Sabtu. Pagi-pagi lagi isteri saya dihubungi
oleh nombor yang tidak dikenali. Setelah memberi
salam, wanita itu memperkenalkan diri sebagai
usahawanita tapai ubi. Dia minta isteri saya
bekalkan kepadanya ubi kayu kuning setiap
dua hari. Dia perlukan bekalan ubi.
Alhamdulillah! Tapi, manalah ada ubi sebanyak
itu. Kami tanam ubi sekadar bersuka dan bersyukur
kepada Allah sahaja.
Namun, insya Allah, kami akan bekalkan sekadar
yang ada di kebun. Sebagai tidak menghampakan.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi
Maha Pemurah. Maha Suci Allah!
Read more...
Gambar hiasan. Google.
Semalam beli daging kambing organik.
Belum di masak. Petang tadi beli daging putar dan
beberapa bahan perencah. Dalam kepala, terfikir dan
teringat beberapa resipi. Cadang nak cipta masakan
baru. Resipi kacukan. Insya Allah, tengahari
besok. Mudah-mudahan sedap lagi lazat.
Read more...
Pagi, lepak di rumah. Baca novel Inggeris. Dah lama
tak baca novel. Minggu depan, giliran baca novel Arab pula.
Lepas solat zuhur, keluar beli khal kurma, pati delima dan
daging kambing organik. Malam, nak ronda, tengok orang
muda buat kerja PRU13.
Khasit .....
Read more...
Allah adalah Maha Kaya kerana Dia Maha Pencipta.
Hamba-hambanya sentiasa dalam kemewahan. Kerana Allah
adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Justeru Dia
Maha Pemberi. Maha Suci Allah!!!
Kemewahan yang saya dan keluarga nikmati hari ini:
Sarapan pagi dengan ubi kayu rebus dan juga goreng.
Makan tengahari: Ulam celur terung pipit, pucuk betik,
kacang bender dan pucuk janggus. Semua itu adalah
hasil dari tanaman sendiri. Tanpa baja tambahan
dan tiada sebarang racun (gambar bawah).
Read more...