012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Blogger Patut Fahami Gambar Ini

>> 27.4.09


Ahad lepas, blogger IkutSukaAku (ISA) datang ambil dua pohon anggur. Dia nak buat Taman depan rumah. Untuk syurga bersama keluarga. Hari ini, RadenJowo datang bincang-bincang berbagai isu. Dia ada projek berat. Berat, pasal terpaksa guna jentera berat.

Sambil minum-minum kami bincang berbagai isu. Dari isu kecil sampai isu besar. Biasalah bloggers. Semua isu kena sentuh.

Hasil perbualan itu saya teringat gambar di bawah ini:

Sumber gambar dari:
Muhtar Suhaili

Read more...

Gambar Kenangan: Terpaksa Berpisah

>> 25.4.09


Khamis, 30 April: Pagi, akan ke MCKK, bayar yuran Anas. Tengahari, ke Bandar Seri Iskandar, Ipoh. Ambil barang-barang milik Wah. Dia akan tamat pengajian di UiTM bulan Jun ini.

Wah (Dzul Imtiyaz), sebelum ini bagitahu pada emaknya nak belajar bawa kereta. Tapi kereta yang ada semua dah buruk. Jadi, setelah berbincang dan berfikir panjang, kereta buruk
yang dibeli pada tahun 1980 akan dikorbankan. Mazda 626 dimasukkan ke Program Pelupusan dengan harga
RM5,000 dan diganti dengan ViVa.

Mazda 626 ini masih elok dan baik. Tak pernah rosak besar. Meragam kecil pun hanya sesekali saja. Besar dan mantap di jalanraya. Kami sayangkan dia,
sekalipun insuran 3rd. parti dan road-texnya mahal.

Minggu lepas, dah dibawa ke PUSPAKOM. OK. Dah berurusan
di ProDua. ViVa850 manual, berwarna hitam telah ditempah.
Insya Allah, Wah boleh gunakannya nanti.

Bawah, gambar Mazda626 kesayangan. Terpaksa berpisah.


Read more...

Yang Dalam Gambar Ni? Dah Kurang Minat.

>> 24.4.09


Semasa muda-muda dulu, saya makan apa saja jenis lauk. Pekasam mentah pun boleh telan. Cili padi segar? Empat-lima set sekali suap saja. Pernah juga meratah seekor ayam dan dua ekor merpati sekali hadap. Tentu ada petua!

Sekarang, lauk yang amat diminati ialah ikan. Tak kiralah ikan laut mahupun ikan darat. Lauk ayam dah kurang minat. Sebabnya ialah cara berfikir sudah berubah. Saya sukakan lauk-lauk liar. Lauk-lauk dibela secara komersial dah kurang minat. Ikan kembung, cencarau, etc mana ada yang dibela. Ertinya, liar. Itulah yang amat disukai.


Read more...

Gambar Dalam Blog Kawan

>> 22.4.09


Dah lama tak buat posting. Ada juga yang kirim email, call dan tinggal dalam komen tanya saya.

Benar, saya tak berapa sehat untuk beberapa hari. Bila dah kembali sehat, isteri pula sambung. Dia demam beberapa hari, kemudian masuk wad. Beberapa hari kemudian keluar wad, tapi sakit semula. Semalam, dia mulai sehat.

Tadi saya merayap ke beberapa blog. Terjumpalah gambar sendiri dalam blog seorang bekas pelajar semasa di UiTM dulu. Dia dah jadi pensyarah pun.


Read more...

Gambar-Gambar (2): Cerdas Akal

>> 14.4.09


Sedarkah kita bahawa Rasulullah adalah makhluk di dunia yang paling kuat ingatan. Baginda menerima wahyu melalui Jibril hanya sekali, tanpa berulang. Baginda terus mengingatinya hingga ke akhir hayat.

Baginda bukan sahaja ingat semua wahyu tetapi ingat semua susunan ayat, yang mana dahulu dan yang mana kemudian. Baginda dapat mengingati semua peristiwa di dunia yang diberitahu oleh Allah.

Ingatkah kita bahawa satu dari kegemaran-kegemaran baginda ialah bauan yang harum. Antara haruman di dunia ini ialah bungaan. Antara bungaan harum yang baik ialah bunga Narjis Putih (White Jonguil). Antara kebaikannya ialah mencerdaskan akal dan menguatkan ingatan. Berikut ialah gambar Narjis Putih:


Read more...

Gambar-Gambar (1): Mengasah Mata

>> 12.4.09


Pemandangan alam boleh menghibur, mengajar dan menyembuh manusia dalam berbagai aspek. Antaranya ialah mengasah mata. Lihat gambar-gambar berikut:


Read more...

Tak Berdosa Saya Renung Gambar Ni!

>> 10.4.09


Entah berapa kali saya tengok, renung dan tenung gambar ini. Nak tahu bagaimana mengolahnya. Namun, sebab kejahilan dalam bidang ini, saya tak dapat sebarang klu mengenainya. Tak berdosa renung gambar ni untuk tujuan belajar.


Read more...

Gambar Cucu Ke-4 Bersama Neneknya

>> 8.4.09


Hari Juma'at, 3 April, ziarah semua anak, menantu, cucu dan besan. Masa tu baru kebah dari demam.

Sabtu pagi, beberapa tetamu datang. Petang, anak cucu dari Bandar Baru Nilai datang. Besan dari Kelantan pun datang. Ayah dan makcik datang dan bermalam. Itu jadual bulanan ayah. Setiap petang Sabtu minggu pertama setiap bulan.

Ahad pagi, anak cucu dari Bandar Seri Putera pula datang. Begitu juga adik dari Pahang. Petang, adik-adik dan ipar-ipar KakYong sampai. Bawa ikan haruan kering. Terima kasih KakYong. Malam tu kami bedal sebahagiannya.

Ahad malam Isnin, isteri demam. Tak kebah sampai Selasa malam Rabu. Kami buat keputusan serah diri ke Hospital Sungai Buloh. Doktor buat keputusan kena masuk wad. Jadi, dalam wad lah dia sekarang ni.

Anak yang doktor tu berurusan di Sarawak mulai hari Isnin. Ahad nanti baru pulang. Anak yang engineer pulak akan berurusan di Holland mulai tengahari besok. 17 April baru pulang. Nasib baik anak yang kerja kat JPM tu ada di rumah. Dia lah yang tolong kami.


Read more...

Gambar Yoga-Buai


Bagi sesetengah pengamal yoga di Amerika Selatan menggunakan buaian sebagai teknik beryoga. Bagi orang sebelah Asia menggunakan buaian sebagai teknik memujuk anak-anak supaya tidur atau tidak menangis.

Bagi al-marhum Tan Sri Dr. P. Ramlee, buaian adalah unsur penceritaan antara yang baik dan yang jahat. Bagi ahli perniagaan sebagai suatu ....?


Read more...

Betul Ke Gambar Ni?

>> 6.4.09


Tengahari tadi melayari blog-blog politik. Sambil itu google beberapa tajuk. Yang lebih menarik ialah gambar di bawah ini. Ia amat jelas menunjukkan kemaha-agongan Allah s.w.t.


Read more...

Gambar Insan Dirindu

>> 3.4.09


Semasa menuntut di perantauan, rindu pada emak, ayah, adik-adik dan kampung halaman. Semasa di luar negara rindu pada semua itu ditambah rindukan kekaksih.

Kini, perasaan itu bertambah matang dan bertambah luas daerahnya. Lebih ramai pula yang dirindui. Justeru, hari ini kami ke Bandar Seri Putera menziarahi cucu-cucu kami Muhammed Naufal dan Muhammed Zakwan. Kemudian, ke Bandar Baru Nilai menziarahi cucu-kembar kami Nasrul Farhan dan Fathul Farhan.

Besok, insya Allah, mereka pulang ke rumah kami. Akan berbincang sama ada tinggal dengan kami beberapa hari, sementara ayah mereka berurusan di Holland.

Muhammed Naufal

Muhammed Zakwan

Nasrul Farhan

Fathul Farhan

Read more...

Gambar Lebih Hebat Dari Kata-Kata

>> 1.4.09


Gambar ini telah disiarkan dalam blog Fakulti Siyasah Syar'iyah, pada 13 Mac yang lepas, dengan tajuk Gambar Jenaka Political-Economy Jalanan.

Tadi, saya teringatkan gambar ini lagi. Saya suka membacanya berkali-kali. Saya bukan ahli seni, jauh sekali seni-foto. Tapi saya merasa gambar ini sungguh panjang ceramahnya. Tambahan pula jika tahu siapa yang memancing, di mana, bila dan bagaimana.


Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP