Sebelah pagi, mengubah dua pokok petola ke dalam
beg plastik. Empat pokok masih belum diubah. Ubah
pada minggu depan pun masih ok. Sempat mengubah
32 anak pohon Gold Kiwi. 139 lagi akan diubah pada
minggu-minggu akan datang.
Petang tadi tidur. Bayar qadhak kerana tak cukup
tidur beberapa malam yang lalu. Lagipun, sebelum
musafir, kena tidur cukup dan puas.
Malam ini proses ubat kolestrol dan ubat darah
tinggi. Pagi besok dia orang nak datang ambil.
Sediakan ubat cerdas akal untuk beberapa murid
sekolah. Ramai ibu-bapa yang mahukan anak mereka
cemerlang dalam pelajaran. Sayangnya harga bagi
bahan-bahan ubat sudah melambung tinggi.
Read more...
9.15 pagi mulai tidur. Malam tadi berjaga sepanjang waktu. Buat apa? Buat apa lagi, komputer dan internet lah jawabnya. Lepas zuhur, sambung berinternet. Meronda dengan uncle Google.
Besok, 31 Disember, PM suruh cuti. Tapi saya nak mengubah anak-anak pokok petola ke dalam beg plastik dan letak kat belakang rumah. Bila berbuah nanti senang nak petik. Sabtu, 1 Januari 2011, dunia suruh cuti. Saya nak mengubah anak-anak pokok cili padi ke dalam beg plastik. Nak letak kat belakang rumah juga.
Adapun hari Ahad, 2 Januari, hari maulid saya. Seumur hidup tak pernah sambut hari maulid. Baru-baru kawin dulu, isteri selalu letak kad ucap harilahir dalam almari pakaian. Bila saya buka almari, saya pun terjumpa. Kejutan lah tu. Sekarang dia tak buat. Sebab, saya bagitahu dia itu adalah bid'ah. Rasulullah pun tak buat.
Syahdan, hari Ahad, 2 Januari 2011, juga hari hantar Anas ke asrama. Cadang nak bergerak dari rumah sebelum subuh. Bersubuh di R&R. Dia kata nak buru pendaftaran awal dan pilih dom yang baik.
Demikianlah adanya.
Read more...

Tiga hari tak berinternet. Modem rosak.
Secara kebetulan saya tak perlukan internet
ketika itu. Hanya anak-anak yang keciwa.
Kebetulan saya sibuk dengan menyediakan
sampel-sampel kajian mengenai pokok zaitun.
Dapatlah buat 56 sampel mengenai pembiakan.
Beberapa minggu lagi saya nak beli buah Tiin
pula. Isinya untuk dimakan dan bijinya untuk
disemai. Pokok ini sudah dikaji kira-kira
10 tahun yang lalu.
Pokok Tiin dan pokok Zaitun ini ada disebut
dalam Qur^an. Malah, ALLAH telah bersumpah
dengan kedua-duanya.
Read more...
8.10 pagi, lepas sarapan, terasa mengantuk sangat. Barulah sedar, rupa-rupanya saya lupa tidur malam tadi. Asyik study mengenai hal-ehwal pokok zaitun.
Kenapa pokok zaitun?
Semalam, 23 Dis., terima 100 benih pokok zaitun
yang saya order dari US pada 8 November lepas.
Mengikut pesanan penjual, benih itu akan bertunas
setelah setahun dalam semaian. Huh, punyalah lama.
Saya fikir mungkin ada cara lain supaya benih-benih
itu tumbuh lebih cepat. Jadi, saya pun study
sepanjang malam. Itu sebab, saya lupa tidur.
Petang, buat persiapan untuk stratifikasi 50 benih.
Belum pun siap, Fawzan call minta ambil dia dari
kampus. Dia bercuti mid-sem selama seminggu.
Read more...