Tulisan ini hasil idea ManjungMari yang tinggalkan komen dalam tajuk tulisan saya semalam.
Mengenai herba: Apa yang saya faham dari al-Qur^an, bahawa semua yang Allah jadikan tidaklah sia-sia. Maksudnya, semua ada manfaat dan keistimewaan. Jadi, herba apapun adalah baik belaka. Cuma cara kita berusaha untuk memanfaatkanya berbeza. Silap cara jadi mudharat.
Cara memanfaatkan bahan-bahan kesembuhan yang Rasulullah ajarkan ialah denga Qur^an dan Madu Lebah. Cara begitu adalah umum tetapi mudah dilaksanakan. Ada kelonggaran dari aspek pengamalan. Asalkan ada ayat-ayat al-Qur^an sebagai bukti pergantungan kita kepada Allah; dan ada madu lebah sebagai pelengkap bahan yang digunakan. Jadi, pengamalan yang saya lakukan adalah sebagai berikut:A. Ambil rebusan herba mengikut sukatan dikehendakki.
B. Masukkan ke dalam bekas bertutupan yang boleh digoncang, sperti botol.
C. Campurkan madu lebah mengikut kehendak rasa.
D. Lakukan perkara berikut:
1. Bersyahadah.
2. Beristighfar.
3. Bersolawat.
4. Fatihah.
5. Surah al-Ikhlas, 3 kali.
6. Surah al-Falaq.
7. Surah an-Nas.
E. Tutup bekas (botol); dan goncang secepat dan sekuat mungkin antara 100 - 300 kali.
F. Gunakan dengan mambaca doa kesembuhan.
Macam cerita kartun saja kan. Saintis yang tak seberapa akan ketawakan. Percayakah anda bahawa cara begitu termasuk dalam bidang saintifik yang tinggi?
Read more...