012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Hari Lahir dan gambar (edited)

>> 31.12.12

Petang tadi, tiga orang cucu dah sampai.
Besok, tahun baru, 2013. Berehat di rumah.
Lusa, 2 Jan. 2013, ulang tahun hari lahir. Lagi
bertambah usia. Semoga bertambah juga
iman, amal serta taqwa.

Setiap kali sambut ulang tahun hari lahir, saya
akan menoleh kebelakang mengenangi sesuatu yang
telah di alami. Biasa juga menatap gambar atau
gambar-gambar lama. Dan kali ini tertumpu pada
gambar di bawah. Tentu ada ceritanya kan?

Read more...

Yogurt dan Biji Apricot

>> 30.12.12


Keluarga kami suka makan yogurt. Tak kira
apa jua jenama. Tapi belum pernah buat sendiri.
Lepas makan yogurt kami simpan cawannya. Bukan
nak makan cawan yogurt tu, tapi nak gunakannya
untuk pelbagai tujuan di kemudian hari.

Sebentar tadi saya menyemai beberapa biji apricot
pahit. Bekas semaiannya ialah cawan-cawan yogurt
yang terpakai. Dapat juga berjimatkan?

Dalam Islam: Berjimat-cermat (apa jua caranya)
adalah sebahagian dari cara hidup mukmin.

Read more...

Aik ...? SeEkor Belut ...?

>> 29.12.12

Sumber: Google

Khamis ke kebun. Buat kerja-kerja untuk keselamatan
rumah dari pencuri. 90% dah siap. Insya Allah, minggu
depan akan siap.

Isteri buat urusan tempirai. Selain dari sepat dan puyu,
dapat seekor belut sederhana besar dan panjang. Bawa balik
untuk dihadiahkan kepada Anas yang terlalu meminatinya.
Sampai di rumah dan bila siap dikari, rupanya ada lagi
seorang peminat belut, iaitu Wah.

Sebagai catatan, pengikut mazhab syi'ah dan sebahagian
pengikut mazhab hanafi berpendapat bahawa ikat yang tidak
bersisik (eg. keli, belut, tenggiri, sotong, etc) tidak
harus dimakan. Malah ada yang mengharamkannya.

Khasiat Belut ...

Read more...

Aku Kaya, Aku Kaya ...

>> 28.12.12

Khasiat Kangkung ...

Balik dari mesjid, makan tengahari bersama isteri,
anak dan menantu. Lepas makan, bagi sedikit tazkirah
mengenai kekayaan dan kesyukuran.

Bukti kekayaan yang terkini di hadapan mata ialah
nasi, ikan goreng, sambal belacan dan celur pucuk
kangkung serta jantung pisang. Walaupun modalnya
tidak seberapa tetapi sedap dimakan. Kemudian,
semua makanan itu masih berbaki.

Kita, bukan sahaja wajib berdoa sebelum makan,
tetapi wajib juga bersyukur selepasnya. Kita
tergolong ke dalam hamba-hamba Allah yang kaya
dan sihat wal-afiyat.

Read more...

Akibat Kecurian

>> 27.12.12

Gambar hiasan. Google.

Semalam, sampai di kebun jam 11.50. Buat satu kerja
sahaja. Tukar kunci pintu rumah. 6.10 petang barulah
siap. Begitulah kerja tukang tak bertauliah.

Pagi tadi, bayar cukai pintu rumah yang didiami.
Wow, mahalnya. Saya tanya kat kaunter tu, dah berapa
lama tak bayar cukai pintu? Jawabnya: 12 tahun ...

Tengahari, 11.17, sampai di kebun. Buat satu kerja
sahaja. Tutup lubang berhampiran bumbung yang dikopak
oleh pencuri pada minggu lepas. 4.20 petang, cari ikan
segar di Sg. Yu.

Read more...

Benih Blueberries dari Chile

>> 24.12.12

Hari ini tak ke kebun. Buat beberapa aktiviti
di depan rumah. Antaranya, proses buah blueberries
untuk dibuat benih. Kalau ikut jadual asal SantaiD'Rimba,
anak-anak pokok blueberries akan dipasarkan dalam bulan
Julai 2013. Mudah-mudahan tiada aral yang melintang.

Sumber gambar ...
Mengenai khasiat ...

Read more...

Kehilangan dan Pertunangan

>> 23.12.12

10.48, sampai di kebun. Masuk dalam rumah
dan tersedar ada barang hilang. Sebuah mesin rumput
dan sebuah generator dah tak ada. Sah dah kena curi.

11.10, bergerak ke rumah adik kerana pertunangan
anak sulung dia dengan jejaka dari Kedah. Semoga
bahagia seluruh keluarga.

Gambar sebahagian keluarga kedua-dua pihak.

Read more...

Pelbagai Anak Pokok untuk Peminat

>> 21.12.12


Semalam, di pekan Sekinchan, pergi ke beberapa kedai
untuk meninjau baja, hormon dan peralatan kebun yang
diperlukan. Seperti dijangka, di sana ada berbagai
baja dan hormon-hormon asas (auxin, GA & cytokinin)
serta peralatan kebun.

Sebelum beredar ke kebun, saya beli sebatang parang
sabit, sebatang sisir besi dan sekampit baja kopi.

6.15 petang, bergerak pulang dengan membawa beberapa
batang anak pelbagai pokok untuk peminat dari Seremban
(gambar atas).

Read more...

Pucuk Meranti campur Jantung Pisang

>> 19.12.12

Pagi ini berehat di rumah. Petang nanti nak
ronda ke beberapa nurseri di Sg. Buloh. Nak cari
idea mengenai perkebunan.

Semalam ke kebun. Isteri bawa balik pucuk kangkung,
pucuk meranti dan jantung pisang. Tengahari ini dia
masak lemak meranti dengan jantung pisang dan celur
kangkung. Hhm sambal belacan pun ada. Wow ...

Sumber gambar ...

Read more...

Pokok-pokok Zaitun dalam keadaan stabil

>> 18.12.12

Dipindah ke kebun pada 12 Jun 2012.

Dipindah ke kebun pada 27 Feb. 2012.

Atas ialah gambar dua pokok zaitun
pada hari ini 18 Dis. 2012.

Read more...

Apabila Kurang Semangat

>> 17.12.12


Isnin, 17.12.12. Lepas solat subuh, sambung tidur
kira-kira 15 minit. Cadang nak ke kebun, tapi azam tak
kuat. Semangat pun kurang. Keputusannya, tak pergi.

Semalam beli sembilan biji epal Royal Gala dan lima
biji Gold Kiwi. Hhmmm, tengahari nanti boleh buat jus.
Mudah-mudahan semangat ke kebun akan bertambah. Besok
akan ke sana. Aamiiin ya Rabbal-'alamin!

Royal Gala ....

Read more...

Sayur Pucuk Labu Manis

>> 14.12.12

Tengahari Rabu 12.12.12, bergerak ke Bandar Seri Iskandar.
Khamis, jam 7.00 pagi dah sampai di Universiti PETRONAS (UTP).
Jumaat 14.12.12, berehat dan buat aktiviti depan rumah.
Petang nanti cucu-cucu nak datang. Jadi, besok dan
lusa masih tak ke kebun.

Sumber gambar ....

Minggu depan, cadang nak bersihkan kawasan untuk tanam labu.
Niat di hati, nak guna pucuk. Dah lama tak makan sayur pucuk
labu. Kalau sempat pokok tu berbuah lagilah best. Dapat
makan buahnya pula. Bijinya boleh dijadikan kuaci.

Read more...

Rezeki datang Berenang

>> 10.12.12


11.45, sampai di kebun. Terus angkat dua tempirai.
Wow. Dapat remaja sepat (gambar atas). Sudah berpuluh
tahun tak makan remaja sepat begini. Namun, tengahari
ini kami tak mampu makan semuanya. Sebahagiannya
kami bawa balik.

Alhamdulillah, inilah yang dikatakan
Rezeki Datang Berenang.

Read more...

Tempirai: Keseronokan terkini

>> 9.12.12


Hari ini, buat sebuah lagi tempirai. Kalau
positif, minggu depan boleh buat sebuah lagi.

Pukul 5.20 bergerak pulang. Tidak singgah di
jeti ikan petang ini. Ikan puyu dan ikan sepat
yang masuk dalam tempirai hari ini sudah cukup
buat lauk sekeluarga malam ini.
Alhamdulillah!

Read more...

Projek Buat Pahala dan Jaga Kesihatan

>> 8.12.12

Biji roselle.

Selama ini ada juga tanam pokok ubi kayu jenis-jenis
merah, putih, kuning dan pulut. Memang dah tuai hasil
pucuk dan ubinya (kecuali ubi pulut). Adik-beradik,
sedara-mara dan jiran-jiran juga sudah merasa.

Pagi tadi, terfikir pula nak banyakkan pokok roselle.
Ia mudah hidup dan mewah dengan hasil. Mudah juga dari
aspek pengurusan dan banyak pula khasiatnya. Insya Allah,
dalam Januari 2013 akan dilaksanakan.

Read more...

Hahhaaa, haruan, keli, sepat dan puyu

>> 7.12.12

Sumber gambar ....

Jam 10.25 pagi kami (saya, isteri, Wah dan Anas) sampai
di Sekinchan. Beli ikan keli, haruan kering (harga sekilo
RM30.00) dan tiga ekor haruan besar yang hidup.

Sampai di kebun, Wah dan Anas, angkat tempirai. Wow,
banyak juga dapat ikat puyu dan sepat ronggeng. Dah
lama tak makan ikan sepat kampung yang ori.

Read more...

Wow. Belanga dan Dapur Arang

>> 5.12.12


Hari ini, bersama isteri, Wah dan Anas, saya ke kebun.
Saya pindahkan semaian pokok anggur ke dalam polybags.
Isteri dan anak-anak uruskan pokok serai. Pukul 4.00,
kami bergerak balik. Singgah di Sg. Yu beli ikan.

Di Kuala Selangor, kami beli belanga dengan harga RM6.00
dan dapur arang dengan harga RM30.00. Insya Allah, sehari-
dua lagi akan dibawa ke kebun dan digunakan di sana.
Wow. Seronoknyerrr. Teringat waktu dulu-dulu.

Read more...

Gambar: Gadis Mesir dan latarbelakang

>> 4.12.12

Raghda Yusuf, gadis Mesir.

Yang menimbul banyak tanda tanya dalam kepala
saya ialah mengenai latarbelakang dalam gambar
itu. Pokok-pokok kelapa, orang-orang yang sedang
lepak atas buayan, pokok padi, perenggan antara
bidang-bidang sawah, bentuk bangunan, bla bla..

Read more...

Pokok Pear jenis Packham (Edited)

>> 2.12.12


Jumaat, saya tak ikut anak-anak cabut ubi kayu.
Saya hanya membaja anak-anak berbagai jenis pokok
temperate. Yang terpenting ialah anak-anak pokok
pear. Pembajaan kali ini sebagai persiapan untuk
penggunaan hormon pada minggu hadapan.

Insya Allah, pokok-pokok pear ini akan dipasarkan
kepada orang ramai dalam masa terdekat. Sesiapa
yang berminat boleh hubungi saya melalui email
atau panggilan terus. Maaf, saya tidak mahir
dengan sistem SMS.

Read more...

Tentera Cabut Ubi Kayu

>> 30.11.12


Hari ini kami berehat di SantaiD'Rimba seperti biasa.
Wah dan Anas pun ikut. Mereka memancing. Dapat beberapa
ikan puyu dan ikan lundu. Kami berJumaat di Masjid Pekan
Sekinchan. Tajuk khutbah hari ini ialah 'Waqaf'.

Lepas makan tengahari, Wah dan Anas cabut ubi kayu putih.
Wow, penuh satu wheelbarrow. Kami sempat hantar untuk
kakak-kakak ipar dan dua anak-sedara. Bawa balik pun
ada. Nak buat sayur dan lepat. Sodap ooooooooo.

Read more...

Selamat Tinggal MCKK

>> 28.11.12


Semalam, hari terakhir Anas mengikuti peperiksaan SPM.
Hari ini, jam 11.07 pagi, saya dan isteri dah sampai di
MCKK. Bersama Anas, kami makan tengahari di warung tepi
sungai Kuala Kangsar. Kemudian, Selamat Tinggal MCKK.
Lima tahun anak bungsu kami belajar di sana.

Insya Allah, keputusan SPM mungkin diumumkan
pada 13 Mac, 2013.

Read more...

Daun Bawang bersama Jarjir

>> 27.11.12

Sumber gambar ....

Selasa. Dari pagi hingga lewat tengahari buat
kerja kebun tanpa ladang di halaman rumah. Semua
aktiviti mengenai penyemaian ulam. Termasuk
memperbanyak semaian Bawang dan Jarjir.

Read more...

Kurma Susu

>> 26.11.12

Gambar pada 26 Nov. 2012

Isnin. Di SantaiD'Rimba. Kerja-kerja membasuh.
Basuh but, pakaian kebun, pasu-pasu pokok serta
sejadah. Kemudian, menyemai 37 butir benih Kurma
Susu, sebagai tambahan kepada yang dalam gambar
kat atas tu. Insya Allah, benih Kurma Ajwa dan
Kurma Madu juga akan ditambah.

Read more...

Kegemaran Semasa Muda

Khasiat Sawi ....

Lepas solat asar petang semalam sempat menyemai
benih sayur sawi. Sayur ini amat diminati semasa
usia belasan tahun yang lampau.

Pada saya, sawi yang ditanam atas tanah lebih
lazat dari yang ditanam secara hydroponic. Sawi
tumis campur ikan bilis dan gabungkan dengan
tamban kiat (kering) memang sodaaapppp.

Read more...

Aik, Gambar apa nih ...?

>> 25.11.12

Sabtu. Lepak di rumah sambil tunggu kedatangan cucu.
Tengahari mereka sampai. Petang, bawa mereka ronda-ronda.
Ahad. Lepak dan buat sedikit kerja di halaman rumah.

Tengahari, buat jus buah plum hitam. Jus untuk lepas
makan tengahari sebanyak enam biji; dan untuk dibuat
ketulan ais sebanyak enam biji juga (gambar bawah).
Yang ketulan ais tu akan dibawa ke kebun, esok.

Read more...

Pisang Kaki ...?

>> 24.11.12

Sumber gambar ....

Malam Rabu saya ke pasar malam. Beli 12 biji pisang
kaki dari Korea. Murah. RM4.00 sahaja. Sedang Ranum.

Enam biji sudah dibuat jus. Dari enam biji itu dapat
27 butir biji benih untuk disemai. Insya Allah, lima
atau enam bulan lagi mereka akan tumbuh.

Khasiat Pisang Kaki ...

Read more...

Pokok Epal Hijau (Granny Smith)

>> 22.11.12


Semalam, tiga jam sahaja di kebun. Sempat mengubah
kedudukan anak pokok epal hijau dari tempat setengah
hari panas ke tempat sepanjang hari panas. Hanya
beberapa pokok sahaja yang tinggal. Lainnya sudah
ditempah oleh para peminat pokok-pokok temperate.

Antara Khasiat Epal Hijau ....

Read more...

Wow ...! Alhamdulillah ...!!!

>> 20.11.12


Selasa, 20 Nov. 2012. Tak ke mana-mana. Berlegar
di halaman rumah. Walaupun halaman sekangkang kera
tetapi boleh tanam berbagai tumbuhan. Setakat pagi
tadi, belum separuh ruang dimanfaatkan. Namun, dah
banyak semaian yang sudah tumbuh. Dalam gambar kat
atas tu ialah ulam raja, jarjir dari Jordan dan dari
Mesir, daun bawang dan mulukhiyah Mesir dan
semaian gold kiwi (dalam bekas bertutup).
Wow ...! Alhamdulillah ...!!!

Khasiat Mulukhiyah dalam Bahasa Arab.

Read more...

Semaian Anak Pokok Tin (Fig)

>> 19.11.12

Hari ini, Isnin. Pergi kebun. Tak lama. Kira-kira
empat jam sahaja. Di sana, kelihatan seperti kesan
hujan lebat serta ribut kuat. Sempat pindahkan anak-
anak pokok tin ke dalam polybag. Selesai. Perlu
semai lagi. Insya Allah, besok atau lusa.

Read more...

Khasiat Kacang Pea

>> 18.11.12

Hari ni ada kenduri kawin di rumah jiran.
Tak gi kebun, tapi sempat gi Sg. Buloh dan beli
20 beg Tanah Baik dan 10 beg campuran top soil.

Pagi besok nak tanam kacang pea di halaman rumah.
Masa belajar di England dulu, selalu dan suka betul
makan kacang ni. Campur dengan kacang bakar lagi.

Antara Khasiatnya di sini ... dan di sinun ....

Read more...

Sayur di halaman

>> 17.11.12

Sumber: Google

Minggun ini banyak buat kerja di halaman rumah.
Cadang nak tanam pelbagai tumbuhan, termasuk sayuran.
Benih-benih yang dah siap sedia ialah cili XL, terung,
kacang botor, petola, kacang pea dan kacang buncis.

Adapun ulam-ulam yang mulai tumbuh ialah jarjir,
sambung nyawa, ulam raja dan daun bawang.
Kanapa tanam sendiri? Beli lebih baik?

Khasiat Kacang Buncis di sini ... dan di sinun ....

Read more...

Jutawan masih jual buahan

>> 15.11.12

Khasiat Ciku ....

Semasa balik dari pasar ACE pagi tadi, singgah
tepi jalan tempat penjual buahan. Isteri beli buah
rambutan dan saya beli buah ciku. Sambil itu saya
bertanya kampung asal penjual buahan tersebut. Rupanya
dia berasal dari jiran kampung saya. Kami ahli masjid
yang sama. Dia kenal ayah saya dan saya juga kenal
ayah dia. Hmmm, tanpa meminta diskaun, dia yang bagi
harga special. Harga kulaannn ...

Yang menarik dalam peristiwa itu ialah saya tahu yang
si penjual buahan itu sebenarnya adalah seorang jutawan.
Tapi masih berniaga secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Dalam van buruknya ada sejadah dan ada kupiah.

Read more...

Khasiat Jantung Pisang

>> 13.11.12


Alhamdulillah, setelah bercucuk tanam di kebun,
beberapa hasil telah dinikmati. Antaranya dapat
juga dihadiahkan kepada sedara-mara, kawan-kawan
serta para jiran. Insya Allah, minggu hadapan akan
bermula menuai ubi keledek pula.

Yang terbanyak di kebun ialah yang gambarnya
tertera di atas. Antara khasiatnya ....

Read more...

Wow, TokGuru Nik Aziz nak ke Kubun ...?

Wow, TokGuru Nik Aziz nak ke Kubun ...?
Di sini ...

Read more...

Berkebun peringkat tinggi

Berkebun peringkat tinggi ...?
Di sini ...

Read more...

Gambar minggu ini: Siapa kenal Siapa ...?

>> 11.11.12

Read more...

Siapa dalam gambar tu ...?

>> 9.11.12

Wow ... Dah fasih mengguna mesin potong rumput
versi tali. Bolehlah jadi Taukeh Ubi Kayu ...
Kaahhh, kah kah ...

Siapa dalam gambar tu ...?

Read more...

Wow, nak hak ni ... nak yang ni ...

>> 8.11.12

Sumber gambar ...

Sempena raya qurban baru lepas, kami terima banyak
daging. Ada yang berstatus qurban dan ada juga bertaraf
'aqiqah. Besan dari Kuala Kerai datang bawa daging
qurban; dan besan di Tumpat pun kirim daging qurban.
Semalam, Rabu, dah habis daging-daging tu semua.

Saidina Umar ibn al-Khattab pernah menceritakan,
bila banyak makan daging eloklah banyak pula minum
jus buah-buahan.

Antara jus yang sudah diminum untuk tujuan itu ialah
jus tembikai, jus delima, jus pisang dan, tadi, jus
epal. Insya Allah, besok jus yang dalam gambar tu.
Lusa jus buah tin (fig) pula.

Khasiat lain ...

Read more...

Kalau Berjaya, Lawa dan Sedap laaa

>> 6.11.12

Alphonse Lavalle

Kali terakhir buat kerja di kebun ialah pada hari
Jumaat yang lalu. Hari-hari selepasnya buat kerja
di halaman rumah sahaja.

Insya Allah, besok, nak jengok kebun. Tengok apa
yang patut dibuat. Selain itu, nak menyemai pohon
anggur. Semalam, dah prepared 42 cuttings jenis
Alphonse Lavalle.

Read more...

Di Sini Taman Dan Di Sana Kebun

>> 4.11.12

Semalam, Sabtu. Tidak ke mana-mana. Kemas
kini halaman rumah. Terlalu lama terbiar semak.
Harap anak-anak untuk mengemas, sejemput sampah
pun tak dibuang. Halaman boleh jadi hutan.

Cadang, nak majukan halaman rumah dengan pelbagai
tanaman sayur-mayur. Seminggu-dua cukup masa untuk
fikirkan pelaksanaannya. Kalau boleh, biar
di sini taman dan di sana kebun.

Read more...

Musim menuai yang berpanjangan

>> 3.11.12

Khamis dan Jumaat, di kebun. Berjumaat di
mesjid pekan Sekinchan.

Jumaat, minta tolong ipar, adik dan makcik tuai
ubi kayu. Wow, hanya dua pokok, ubinya memenuhi
sebuah kereta sorong (wheelbarrow); dan diagihkan
kepada sembilan keluarga. Kalau begitu keadaan
seterusnya maka musim menuai ubi kayu akan
berpanjangan sepanjang tahun.

Read more...

Jenahak oh jenahak

>> 31.10.12

Hari ini balik awal dari kebun. Terpaksa.
Sebatang gigi reput telah patah; dan tunggulnya
ditimpa sakit. Faham-fahamlah, bila sakit gigi,
orang terbatuk pun kita marah.

Dalam perjalanan, singgah di pasar nelayan
Sungai Yu. Saya nak beli ikan A dan isteri nak beli
ikan B. Nak berkempen tak boleh. Gigi sedang sakit.
Jawabnya, beli ikan A dan ikan B.

Cerita lanjut ...

Read more...

Musim Tuai Ubi Kayu

>> 28.10.12

Sumber gambar ...

Minggu lepas, cabut sepokok ubi kayu merah (pikul)
dan sepokok ubi kayu putih. Semua sudah berubi dan
ada yang bersaiz besar. Maksudnya, pokok-pokok yang
lain patut dicabut sekarang. Jadi, minggu ini, mulai
besok ialah musim menuai ubi kayu.

Namun, ada beberapa hal yang perlu dirancang dengan
baik. Sebab, bila kita cabut pokok ubi maka pucuknya
juga kita petik. Banyak tu. Begitu juga batangnya.
Yang hendak ditanam semula tidak seberapa.

Insya Allah, sedara-mara dan kawan-kawan akan
dapat habuan masing-masing. Lepas tu nanti, nak
tuai buah pisang pula. Wow ... Alhamdulillah ...

Read more...

Wow ...!!! Makan Besau ...!!!

>> 26.10.12

Wow ...!!! Makan Besau ...!!!

Read more...

Anak Pokok Pear

>> 25.10.12

Hari ini, Khamis, ke SantaiD'Rimba bersama Anas.
Aktiviti utama ialah memindahkan anak pokok pear ke
dalam pasu plastik yang lebih besar (gambar bawah). Cara
begini, anak pokok cepat membesar dan segera berbuah.

Anak pokok pear dikelilingi oleh bunga lidah burung.
Ada 49 pokok (pasu) sahaja.

Read more...

Cis. Sungguh biadab ...?

>> 24.10.12

Cis. Sungguh biadab ...?
Rembat dari sini ...

Read more...

Gambaran kehidupan kini

Isnin dulu semalam hingga petang Selasa semalam
berehat sambil buat aktiviti kesihatan di SantaiD'Rimba.

Hari ini Rabu. 4.30 pagi, anak dan menantu balik beraya
di Kelantan. 3.00 petang, sorang lagi anak akan pergi
beraya di Kelantan. Itu baru dua orang menantu dari
Kelantan. Beberapa tahun lagi, mungkin sorang lagi
menantu dari Kelantan.

Lewat petang nanti anak bungsu akan sampai dari
asrama. Fawzan, di USM Kubang Kerian, tak balik.
Nak beraya di Kelantan.

Hari Sabtu nanti, adik di kampung buat qurban.
Ahad besoknya, adik di felda buat aqiqah. Tentunya
dah tiga hari tak ke kebun. Beberapa hari kemudian,
tetamu dari Sabah dijangka sampai ke SantaiD'Rimba.
Khabarnya, nak berunding mengenai penanaman pokok-
pokok temperate. Selain itu, seorang lagi usahawan-
tani nak datang berunding mengenai pembenihan
pokok zaitun.

Hhmm, kalau dah sibuk begini, macam
tak pencen lah jadinya.

Read more...

Mahkota ...? Kaahhh, kah kah ...?

>> 21.10.12

Ahad. Pagi, ke Sg. Buloh Kusta. Beli Tanah
Baik 50 kampit. Dari sana terus ke SantaiD'Rimba.
Baru kerja sikit-sikit, hujan turun lebat dan renyai-
renyai secara berselang-seli.

Lepas solat zuhur, bergerak balik. Singgah di jeti
nelayan yang terdekat dan terbaru. Ikan belum naik.
Singgah pula di pasar nelayan Sg. Yu. Alhamdulillah,
ada banyak ikan. Wow, borong lagi ikan-ikan di situ.
Murah dan segar. Amat murah berbanding harga
di pasar biasa.

Besok ke kebun lagi, insya Allah. Kalau tak hujan,
nak tanam pokok mahkota dewa.

Sumber gambar: Google.

Khasiat Mahkota Dewa ...

Read more...

Jeti Nelayan Kecil

>> 20.10.12

Gambar hiasan Google.

Minggu lepas, kami berehat dua hari di SantaiD'Rimba.
Dari pagi Selasa hingga petang Rabu. Pagi Rabu tu, kami
ke jeti nelayan di tepi laut. Hasil tangkapan mereka
semua fresh dan belum kena air batu. Murah-murah pulak
tu. Wow, seronok memborong. Orang ramai perhati muka
kami lalu bersenyuman. Mungkin mereka kesihankan kami.
Mereka tahu yang kami geraguk ikan fresh lagi murah.
Maha kaya Allah ...!

Read more...

Wow ...! Naik Semangat Tonton Video ni ...!

>> 18.10.12


Kaitannya di sini ...

Read more...

Dua Taman di SantaiD'Rimba (Edited)

Sumber gambar ...

Dari pagi Selasa hingga petang semalam, Rabu,
berehat di SantaiD'Rimba. Sempat tanam 11 lagi pohon
anggur. Insya Allah, akan tanam lagi beberapa pohon
dalam bulan-bulan hadapan

Pohon-pohon kiwi yang lama sudah dimusnahkan. Benih-
benih baru dalam proses penyediaan. Apabila tumbuh nanti
akan ditanam bersebelahan kumpulan pohon anggur. Maka,
akan jadilah apa yang difirmankan oleh Allah sebagai
dua taman, di sebelah kanan dan di sebelah kiri.
Aaaamiin, ya Rabb.

Read more...

Hah haaa, Gambar ni ...

>> 15.10.12

Hari ni, Isnin. Lepak kat rumah. Memang
boring. On computer, rayau rata-rata. Terjumpa
gambar kat bawah tu. Teliti dan banding dengan
gambar-gambar lain. Nampaknya gambar yang ini
lebih sesuai diteliti secara menyeluruh. Boleh
dijadikan idea camna nak buat Rimba Anggur.

Sumber gambar ...

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP