aktif di PTL. Antaranya, pindahkan
Pokok Zaitun lama (gambar bawah) ke dalam pasu
baru (gambar atas) dengan campuran media baru.
Mudah-mudahan suatu ketika nanti ia
sesuai untuk dijadikan bonsai.

Read more...

Air Halia

Sumber gambar ...

Malam tadi, sejak berbuka hingga imsak,
minum teh-o halia kaw. In sya Allah, minggu
hadapan, giliran ulam ubi kunyit muda pula.

Antara khasiat Halia ...

Read more...

Sampel Anak Pokok Kurma

>> 15.7.14

Hari ini sibuk di PTL. Antaranya, pindahkan
anak pokok 7 jenis kurma ke dalam pasu untuk
dijadikan contoh. Adapun untuk jualan hanya
dalam polibeg. Insya Allah, lepas hari raya
akan semai 5 jenis yang lain pula.

Read more...

Wow ... Benih Ciku King dah bercambah

>> 13.7.14

Hari ini di PTL. Pantau semua semaian.
Wow, biji ciku king yang disemai pada 18
Jun mulai bercambah. AlhamduliLLAH!!!

Read more...

Wow, Kurma Goreng

>> 12.7.14

Sebentar lagi berbuka bersama anak-cucu.
Juadah pun dah siap-sedia. Antaranya, jus
kurma dan kurma goreng. Masakan lain juga
berjenama kurma. Wow, SubhanAllah ...

Read more...

Jus Durian Belanda

>> 11.7.14

Lepas solat subuh terus ke SDR. Jam 8.32 dah
siap pantau dan siram semaian. 8.35 bergerak ke
pasar minggu yang terdekat di kampung. Beli ikan
sepat empat kg. dan ikan puyu satu kg. Selain
buat lauk untuk berbuka nanti, nak dikering
dan dipekasamkan. Sebelum bergerak balik,
sempat petik dua biji durian belanda.

Read more...

Khasiat Biji Kurma (Edited)

>> 9.7.14







Sedikit info ...
Selamat mencuba!
Kopi Biji Kurma!

Read more...

Pokok Abiu

>> 8.7.14

Ahad, mempasukan sepokok Abiu untuk
pokok Dwarf di PTL. Semoga cepat berbuah.

Isnin, isteri tanam sepokok lagi Abiu di
SDR. Nak tengok, yang mana dulu berbuah.
Apa pun, itu ketentuan mutlaq Allah.

Read more...

Ubi Pulut dari Indonesia

>> 4.7.14

Semalam, lepas solat subuh terus bergerak
ke SDR. Jam 8.35, siap siram semua semaian.
9.00, bergerak pulang. Bawa balik pucuk ubi
ekor kuda, pucuk ubi putih, pucuk ubi kuning,
pucuk kangkung, jantung pisang dan ubi pulut
berasal dari Indonesia. Wow, alhamdulillah,
mewah rezeki untuk keluarga hari ini.

Read more...

Wow, sedapnyerrrrr

>> 2.7.14

Seperti biasa, saya tolong isteri menyedia
makanan untuk anak-cucu pada setiap petang
Ramadhan. Petang ini saya masak tumis daun
kucai dan goreng ikan masin. Isteri sediakan
air minuman dan buah-buahan.

Khasiat Daun Kucai ...

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP