9.7.09

Siapa Mereka Dalam Gambar Ini?

Malam tadi giliran rukun tetangga. Lepas subuh, masuk bilik untuk tidur. Baru terlelap, telepon berbunyi. Borak dulu. Kemudian, baru nak terlelap, telepon berbunyi. Borak lagi. Sampai empat kali begitu.

Mata pun dah malas nak tidur. Sambil tu baca macam-macam khazanah lama. Terjumpa pulak dokumen ini. Dalam sebuah majallah yang diterbitkan di Qatar. Agak-agak, kenal ke tiga orang dalam gambar di bawah ni?

18 comments:

  1. Angah, orang gambar atas tu paling hensem sebab takdak janggut ehehe.

    ReplyDelete
  2. Salam Dr. Kalau salah maafkan saya. Rasanya yang atas tu gambar Dr. Ditepi tu gambar Anwar.... yang bawah tu siapa yek? Ana tak cam.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    pertama sekali saya cam Anwar Ibrahim..

    Yg atas tu tak silap saya gmbar Prof masa muda2 kan?..

    seronok tgk gmbar lama2....

    ReplyDelete
  4. Masha Allah,

    Dr fi magallah!

    Tahun brapa punya tu?
    Anwar pun rambut penuh lagi kat kepala.

    ReplyDelete
  5. Salam Zayd,
    Alhamdulillah, semua kita dijadikan Allah hensem belaka. Rujuklah surah at-Tiin.

    ReplyDelete
  6. W'Salam Saifun,
    Yang bawah tu ialah ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. Sekarang JK PAS Pusat.

    ReplyDelete
  7. W'Salam Dida,
    Masa muda-muda dulu pakai cerminmata besar. Harganya sama dengan yang kecil.

    ReplyDelete
  8. Salam SkuadPeninjau,
    Pada masa tu lepas persidangan antarabangsa negara-negara Islam. Saya antara jurulapor dalam bahasa Inggeris-Arab. Kami ditemubual oleh wartawan Arab mengenai Gerakan Islam di Malaysia. DSAI masih Presiden ABIM. Ustaz Ghani Ketua Penasihat Agama; saya Ketua Pemuda PAS Selangor dan Penyelaras Pendidikan Islam ITM.
    Itulah ceritanya, lebih-kurang.

    ReplyDelete
  9. salam dr,
    dsai -pengetua saya semasa di yayasan anda.
    abdul ghani samsudin -adik bapa mertua saya.

    ReplyDelete
  10. Salam Prof..
    Banyak ke Prof simpan artikel daripada akhbar2 lama? Mesti seronok tengok semula kisah-kisah perjuangan dahulu.. Teruskan perjuangan...Takbirr..

    ReplyDelete
  11. hensem ayahnde pengasas masa muda2... :)

    ReplyDelete
  12. lho,abah x prnah tunjuk gmbar ni pun??

    ReplyDelete
  13. W'Salam Pyanhabib,
    Alhamdulillah!!!
    Kalau gitu kebanyakan keluarga Pyan memang aktivis dan orang2 perjuangan jugalah. Tahniah dan syukur.

    ReplyDelete
  14. W'Salam Shaniza,
    Tak semua saya simpan. Tapi adalah berfail. Yang dah hilang ialah naskhah asal ucapan yang saya sediakan untuk TunMahathir. Sayang.

    ReplyDelete
  15. Salam KakYong,
    Tak kan dulu2 saja hensem?

    ReplyDelete
  16. MMM.Baru saya tahu ,Dr.pernah jadi ketua pemuda Pas selangor.Kiranya dr. orang lama juga dlm PAS.Thanks sebab maklumat tu..

    ReplyDelete
  17. Salam Ijoks,
    Saya sokong PAS sejak sebelum baligh. Jadi ahli berdaftar sejak 1968. Dah lebih 40 tahun jadi ahli tegar.
    Pernah jadi AJK-BN Selangor semasa PAS dalam BN dulu. Itu sebab saya anti-UG.
    http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2008/10/cinta-pandang-pertama-pada-tg-nik-aziz.html

    ReplyDelete
  18. salam dr,
    selain dsai dan ustaz ghani, ketua penerangan pas pusat, ustaz idris ahmad pula sekampung dan berpangkat bapa saudara saya, hah ha! (maaf ya, sibuk saja, gembira jumpa blog dr dan gambar lama itu)

    ReplyDelete

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com