Lawatan Kerja Ke Kuala Kangsar
>> 25.12.08
11.03 pagi bergerak dari rumah. Sampai di rumah Rashid, Sri Iskandar, jam 2.09 petang. 3.28 sampai KK dan makan-makan bersama MSK. Jam 5.25, bersama MSK, Mamamat dan Tarmizi sampai ke Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Chandan.
6.15 - 6.50, taklimat kepada 23 ketua kampong mengenai Pertanian Bentuk Baru. BikirPerak pun ada datang. Dia juga orang kuat parti. Jam 8.00 - 10.55 makan-makan bersama MSK, Mamamat dan Tarmizi. Terima kasih kepada Mamamat kerana belanja makan dan minum (2 kali order). Balik dan sampai rumah jam 2.12 pagi 25 Disember.
Makan-makan sambil berbincang mengenai pelaksanaan Center for Economic Research and Innovation in Agriculture (CERIA).
4 comments:
Alhamdulillah
10 keratan benih sutera telah ditanam dalam pasu plastik. Insya Allah esok beli racun kulat dan spray kat keratan tersebut.
5 lagi keratan diamanahkan kepada Termizi.
Saya akan maklumkan perkembangannya.
Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya mencuba dan menceburi tanaman baru ini.
Salam Mamamat,
Insya Allah, jika tak ada apa aral, 4 Jan. nanti saya hantar anak ke MCKK dan bawakan benih blackberry pula, macam yg kita bincang malam tadi. Saya akan call di mana kita akan berjumpa.
Semua handsome handsome belaka.
Wakakakak ... syabas
Salam dari
Radenjowo
Salam Prof.
Semoga tahun baru hijriyah akan menguatkan lagi taqwa kita kepada keESAan ALLAH swt.
Harapan dan doa saya semoga prof. serta keluarga sentiasa berada di bawah naungan ALLAH swt
Salam takzim
Sofi
Post a Comment