Akibat Kecurian
>> 27.12.12
Semalam, sampai di kebun jam 11.50. Buat satu kerja
sahaja. Tukar kunci pintu rumah. 6.10 petang barulah
siap. Begitulah kerja tukang tak bertauliah.
Pagi tadi, bayar cukai pintu rumah yang didiami.
Wow, mahalnya. Saya tanya kat kaunter tu, dah berapa
lama tak bayar cukai pintu? Jawabnya: 12 tahun ...
Tengahari, 11.17, sampai di kebun. Buat satu kerja
sahaja. Tutup lubang berhampiran bumbung yang dikopak
oleh pencuri pada minggu lepas. 4.20 petang, cari ikan
segar di Sg. Yu.
2 comments:
Wow.... 12 tahun tak bayar cukai pintu. 8 tahun kerajaan BN, 4 tahun ++ kerajaan PR...
Kerajaan yang mana satu lebih baik..?
hehehe.. rumah tak kena sita...
Wow ... itulah akibat tangguh, tangguh. Kemudian, lupa. Sampai surat merah, kelamkabut.
Post a Comment