012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Al-HamduliLLAHI, selamat

>> 27.5.11

Gambar hiasan.

Selasa, 24 Mei, 8.00 pagi, bersama Anis, bergerak ke Hospital Selayang kerana diarahkan supaya masuk wad. Jam 9.20, selesai urusan pendaftaran. 12.30 tengahari, selesai urusan semua pemeriksaan. Malam, tidur sorang diri dalam wad. Cukup boring.

Rabu, 25 Mei, berdebar menunggu giliran. Akhirnya, jam 1.50 petang, lepas solat jama' dan qasar, di bawa ke bilik pembedahan. Jam 5.00 petang, pembedahan berjaya dan selamat. Jam 5.30, setelah transit 30 minit, dibawa naik ke wad.

Khamis, 26 Mei, kira-kira jam 2.00 petang, selamat sampai di rumah. Saya dilarang berbaring selama dua minggu. Tidur pun kena berduduk tegak.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan, terutama mereka yang menulis dalam ruangan komen posting sebelum ini.

Read more...

Sihat tapi bermasalah ...?

>> 21.5.11

Berikutan posting saya bertajuk Perkara baru dalam hidupku,
beberapa sahabat bertanya apakah maksud saya sebenar.
Jawapan saya adalah sebagai berikut:

Saya, alhamdulillah, dalam keadaan sihat wal 'afiyat. Pada 3 Mei 2011,
saya merasakan ada sampah kecil dalam mata kiri. Namun, saya tidak
merasa sebarang sakit. Pada hari-hari berikutnya sampah itu semakin
besar dan mulai menutup pandangan.

Pada 22 Mei, saya berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Meru.
Beliau memeriksa dan mencadangkan supaya saya segera menemui doktor
pakar di Hospital Sg. Buloh (HSB). Lalu saya ke HSB pada hari esoknya,
iaitu 23 Mei, 2011. Di HSB, doktor pakar mengesahkan supaya saya
serta-merta menemui doktor pakar di Hospital Selayang (HS).

Pada 24 Mei 2011, di HS, saya menemui doktor pakar, doktor perunding
dan Ketua Jabatan. Melalui pertemuan-pertemuan tersebut maka dirumuskan
supaya saya masuk wad untuk menjalani pembedahan pada tarikh serta
waktu yang telah ditentukan.

Rumusan: Dalam bahasa biasa, mata kiri saya mengalami
sedikit kebocoran dan terpaksa dirawat melalui pembedahan.

Read more...

Selingan malam Sabtu ...

>> 20.5.11


Malam ini ialah malam ketiga saya mengkaji masyarakat Banjar
di Kalimantan, dalam berbagai aspek, melalu YouTube.

Atas ialah antara bahan yang digunakan. Yang lain disenarai
dalam list Lagu Banjar di bawah.

Read more...

Perkara baru dalam hidupku

>> 19.5.11

Petang semalam, jumpa doktor
di Klinik Kesihatan, Meru.

Hari ini, 9.30 pagi sampai di
Hospital Sungai Buloh. Jumpa doktor
pakar. Jam 4.15 petang, selesai urusan.
6.30 call Anis ceritakan perkara baru.

Besok, insya Allah, akan berjumpa
doktor pakar di Hospital Selayang pula.
Semoga dimudahkan oleh Allah segala
urusan. DIAlah Pentadbir segalanya.

Saya dalam keadaan sihat wal 'afiyat.

Read more...

Ehhhhh, cengkungnya you Suzanne

>> 17.5.11

Ehhhhh, cengkungnya you Suzanne ...?
Husni Mubarak akan berucap memohon maaf bagi pihak dirinya sendiri, isterinya dan para penasihatnya atas segala kesalahan yang berlaku terhadap seluruh rakyat Mesir selama dia berkuasa. Beliau dan isterinya akan juga menyerahkan semua hartanah dan akaun yang dimilikki mereka di dalam dan di luar negara kepada negara Mesir untuk seluruh rakyat.

Sumber: Kebanyakan media negara-negara Arab.

Read more...

Hujan pun pandai lepak-lepak ...?

16 Mei 2011, jam 5.22 petang, sebuah hp-call masuk. Dari blogger WartaMaya:

WM: Assalamu 'alaikum dok ... apa kabar ... sehat ...?
CS: W'salam wak ... baik ... alhamdulillah ...!
.....bla bla ..
CS: Cuti kat mana ni ...? berapa lama ...?
WM: Kat tempat keje ... Belum balik lagi ni ...
....bla bla ..
WM: Sini hujan ... kalau pencen, sedap tarik selimut ..
CS: Kalau gitu, pesan pada hujan suruh datang sini ..
....bla bla

Saya tunggu hujan hingga maghrib. Tapi tak sampai. Call kawan di Puncak Alam. Dia kata hujan renyai baru sampai.
Saya tunggu hujan hingga 10.30 malam. Tapi tak sampai. SMS kawan di Puncak Alam. Jawabnya hujan renyai masih berterusan.

Saya tunggu hujan hingga 11.00 malam. Tapi tak sampai. Fahamlah saya, hujan renyai akan lepak-lepak di Puncak Alam untuk beberapa ketika. Saya terfikir, besok tak perlu siram anak pokok anggur di nurseri.

Read more...

Syukur, masih hidup - 02

>> 15.5.11

... sambungan posting lepas ... Rumusan yang lepas: Hospital hanya bekalkan ubat anti-biotik untuk hari Selasa, Rabu dan Khamis. Adapun ubat tahan sakit dibawa oleh anak (Dr. Muhammed Anis).

Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari-hari penuh rehat. Tak makan sebarang jenis ubat. 24 jam baring dan tidur. Nasib baik dah tak ada anak kecil. Nasib baik cucu tak datang ganggu. Nasib baik dah tak bekerja for living. Nasib baik tak ada cawangan di mana-mana. Pendek kata: Memang nasib baik.

Oleh kerana hospital tak beri ubat untuk rawatan seterusnya maka sebentar tadi saya kaji laporan pemeriksaan yang disediakan. Insya Allah, saya sendiri akan mengatur segala rawatan berikutnya mulai esok, Isnin. Semua ubat yang diperlukan ada dalam simpanan saya. Menentukan ubat untuk diri sendiri pada dasarnya lebih jujur dan lebih ikhlas.

Besok dan beberapa hari berikutnya saya akan ambil ubat ini, pada potensi 30.

Read more...

Syukur, masih hidup - 01

>> 14.5.11

Selasa lepas, bangun subuh dalam keadaan sesak nafas dan sakit dada. Dengan segera, isteri dan anak kejarkan saya ke Hospital Sungai Buloh. Berada di ED hingga jam 2.00 petang. Ketika itu, bernafas dah ok, macam biasa. Cuma, dada masih sakit. Hasil pelbagai ujian, saya dibenarkan pulang ke rumah dengan berbekalkan ubat anti-biotik untuk tiga hari.

Sampai di rumah, dada saya masih sakit hingga tengahari Jumaat. Terpaksa makan ubat tahan sakit setiap hari. Petang Jumaat cuba bangun dari pembaringan dan pergi nurseri. Sampai di sana, alhamdulillah, semaian dan anak pokok-pokok anggur dah kekeringan dan ada sepokok yang sudah qalu. Cuba siram dua pokok, tapi dada sakit semula. Balik dan baring.

Read more...

Fuh, jadi Tokoh juga akhirnya ...?

>> 10.5.11

Fuh, jadi Tokoh juga akhirnya ...?
Ada yang tergaru-garu ...?
Kaaahhhhh, kah kah ...?
Dua akhir zaman ...!!!

Read more...

Terkenang 100 tahun yang lepas

>> 9.5.11

Entah kenapa tiba-tiba terkenang suasana dan impian 100 tahun yang silam.

Read more...

Ewaaahhhhh, romantiknyaarrrrr ...!!!

>> 8.5.11

Ewaaahhhhh, romantiknyaarrrrr ...!!!
Patutlah depa tak dak mahkamah syar'iyah ...?
Kaaahhhhh, kah kah ...!!!

Read more...

Mengubah anak pokok anggur

>> 7.5.11

Sejak setup nurseri di Bukit Cerakah dengan dua lagi kawan, saya mulai bersemangat kembali dengan pokok anggur. Namun, pokok-pokok temperate lain tidak diketepikan.

Pada dasarnya saya akan berada di sana kira-kira dua jam dalam sehari dan lima hari dalam seminggu. Selalunya dari jam 5.00 hingga pukul 7.00 petang. Hanya sesekali di sebelah pagi.

Petang semalam sempat mengubah anak benih anggur ke dalam beg plastik sebanya 14 pokok. Petang tadi sempat ubah sebanyak 22 pokok. Target mengubah hanya 10 pokok dalam sehari.

Insya Allah, jika tiada aral, anak benih pokok anggur itu akan dipasarkan mulai dari 27 Mei, 2011. Namun, jumlahnya memang terhad.

Berkaitan.

Read more...

Rabu, Kahmis dan Jumaat

>> 6.5.11

Rabu petang gi nurseri di Bukit Cerakah. Sempat memasukan 8 anak pokok apricot. Kemudian, semai 25 benih pokok anggur hijau dan hitam. Insya Allah, dua minggu lagi bertunas.

Khamis pagi, rehat di rumah. Lepas zuhur, urusan insuren dan cukai jalan kereta ViVa. Lepas asar, hantar Fawzan gi kerja kali terakhir. Malam baca nobel Inggeris sampai jam 2.45 pagi.

Jumaat petang, ke nurseri mengubah beberapa semaian pokok anggur.

Atas: Gambar pokok anggur yang ditanam pada 10 April 2011 di nurseri Bukit Cerakah. Alhamdulillah, hidup stabil.

Read more...

Terpesona menatap Gambar ini

>> 5.5.11

Terpegun tengok Gambar ini ...? Ya Salaaam ...!
"Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.

"Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda."

Sepenuhnya di sini.
Sumber gambar dan lagi gambar di sini.

Read more...

Tanam Anggur dan Blackberry

>> 3.5.11

Selasa pagi, di nersuri Bukit Cerakah. Tanam sepohon lagi anggur dan dua pohon anak blackberry. Faizal pasang dinding nersuri dengan net hitam. Dah siap. 12.56 tengahari kami balik.

Lepas zuhur, cari bantal dan tidur di ruang tamu. Huh, sedap tidur ooo. Lebih sedap dari kuih-muih. Bangun tidur, seperti biasa, meronda di alam maya. Topik tertumpu pada Usamah bin Laden.

Malam, suasana tenang. Cucu-cucu dah balik ke rumah masing-masing. Apalagi? Dengar radio Arab. Oh ye! Saya banyak dengar radio-radio atau tonton tv-tv Arab. Pada saya, bahasa Arab lebih sedap didengar dari bahasa-bahasa lain. Kalau bahasa Melayu, saya suka dengar dialek Kelantan.

Read more...

Teringat Telur Itek

>> 2.5.11

Gambar hiasan.

Semasa berumur 10 tahun, emak beri duit dan suruh beli 30 anak itek air. Bila sampai di rumah, emak kata itek itu sayalah yang punya. Tapi, saya kena jaga dan uruskannya. Maka saya pun merasa suka dan bersemangat. Pagi, saya uruskan supaya para itek keluar dari reban. Petang, saya uruskan supaya semuanya masuk reban.

Tak lama kemudian, itek-itek itu pun besar dan bertelur. Semua telur dikumpul dan disimpan. Tujuannya untuk dijual. Masa tu, kalau tak silap ingatan, harga sebiji telur itek ialah 7 sen. Hhmm, berpuluh biji itek bertelur setiap malam.

Bila telur-telur itu dijual, semua duitnya emak simpan. Satu sen pun saya tak dapat. Apa lagi, merajuklah saya. Saya lari ke rumah atuk. Mengadu pada atuk. Bila petang, ayah datang jemput saya. Hhmmmm, atuk marah ayah. Ayah jawab, bukan dia simpan duit tu. Atuk pesan supaya suruh emak bagi pada saya duit tu.

Sampai di rumah, emak kata dia hanya tolong simpan. Oleh kerana saya dah merajuk, emak bagi sebahagian. Bakinya saya setuju emak simpan. Pagi besoknya, semua duit yang emak bagi tu hilang. Barulah saya menyesal dan faham.

Bila saya dewasa, saya sempat bangkitkan cerita ini pada emak. Dan saya minta ampun. Emak senyum lebar. (Tak larat nak sambung ... dah sebak ni ...).

Read more...

Gambar Mengada-ngada

>> 1.5.11

Sekali, dua kali, tiga kali dan seterusnya berfikir: Sesetengah orang-orang kenamaan, mereka yang kaya dan golongan berpelajaran suka mengada-ngada. Dan berbangga dengan mengada-ngada yang mereka lakukan. Malah, sanggup bersusah payah dengannya.

Gambar atas tu semua orang tahu dan kenal. Gambar atas adalah satu dari perbuatan mengada-ngada. Mengada-ngada ini, dalam bahasa Arabnya ialah Bid'ah. Bid'ah juga dilakukan oleh ramai orang-orang yang so-called alim. Contoh bid'ah di kalangan mereka ialah kenduri tahlil atau kenduri arwah. Rasulullah dan para sahabat tak pernah pun melakukannya.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP