12.1.09

Kawan Tanya Rahsia


Biji Golden Kiwi yang disemai petang semalam mulai tumbuh petang ini. Hhmmm, kelihatan mudah sahaja kan? Yelah, setelah bertahun membuat kajian, sekarang senang tumbuh. Sebelum itu, dah berkilo-kilo yang disemai, berbulan-bulan malah bertahun-tahun di tapak semaian, satu pun tak ada yang tumbuh.


Seorang sahabat dari Taman Flora talipon dan bertanya rahsia yang saya amalkan. Hmmm, nak tahu rahsia dalam masa beberapa minit sahaja, secara percuma pulak tu, sedangkan kajian saya bertahun-tahun dan beribu RM telah dibelanjakan.

Ok lah. Saya umumkan rahsianya sebagai berikut:

1. Biji benih hendaklah diubah circadian clock-nya. Proses ini memakan masa antara sebulan hingga tujuh bulan.
2. Semai dalam bekas yang boleh ditutup kemas, tetapi mengandungi udara yang cukup di dalamnya.
3. Pastikan media semaian itu lembab yang mencukupi sahaja, tidak berlebihan.
4. Pastikan cahaya yang mencukupi boleh menembusi ke dalam bekas menyemai.
5. Pastikan hormone yang digunakan tepat ukuran atau sukatan ppm-nya.
6. Pastikan hormone tersebut telah ditukar dari raw kepada energy. Sebaiknya, gunakan vibration system.

Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Salam Dr
    Jikalau sutera dan anggur yang ada pada saya dah boleh buah, baru saya berani nuntut ilmu kiwi ni. Nampak mudah tapi ..
    Memang betui2 pengasas

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Mamamat,
    Kiwi ni, bila dah hidup senang aje. 18 bulan lagi, insya Allah, ada benih yang senang. Cuma, kenalah bersabar tunggu.

    ReplyDelete

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com