012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Khasiat Buah Tin

>> 29.3.14

Antara khasiat Buah Tin (Fig) ...

Read more...

Allah Bersumpah

>> 25.3.14

Pokok dan buah Tin mempunyai keistimewaan
dan kehebatan tertentu berbanding pokok-pokok
dan buah-buah lain ciptaan Allah. Keistimewaan
dan kehebatan itu terkumpul dalam buah dan bijinya.
Pokok tin yang baik tumbuhnya dari biji dan bukan
dari ranting atau cabang pokok yang sedia ada.
Pokok tin ibarat kejadian Nabi Adam daripada
tanah dan bukan daripada tulang rusuk. Itu
antara hikmah Allah menggunakan kata
"Tin" dalam suatu sumpahNYA.
"Dan Demi Tin serta Zaitun ..."

Read more...

Anak Pokok Tin (Figs) untuk dijual

>> 24.3.14

Hari ini ke SDR. Tugas utama di sana ialah kemaskini
111 anak pokok tin. Insya Allah, hari Rabu dan Jumaat
nanti akan kemaskini beberapa pokok lagi. Dijangkakan,
pertengahan April nanti, pokok-pokok tersebut dapat
dipasarkan. Peminat pokok tin boleh hubungi saya
di talian 012 363 5658. Tiada sistem SMS dan
tiada perkhidmatan pos.

Read more...

Penstrukturan Semula Kebun

>> 21.3.14

Pagi semalam ke kebun. Sampai di sana ketika hujan
lebat. Lepas solat zuhur, tinjau beberapa sudut untuk
kerja-kerja penstrukturan semula kebun. Sempat juga
bersihkan hadapan rumah dan pasang net hitam untuk
menempatkan anak pokok tin yang mulai membesar.
Empat-lima ratus pokok, insya Allah, muat.

Read more...

Keli untuk dikeringkan

>> 20.3.14

Atas, 13 ekor ikan keli yang telah dibersihkan.
Ia telah digaul dengan asam jawa, garam dan serbuk
ketumbar. Diperap selama 20 jam; kemudian dijemur.
Hari Ahad atau Isnin ia akan kering. Insya Allah,
sedap dan lazat.

Read more...

SeMinggu Berfikir (edited)

>> 19.3.14

Penyelidikan dan kajian mengenai pembenihan dan
penumbuhan pokok-pokok temperate boleh dianggap telah
selesai. Benih-benih epal, pear, plum, peach, apricot,
kiwi, blackberry, raspberry, blueberry, cranberry dan
sweet cherry telah berjaya dihidupkan sesuai dengan
iklim tempatan.

Sempena keadaan tersebut, dalam masa seminggu yang
lepas, saya memikirkan suatu perubahan pada program
riyadhah dan pertanian di SDR dan PTL. Insya Allah,
perubahan itu akan bermula dalam minggu hadapan.

Read more...

Alhamdulillah. Anak Pokok Zaitun ke-8, 2014

>> 15.3.14

Hari ini mengubah sebatang lagi anak
pokok Zaitun ke dalam pasu. Ini ialah
anak Pokok Zaitun ke-8 dalam tahun
2014. Alhamdulillah!!!

Read more...

Alhamdulillah, sepat kering dah jadi

>> 13.3.14

Alhamdulillah, sepat yang dijemur semalam
dan hari ini dah kering. Malam nanti goreng
sekor-dua. Dicicah pada air asam jawa.

Minggu depan nak beli lagi ikan sepat untuk
dikeringkan. Nak manfaatkan cuaca kemarau
dan kering sekarang ini. Kalau dapat, nak
keringkan juga ikan haruan dan keli.
Nak cuba ramuan ciptaan.

Ta fiker jua handak ma ulah wadi kaley.
Nyaman ditaguk lawan hubi kukos. Bah,
kada ta parak wadai.

Read more...

Wow, ikan sepat

>> 11.3.14

Tengahari, ke Sg. Besar. Beli ikan sepat 19 ekor.
Kemudian, singgah di SDR. Tinjau beberapa semaian
yang dibuat pada minggu lepas. 6.00 petang, kami
bergerak pulang.

Read more...

Epal Granny Smith, SE-01

>> 8.3.14

Pokok epal Granny Smith edisi khas (GSSE-01).
Minggu hadapan ia mulai dilatih supaya berbunga.
Bahan-bahan diperlukan dalam latihan sudah
disediakan. Semoga berjaya. Aamiiin!!!

Read more...

Suatu sudut PTL: Gambar lapan pagi

>> 6.3.14

Hari ini Khamis. Biasanya lepak di SDR. Tapi,
hari ini, tugasan di PTL lebih banyak dan perlu
didahulukan. Cambah semaian blackberry, raspberry
dan sweet cherry perlu diuruskan segera.

Read more...

Semai Sweet Cherry, Tumbuh Blackberry ...?

>> 5.3.14

Aik ...? Saya semai benih sweet cherry, tetapi
yang tumbuh ialah blackberry (gambar atas). Saya
percaya ini adalah bid'ah dan khurafat pertanian.
Di mana silap? Bagaimana boleh berlaku?

Read more...

Ubi Kayu Muda

>> 4.3.14

Pagi tadi, hujan lebat lebih dari dua jam.
Setelah renyai, saya dan isteri bergerak ke SDR.
Di sana, kering kontang. Lepak-lepak serta
tinjau-tinjau semaian, kemudian, siram.

Sebelum berangkat pulang sempat cabut ubi
kayu muda (gambar atas) untuk kudapan
pagi esok.

Antara khasiat Ubi Kayu ....

Read more...

Daun Anggur Jeruk

>> 3.3.14

Gambar hiasan. Google. Resipi ...

Hari ini Isnin. Sepatutnya ke SDR. Tapi, di PTL
banyak tugasan. Buat rak pasu pokok dan memindah
cambah pokok tin ke dalam bekas-bekas berasingan.

Petang, ke Subang Jaya cari roti Arab. Dalam
kedai itu banyak produk yang diimpot. Ada
juga Daun Anggur Jeruk. Harganya pun
murah sahaja.

Read more...

Sup Ikan untuk Anak Pokok Blueberry

>> 2.3.14

Wow, kecil macam benang cambah pokok Blueberry.
Namun, ia boleh diubah dari tapak semaian ke dalam
bekas berasingan (gambar atas). Insya Allah, minggu
depan boleh disiram dengan air sup ikan atau tulang
yang rejected untuk kesegaran dan tumbesaran.


Antara khasiat buah Blueberry ....

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP