012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Anda Suka Yang Ini? - Awas!!!!

>> 30.9.09

Gambar-gambar atas, ialah sotong kering. Kalau dibakar atau dimasak sambal, sedap oooo!!! Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok. Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan. Selanjutnya

Kanser daripada sotong kering
.

Read more...

Restoran Bogel, Restoran Makanan Timur Tengah

Dalam bulan Ramadhan lepas, orang di lembah Klang asyik cerita Nasik Arab dan Nasik Yaman di Cyberjaya. Khabarnya, ramai benar pelanggan yang datang. Terpaksa ambil nombor giliran.

Berikutan itu, saya mendapat faham ada beberapa orang bloggers Selangor sedang berfikir nak setup restoran Makanan Timur Tengah. Dijangka, sebelum Ramadhan tahun hadapan akan muncullah sebuah lagi restoran Nasik Arab di lembah Klang. Harap-harap, para bloggers dapat harga special!

Di US, ada juga restoran special, iaitu Restoran Bogel. Khabarnya, di Australia dan New Zealand pun ada. Lihat gambar-gambar di bawah:

Selanjutnya ....

Read more...

Gambar-Gambar Ini Ada Ceritanya?

>> 29.9.09

Khabarnya, gambar-gambar di atas ada cerita tersendiri. Barangkali, ramai yang dah tahu. Suami-isteri sama sahaja.

Read more...

Makan Untuk Hidup

Tengahari Ahad, sebelum hantar Fawzan dan Anas ke asrama, kami masak nasik Arab dan ayam kukus-bakar. Alhamdulillah! Licin.

Tengahari semalam, kami suami-isteri, makan nasik dengan tumis petola dan ikan kembung goreng sahaja. Alhamdulillah! Sungguh lazat. Kalau nak turutkan nafsu, 3 pinggan atau lebih.

Tengahari ini, cadang nak makan rojak mamak sahaja. Beli, bukan buat sendiri. Begitulah bila tinggal berduaan sahaja. 2 anak bujang tu, sorang pergi kerja dan sorang lagi pergi kulliah.

Sumber gambar
Dapur Tanpa Sempadan ...

Read more...

Tanah Lot Di Bulan Untuk Di Jual

Anda tidak mampu membeli tanah di bumi? Anda ingin memilikki tanah lot di bulan? Maklumat lanjut di sini dan di sini dan di sini.

Read more...

Perut Anda Banyak Lemak?

>> 28.9.09

Perut anda banyak lemak? Anda ingin mengurangkannya?
Klik pautan berikut:
Untuk Wanita
dan
Untuk Lelaki
.

Read more...

Barang kemas timbul dari tanah: Boleh Percaya?

>> 27.9.09


"TAPAH - Seorang warga emas, Hamidah Bakar, 65, tidak menyangka kawasan di halaman belakang rumahnya rupa-rupanya tertanam berguni-guni harta karun yang didakwa berusia ratusan tahun.

Semuanya bermula pada akhir tahun 2004, apabila seorang kenalan beliau dari Indonesia memberitahu kawasan semak yang bersempadan Sungai Perak itu mempunyai 'sesuatu' iaitu harta karun yang tertanam di dalam tanah."

Selanjutnya ...
.

Read more...

Umie-Datuk K akan bertunang

>> 26.9.09

"SETELAH kisah percintaannya dengan seorang tokoh perniagaan tersebar agak lama, akhirnya aktres jelita, Umie Aida dan kekasihnya, Datuk Khairuddin yang turut digelar Datuk K itu memilih tarikh 29 September ini untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka."

Selanjutnya ...
.

Read more...

Hamil Lagi Sebelum Bersalin (1 masa, 2 hamil)

>> 25.9.09

Gambar atas ialah wanita yang hamil kedua sebelum melahirkan anak pada hamil pertama (2 hamil dalam 1 masa). Selanjutnya di sini.

Gambar bawah, lain pula ceritanya. Maklumat lanjut di sini.

Read more...

Kebun sayur dalam hotel

>> 24.9.09

"Ketika meninjau seluruh tanaman itu, apa yang dapat disimpulkan ialah idea yang dicetuskan itu sebenarnya memberi impak positif kepada bidang perhotelan. Ia mungkin boleh diibaratkan lain daripada yang lain." Selanjut di sini.

Read more...

Kali Pertama Wanita Ketuai UNESCO

Buat kali pertama dalam sejarah PBB, seorang diplomat wanita dilantik sebagai Ketua UNESCO. Beliau ialah Irina Bokova dari Bulgaria.

Irina Bokova bersama menteri Kebudayaan Bulgaria.
Selanjutnya
di sini
.

Read more...

Ramadhan: 236 menganut Islam

>> 23.9.09

Sepanjang bulan Ramadhan hingga 2 Syawwal, seramai 236 orang telah menganut Islam di Riyadh, Arab Saudi.

Mereka terdiri dari pekerja asing dan sebahagian penduduk tempatan. Selanjutnya di sini.

Read more...

200 Tan Air Zamzam Setiap Hari

Setiap hari biasa, Masjid Nabawi di Madinah menyediakan minuman air Zamzam kepada pengunjung sebanyak 200 tan. Ada juga yang disejukkan terlebih dahulu dalam 7,000 peti sejuk.

sumber
di sini
.

Read more...

Wanita Pertama Presiden Universiti

Gambar atas ialah Prof. Dr. Hind Mamduh. Beliau baru dilantik sebagai Presiden Universiti Iskandariah, Mesir.

Beliau merupakan wanita yang pertama dilantik sebagai presiden universiti dalam sejarah negara Mesir. Selanjutnya di sini.

Read more...

Gambar Dua Wanita Hebat Bulan Ini

>> 22.9.09

Gambar paling atas ialah menteri wanita pertama di Republik Islam Iran. Beliau dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Gambar di bawahnya ialah wanita pertama dilantik sebagai Pembantu Khas Presiden bagi hal-ehwal Sains Dan Teknologi.

Ini adalah hasil ijtihad terbaru "wilayatul-faqih" dalam sistem pemerintahan Iran. Sistem mereka berbeza dari sistem negara-negara sunni, terutama negara Malaysia.

Tahniah kepada mereka berdua.
Berita lanjut di sini dan di sinun.

Read more...

Gambar Non-Muslim Ziarah Dan Takbir

Dalam gambar-gambar atas ialah ADUN kawasan Teja dan isteri.

Sumber gambar dan berita di sini.

Tahniah tuan punya blog tersebut.

Read more...

Gambar: Dua Bentuk Pakaian Solat

Gambar atas, Husni Mubarak solat Aidil-Fitri.

Bawah bawah, Raja Saudi Solat Aidil-Fitri.

Biasanya, orang Arab yang berpakaian begitu sujud dengan dahinya berlapikkan tepi serban. Sah ke solat begitu?

Read more...

Anti-H1N1 melalui hidung akan dipasarkan Oktober

Pencipta Anti-H1N1

Mulai Oktober 2009, anti-H1NI melalui semburan ke dalam lubang hidung akan mula dipasarkan. Cara semburan ini menggantikan cara suntikan yang diamalkan sekarang.
Seterusnya di sini.

Read more...

Harga Kambing Meningkat 40% Hari Sabtu

>> 20.9.09

Harga kambing pada hari Sabtu, di Madinah dan Ta^if, meningkat sebanyak 40% menjadi sekurang-kurangnya 1,500 Riyal Saudi bagi seekor.

Ini berikutan permintaan mendadak menjelang hariraya yang telah ditentukan iaitu pada hari Ahad. Demikian lapor
جريدة المدينة

Read more...

Sabtu, Raya Bagi Setengah Golongan

>> 18.9.09

Besok, Sabtu, bermula hariraya bagi golongan yang memulakan puasa pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009.

Menurut golongan ini, anak bulan Syawwal mulai ujud pada jam 2.44 pagi, 19 September 2009. Oleh kerana "puasa Ramadhan" bermula dari terbit fajar Ramadhan hingga terbenam matahari, maka fajar 19 September 2009 ialah fajar Syawwal dan bukan fajar Ramadhan.

Posting ini ada kaitan.

Read more...

Ahad, Hari Raya: Majelis Ulama Indonesia

"Ma'ruf menjelaskan, ada dua pola dalam menetapkan jatuhnya 1 Syawal. Pertama berdasarkan posisi hilal 0.5 - 1 derajat dan kedua posisi hilal minimal 2 derajat. Namun, saat ini tinggi hilal telah mencapai 3 - 5 derajat sehingga tidak ada perbedaan lagi." Maklumat lanjut di sini.

Read more...

Belacan Madu? Tak Pernah Dengar Pun!

>> 17.9.09

""Itulah tuah pembuat belacan, Che Saudah Hamzah yang hanya mengusahakannya di belakang rumah tetapi produk tetap mendapat permintaan tinggi daripada individu, peruncit dan pemborong termasuk di negara jiran." Klik sumber.

Read more...

Gambar Mangsa Di HariRaya

Antara mangsa di hari raya:


Read more...

Planet Neraka DiTemui

>> 16.9.09

Nama Planet= Corot-7b.
Kedudukan= Luar Sistem Suria
Suhu= 3,600 darja F.
Ukuran= 2 kali Bumi
Sehari= 20 jam
Setahun= 88 hari
Jarak dari Bumi= 500 Tahun Cahaya
(1 Tahun Cahaya= 9.654 Trillion Km.)

Sumber di sini dan di sini.

Read more...

Musim Perayaan Lebih Merbahaya Dari H1N1

Kematian kerana H1N1 ramai dalam negara kita. Namun, jika dibandingkan aspek masa, jumlah kematian kerana perayaan Aidilfitri jauh lebih tinggi. Jika anda tidak percaya, ikutilah laporan kemalangan menjelang perayaan pada setiap hari, mulai 14 September lepas.

Dari aspek ini, musim perayaan lebih merbahaya dari H1N1. Mungkin, inilah akibat bid'ah dan khurafat mengenai perayaan Aidilfitri.

Read more...

Madu Dan HariRaya

"TUDUHAN mengatakan isteri kedua aktor veteran M. Rajoli, Wan Chik Daud tamak dan berpura-pura menjaga suaminya itu akhirnya membuatkan hubungan mereka terpisah.

Walaupun M. Rajoli dan Wan Chik masih lagi bergelar pasangan suami isteri, namun mereka secara zahirnya sudah tidak berhubung antara satu sama lain." Maklumat lanjut
di sini
.

Read more...

Taubat Sambal Belacan

>> 15.9.09

"Kalau setakat kekesalan dan menzahirkan 'lafaz taubat' untuk menyedapkan hati sendiri dan orang sekeliling, tak perlulah. Sebab itulah orang tua-tua dulu selalu ingatkan jangan kita ‘taubat sambal belacan’.

Hanya insan yang rapuh imannya akan selalu terjebak di dalam 'taubat lawwamah' atau taubat sambal belacan. Walaupun sedar tentang buruknya dosa dan beratnya murka Allah, tetapi sesalan itu tidak kuat untuk mencegah dirinya dari mengulangi kesalahan yang sama."

Maklumat lanjut di sini.

Read more...

Gambah Sejadah Sedang Solat

Atas ialah gambar sejadah sedang duduk antara dua sujud dalam solat. Anda percaya? Maklumat lanjut di sini.

Read more...

Bermimpi Dihubungi Laila

>> 14.9.09

laila

trettt..trettt..trettt

henpon aku melalak..

aku: helo..

henpon: helo, assalamualaikum.

aku: walaikumsalam warohmatullah.

henpon: boleh saya bercakap dengan encik aku?

aku: ya saya. sape ni?

henpon: saya laila...

aku: laila? laila mana ni? saya tak ada kawan nama laila. awak salah orang ni.

henpon: saya tak salah orang la encik aku, saya lailatulqadr..

aku terbungkam, terkedu..

henpon: saya ingin berjumpa dengan encik aku disepuluh terakhir bulan ramadhan ni.

aku: ya ya boleh..

henpon: tapi encik aku mestilah cukup segala syarat..

aku: apa syaratnya..?

tuuuuuttt......
talian terputus..

...ahh aku mimpi rupanya..

Dipetik seluruhnya dari
AKU
.

Gambar hiasan semata-mata.

Read more...

Kahwin Misyar Dan Kahwin 'Urfi

>> 13.9.09

Kita selalu dengar golongan sunni mempersenda golongan shi'ah dengan Kahwin Mut'ah. Suatu perkahwinan yang disebut dalam al-Qur^an dan diamalkan di zaman Rasulullah. Kebanyakan golongan sunni, termasuk para ustaz, tidak faham Kahwin Mut'ah ini.

Golongan sunni mengatakan perkahwinan mut'ah telah dimansukhkan dan diharamkan semasa pemerintahan 'Umar al-Khattab. Golongan shi'ah bertanya: Adakah manusia, termasuk 'Umar al-Khattab, mempunyai kuasa memansukhkan hukum al-Qur^an dan amalan di zaman Rasulullah?

Kini, golongan sunni, terutama yang kaya dan beristeri, banyak mengamalkan Kahwin Misyar dan Kahwin 'Urfi. Kahwin berdaftar untuk seks dan Kahwin senyap-senyap tanpa daftar dan dirahsiakan. Ramai lelaki Malaysia yang Kahwin Misyar atau Kahwin 'Urfi ke Timur Tengah, terutama di Arab Saudi. Web dan blog mengiklankan Kahwin Misyar amat banyak, terutama dalam bahasa Arab. Contohnya di sini. Layari juga di sini; di sini; dan di sini.

Read more...

Andartu Terlampau ......

>> 12.9.09

"Haliza mengakui memang filem 'Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami' itu sedikit-sebanyak berkisarkan tentang dirinya sendiri.

DIGELAR anak dara tua atau istilah popularnya, andartu, bukanlah satu masalah besar buat diri aktres dan produser ini. Ujar Haliza Misbun, asalkan dia bahagia menjalani kehidupan hariannya, dia tidak kisah dilabel sedemikian."

Sumber dan selanjutnya di sini.

Read more...

Aku akan rogol kau, Rozdiah!

>> 11.9.09

"Lemparan kata, ”Aku akan rogol kau, Rozdiah!” Hari ini saya membuat laporan polis terhadap ugutan rogol yang dilemparkan kepada saya ketika dalam Majlis Dialog di antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan Kerajaan Negeri Selangor pada 5hb September lalu di MBSA, Shah Alam."

Sumber di sini.

Read more...

Majlis Kahwin Bogel: Siaran Langsung

>> 10.9.09

Di Malaysia, orang-orang gila dikawal oleh keluarga, diuruskan di pusat-bahagia atau merayau-rayau di merata tempat.

Di luar negara, orang-orang gila terlalu banyak. Keluarga tak larat nak kawal dan negara tak mampu nak urus. Malah, yang gila pula boleh mengurus macam-macam, termasuk kenduri perkahwinan. Antara kenduri yang terkini ialah Kenduri Perkahwinan Bogel. Ada siaran langsung pulak tu.

Gambar atas sekali: Perkahwinan Bogel Sepasang.
Gambar berikutnya: Perkahwinan Bogel Secara Kumpulan.

Read more...

Fakta Solat Tarawih Dan Tarawih Tambahan

>> 8.9.09

Tazkirah ke-2 ialah mengenai Fakta Solat Tarawih صلاة التراويح.

Diriwayatkan dalam beberapa kitab, bahawa yang dilihat dari Tarawih baginda Rasulullah hanya 8 raka'at pada beberapa malam sahaja.

Pada masa dahulu:
Penduduk Mekah yang bersolat di Masjidi l-Haram melakukannya 4 kali solat dengan 2 raka'at setiap solat. Selepas 2 raka'at solat pertama, mereka Tawaf; selepas 2 raka'at solat kedua, mereka Tawaf; selepas 2 raka'at solat ketiga, mereka Tawaf; dan selepas 2 raka'at solat keempat, mereka Tawaf.

Penduduk Madinah berfikir:
Untuk mendapatkan pahala yang banyak seperti mereka yang bertarawih di Masjidi l-Haram dengan menambah 2 solat tambahan (4 raka'at, 2 salam) antara solat tarawih pertama dengan kedua; 2 solat tambahan (4 raka'at, 2 salam) antara solat tarawih kedua dengan ketiga; dan 2 solat tambahan (4 raka'at, 2 salam) antara solat tarawih ketiga dengan keempat. Jumlah semua ialah 10 solat, 10 salam dan 20 raka'at.

Yang menjadi pertikaian sekarang ialah 6 solat Tarawih Tambahan sebanyak 6 salam dan 12 raka'at. Adakah manusia boleh mencipta atau menambah solat, walaupun dengan niat yang baik lagi murni?

Read more...

Gambar Cucu Yang DiRindui

Dalam bulan Ramadhan ini hanya cucu-cucu kami Naufal dan Dzakuan sahaja yang ada balik ziarah. Adapun cucu-cucu kembar belum balik ziarah. Sekarang dah berusia 18 bulan pada 06 September tadi.

Walau bagaimana pun, kami sentiasa mengikuti perkembangannya melalui hp dan di sini.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP