فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم
آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)
Fawzan Akan Ke Tokyo
>> 28.4.08
Semasa dia menyampaikan syarahan, barulah kami sedari, yang kamera kami semua kehabisan beteri. Tak dapatlah nak rakam acara itu. Namun, hikmah yang ALLAH berikan, Fawzan telah diisytiharkan sebagai pemenang pertama. Jadi Johan Malaysia.
Insya ALLAH pada 18 Julai 2008 dia akan ke Tokyo mewakili Malaysia dalam pertandingan syarahan bahasa Jepun antarabangsa peringkat sekolah menengah. Tahniah Fawzan!!!!
Keluarga doakan semoga jadi johan dunia pula.
(Mungkin sekolah atau kedutaan akan bagi gambar)
Bermotosikal Ke Penang
>> 26.4.08
Zul, Wah Dan Fawzan 1996
Zul, Wah dan Fawzan sedang mencuba pakaian abang-abang mereka. Gambar dirakam dalam tahun 1996.
Ramadhan Di Birmingham, England
Antara Rujukan Di Rumah
Album keluarga.
Hadapan Rumah
>> 22.4.08
Pohon-pohon anggur di hadapan rumah, tahun 2004.
Kini, 2008, telah digantikan dengan pohon-pohon timun,
peria, petola dan kacang botor.
Bersama Cucu
>> 21.4.08
Seronoknya bersama cucu!
Muhammed Naufal berusia 10 bulan.
Albumkeluarga.
Muhammed Anas
Anak bungsu kami ialah Muhammed Anas. Nama panggilan Anas. Lahir pada 12 April 1995. Sedang belajar di tingkatan 1, Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Meminati bahasa Arab untuk melanjutkan pelajaran di Timur Tengah. Bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan.
Kami doakan semoga berjaya dengan cemerlang. Amin!
Albumkeluarga.
Faridul Fawzan
Anak ketujuh kami ialah Faridul Fawzan. Nama panggilan Fawzan. Lahir pada 13 Mei 1992. Sedang belajar dalam tingkatan 4 di Sek. Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Terlalu meminati bahasa Jepun. Dah lulus level 4 sijil kemahiran bahasa tersebut. Bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan.
Kami doakan semoga berjaya dengan cemerlang. Amin!
Albumkeluarga.
Dzul Imtiyaz
>> 17.4.08
Anak keenam kami ialah Dzul Imtiyaz. Nama panggilan Wah. Lahir pada 28 Ogos 1988. Kini sedang belajar di UiTM dalam bidang Building.
Cita-cita untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya.
Kami doakan semoga berjaya dengan cemerlang. Amin!
Albumkeluarga.
Dzul Riyhayn
>> 16.4.08
Anak kelima kami ialah Dzul Riyhayn. Lahir pada 9 April 1987. Nama panggilan Dzul. Sekarang belajar di USM dalam bidang Biology.
Bercita-cita untuk menjadi saintis pertanian dan pensyarah di universiti.
Kami doakan semoga berjaya dengan cemerlang. Amin!
Albumkeluarga.
Faridul Farhan
>> 13.4.08
Anak keempat kami Faridul Farhan. Lahir pada 26 Mei 1981. Nama panggilan Farid. Memiliki BSc (Hons), Kejuruteraan Eletrik dan Sijil Pengajian Islam.
Menantu kami (isteri Faridul) ialah Nor Hanani Makhtar. Nama panggilan Nani. Memiliki ijazah BSc (Hons). Kini sedang menyiapkan tesis MSc Microb di UiTM.
Cucu kami yang kedua dan ketiga (anak Faridul & Nani) dilahirkan kembar. Nasrul Farhan dan Fathul Farhan dilahirkan pada 6 Mac 2008.
Muhammed Ashraf
>> 12.4.08
Anak ketiga kami Muhammed Ashraf. Lahir pada 28 Mei 1979. Nama panggilan Ashraf. Memiliki Diploma Kejuruteraan Multimedia dan BSc (Hons), bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi.
Kini sedang buat degree MSc di UiTM. Bercita-cita hingga dapat PhD dan menjadi pensyarah.
Kami doakan semoga berjaya dengan cemerlang. Amin!
Albumkeluarga
Muhammed Anis
Menantu kami (isteri Anis) ialah Lily Muhanifa Mustafa. Nama panggilan Lily. Memiliki ijazah B.Optometry dan kini bertugas di Hospital Putrajaya, setelah ditukarkan dari Hospital Kuala Pilah.
Cucu pertama kami (anak Anis & Lily) dilahirkan pada 6 Jun 2007 di Hospital Putrajaya. Namanya Muhammed Naufal.
Kami doakan semoga berbahagia di dunia hingga ke akhirat!
Kami Bertunang 1975
Tunang di Rabi' Thanawi, Madrasah Khairiah, Seberang Perai.
Kami berkahwin pada 12 Mac 1976. Anak pertama kami lahir tak cukup bulan pada 8 Nov. 1976 dan wafat pada 9 Nov. 1976. Kami namakannya:
Ruangan Keluarga
>> 11.4.08
Ruangan ini hanya catatan semasa beristirehat. Ia mengenai keluarga dan diri sendiri. Jika ada saudara mara atau kawan-kawan, walaupun belum/tidak dikenali, nak buat komen, silakan!
Abdul Wahab Arbain