012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Rabu, Khamis, Jumaat Dan Sabtu

>> 20.11.08

Semalam, Rabu, Anas terima keputusan peperiksaan akhir tahun di MCKK. Alhamdulillah, cemerlang, dapat nombor 1 dalam kelas dan nombor 1 dalam tingkatan.

Hari ni, Khamis, jam 3.20 ke kebun bersama isteri dan Anas. Cuba gali lubang nak tanam pokok epal. Tapi tak larat. Badan menggigil, pasal hypo. Nasib baik isteri ada bawa gula-gula. Kemudian, tolong isteri tanam 2 pokok epal jenis Granny Smith.

Besok, Jumaat, sebelah pagi nak periksa kereta dan berehat cukup-cukup. Lepas solat Jumaat nak ke Bandar Sri Iskandar, Ipoh. Ziarah adik, Rashid, dan terus bermalam di situ.

Lusa, Sabtu, ada urusan di Dewan Serbaguna SUK, Ipoh, dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pukul 5.30 hingga 7.00 ada Konvensyen Teh Tarik para pemaya dan penubuhan Kerajaan Maya Rakyat.

4 comments:

Mamak Spicy November 20, 2008 at 8:47 PM  

Salam Tuan.Semoga dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan yg sempurna.Tahniah buat Anas kerana menjadi topper dlm tingkatan.Anas form berapa now?..Teringat waktu dulu2..abang pun selalu jugak dapat no.1 dlm tingkatan.
Alhamdulillah,Tuan AW Arbain dapat menjalankan kerja2 harian dgn baik..
Isteri tuan pun punya minat yang sama..very good :)

Pengasas November 21, 2008 at 12:16 AM  

Wa'alaikumus-Salam,
Anas, anak bongsu, baru tingkatan 1. Abangnya, Fawzan, tingkatan 4 di Alam Shah. Itulah 2 orang masih sek. menengah. Abang kepada Fawzan, Dzul Imtiyaz di UiTM; dan abangnya Dzul Riyhayn di USM. 3 abang mereka nak sangat rasa makan gaji. Biarlah dia orang rasa.

Terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya. Semoga Allah beri kesihatan kepada kita semua.

Al-Kisah H.K. November 23, 2008 at 9:21 PM  

Assalamualai, Pak Long.

Pak Long, tolong bagitau dekat Abang Anas yg Hafizul ucapkan tahniah dekat dia sbb dapat No.1 dlm kelas dan tingkatan.Kirim salam dekat semua ye.

PakLong November 23, 2008 at 10:35 PM  

Wa'Salam Hafizul,
Paklong dah sampaikan.
Bila Hafizul nak datang rumah paklong. Fawwaz tak puas hati kalau tak tidor rumah paklong kan?

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP