012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Curi Gambar Dari Dango Mamamat

>> 31.12.08

Beberapa hari yang lalu sempat curi gambar dari blog Mamamat (dah bagi tahu pada dia). Gambar ini amat menarik. Bila direnung lama-lama, banyak kenangan dan impian menjelma. Hanya diri sendiri yang memahaminya.

Kadang-kadang rasa sayu dan sesekali rasa pilu. Ada masanya rasa lebih bersemangat dan ada ketika pula rasa sebak. Gambar ini seolah-olah menceritakan perjalanan hidupku yang mencecah usia 61 tahun pada 2 Januari 2009. Sebentar lagi 1.1.2009, berarti genaplah 7 tahun bersara.

Sebelum itu, dalam bulan Januari 1959 (lupa tarikh sebenar) aku mula merantau menuntut ilmu di Perak, di Pulau Pinang, di Kelantan dan di KL. 21 Disember 1972 ke Mesir dan balik pada 17 Mac 1976. Pada 30 Ogos 1982 ke England dan balik pada 30 Ogos 1986. Sebahagian pengalaman, seolah-olah ada tercatat dalam gambar ini. Hanya aku yang mengerti.

11 comments:

Mamamat January 1, 2009 at 12:20 AM  

Salam Pengasas
Alhamdulillah dan syukur seamatnya kerana kita masih di sini. Masih mampu bernolstagia kehidupan lampau. Bukit,dangau serta bendang sememangnya menginsafkan saya kepada kebesaran Illahi.
Tapi bendang saya mendatar rata .. itu bukan bendang saya. Sayapun tak tahu di mana bendang itu. Saya copy paste dari yahoo images.
Saya rindukan miang padi ..
Selamat hari jadi, selamat menjadi-jadi, semoga panjang usia, sentiasa dilimpahi keberkatan.

Pengasas January 1, 2009 at 1:00 AM  

Wa'alaikumussalam Mamamat,
Terima kasih kerana gambar dan ucapan hari jadi. Saya memang anak bendang. Masa kecil saya anak hutan, kerana ayah datang dari Bagan Serai meneroka hutan, termasuk bersama orang asli.

kulupSakah January 1, 2009 at 1:23 AM  

wah! sentimental value tu DR, saya rasa berlari di lumpur sawah lebih hebat dan nikmat dari bergelumang dalam salji..ohh!

Pengasas January 1, 2009 at 11:38 AM  

Salam LKS,
Bergelumang dengan salji dapat apa?
Bergelumang dengan lumpur dapat hasil. Mengagau dalam lumpur dapat macam-macam ikan.

matsamankati January 1, 2009 at 1:22 PM  

Saya dah dapat gambar close-up dango mamamat..ha.ha.ha.

malam ni saya postkan gambar tu. Kat belakang dango tu ada pokok kekabu, tapi buah masih hijau. dak kering nanti...boleh buat bantal busuk.

Doktor Comel January 1, 2009 at 5:11 PM  

Selamat Hari Lahir yang ke..... Semoga panjang umur, murah rezeki, boleh la Nasriyah belajar macam-macam lagi dengan Pak Long.

Al-Kisah H.K. January 1, 2009 at 5:20 PM  

Selamat hari lahir Paklong,

Tak tahu pulak yang hari ni hari lahir Paklong sebab Hafiz tak tahu tarikh hari lahir Paklong. Nanti Hafiz suruh ibu buatkan kek coklat kalau nak pergi ke rumah Paklong. Maklong bagi hadiah apa kepada Paklong?

milo tarik January 1, 2009 at 5:25 PM  

Assalamu'alaikum, PakLong. Selamat Hari Lahir.

Pengasas January 2, 2009 at 1:51 AM  

Wa'alaikumussalam semua,
Terima kasih semua.
Walaupun paklong dah warga emas tapi masih blogger.

Hamba Miskin January 2, 2009 at 7:55 AM  

Salam Ustaz..

Saya dan zaujah ukhti nur,anak2 ainul mardhiah,ainul iman serta dzulhaqq ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada ustaz. Semoga Allah kurniakan kesihatan berkekalan dan dipanjangkan umur.

Pengasas January 2, 2009 at 11:28 AM  

Wa'alaikumussalam Ihya,
Terima kasih atas kunjungan serta ucapan hari jadi. Semoga kita semua tergolong dalam "husnil-khatimah".

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP