Benih Sutera Sebagai Bekalan Ke Perak
>> 23.12.08
Petang tadi ke kebun sekejap. Tambah jumlah keratan benih pokok sutera untuk dibawa ke Perak besok, 24 Disember. Keratan tersebut akan diserahkan kepada PrimaMaya KAMAR sebagai permulaan kepada projek beliau CERIA (Centre for Economic Research and Innovation in Agriculture).Insya Allah, dengan langkah permulaan yang tidak seberapa ini akan menambah semangat untuk meneruskan projek-projek lain.
Jadual kerja di Perak besok ialah ke rumah Rashid menghantar barang-barang anak yang belajar di UiTM Sri Iskandar, bertemu Mamamat, berbincang dengan MSK, PrimaMaya KAMAR serta serah benih sutera dan, petang, taklimat kepada 23 ketua/wakil kampung mengenai projek "Satu Kampung Satu Produk".
0 comments:
Post a Comment