Seronok tengok anak pohon kiwi 100% hidup dan stabil. Memang usaha yang berbaloi. 154 pasu kecil.
Sepuluh bulan lagi akan berbuah.
Read more...
Semalam, Rabu, dan hari ini, Khamis, memang sibuk.
Sibuk dengan hal-hal pertanian. Macam-macam
kerja dilakukan. Memindahkan semaian pokok
petola dan pokok cili ke dalam beg plastik
belum siap lagi.
Asyik memproses benih-benih anggur Red Globe
dan Calmeria lupa ziarah makcik di hospital.
Petang tadi makcik dah keluar wad.
Besok, lusa dan hari-hari seterusnya masih
banyak urusan yang perlu dilaksanakan. Pada
hal kerja-kerja itu hanya di depan rumah
sahaja. Dalam pasu sahaja. Pada keluasan
sekangkang kera sahaja.
Saya terfikir, kenapa ramai orang terpaksa
lepak dan menganggur kerana tak ada kerja
yang boleh dilakukan?
Read more...
Beberapa rakan, termasuk bloggers, telah mencuba. Setakat ini semua kata very good results.
Saya? Inilah minuman harian saya sekarang.
Ada macam-macam best ooooo ...!!!
Daun Ketumbar
Daun Parsley
Daun Celery/Sup
Campur ketiga-tiga jenis untuk rebusan.
Selamat mencuba.
Read more...
Semalam, Ahad, hantar Anas ke MCKK. Di sana, terpaksa tunggu beberapa jam kerana waktu pendaftaran mulai jam 12.00 tengahari. Alhamdulillah dapat jadi orang pertama mendaftar dalam kumpulan.
Semasa pergi melalu highway Plus. Semasa balik melalui jalan kampung menyusur Setiawan. Ada kawan berpendapat, itu jalan dekat. Tapi, bila dihitung km dan waktu, itu jalan jauh. Ada berbagai peristiwa dalam perjalanan pergi dan balik.
Sampai di Mesjid Simpang Lima, Sg. Besar, berhenti solat jama^ dan qasar. Suatu hadiah dari Allah. Kalau tak mahu terima, bererti sombong dan bongkak terhadapNYA. Saya terfikir betapa besar dan berapa banyak pahala ahli qariah mesjid itu. Setiap kali berhenti di situ ramai tetamu yang datang. Umumnya para musafir bersolat dan mungkin ada juga sekadar berehat atau berurusan lain.
Suatu ketika dulu, khabarnya, mesjid itu berkunci. Sekarang, semua pintu dibuka seluas-luasnya. Pengurusan mesjid yang baru tentu faham bahawa mesjid ibarat rumah Allah. Sesiapa boleh datang dan boleh masuk. Yang berhadath besar boleh masuk dan yang belum-muslim pun boleh masuk. Itu cara sunnah, kecuali yang tidak mengerti atau silap mazhab. Rasulullah mazhab apa?
Hari ini, Isnin. Kerja sepenuh masa mengubah semula anak pohon kiwi. Alhamdulillah, yang diubah kali pertama dulu hidup dan stabil. 100 peratus.
Read more...