Salasilah Nasabku
>> 9.11.08
Dari perkahwinan ayah dengan ibu lahirlah kami adik-beradik 11 orang semuanya. Yang pelik, kami menetap di Selangor, tetapi bahasa keluarga ialah loghat Kedah. Maksudnya, ayah banjar, emak jawa, menetap di Selangor, bercakap loghat Kedah.
Dalam bidang pelajaran, aku belajar di Malaysia, sambung di negeri Arab dan tambah di negeri orang putih. Pernah belajar bahasa Jerman dan Prancis, tapi tak berbakat. Dulu, boleh bertutur bahasa Rusia, tapi sejak tahun 1976 tak pernah cakap. Sekarang dah lupa, kecuali dua-tiga rangkap sahaja.
Cita-cita dalam tahun 2009 nak belajar bahasa Spanyol dan Jepun. Kerana, Anis dijangka sambung belajar di sana mulai hujung tahun hadapan. Fawzan bercadang nak belajar di Jepun. Bila mereka balik, bolehlah kami berbual dalam bahasa-bahasa tersebut. Hmmmm....
4 comments:
Salam Tuan..anak tuan muhammad anis,now dia kerja apa tuan and kat mana?
Wa'Salam,
Anis bertugas sebagai pemangku penolong pengarah dua buah jabatan baru di Kementerian Kesihatan Putrajaya. Dia dah tak bertugas di hospital. Dah tak adalah on-call yang dia tak suka tu. Hmmmm, anak muda zaman sekarang.
Salam buat tuan,
Alhamdulillah, nampaknya setakat anak-anak tuan telah dianugerahkan Allah dengan jayaan. Sebagai bapa tentunya kita harapkan kejayaan di akhirat juga. Insya Allah.
Wa'Salam mountdweller,
Benar kenyataan anda itu. Namun, kejayaan akhiratlah yang dipohon sangat-sangat. Di dunia ini tiada kepuasan dan kejayaan hakiki dan abadi.
Post a Comment