012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Ewaahhh, berUnifom ...?

>> 28.2.12

Ewaahhh, berUnifom ...?

Lepas zuhur, bersama isteri, ke Pejabat POS
urusan kirim ubat. Kemudian, balik kampung ziarah
ayah dan makcik. Cari dua pokok anak pisang awak
untuk ditanam di SantaiD'Rimba.

4.30 ke SantaiD'Rimba. Kemaskini perdu pokok-pokok
pisang. Isteri sempat tanam dua anak pokok pisang awak
dan dua pokok namnam.

Read more...

Hah haa .... Teh Daun Zaitun

>> 27.2.12

Isnin, pagi, berurusan dengan bank. Tengahari,
memetik daun pokok zaitun untuk dijadikan teh.

Kira-kira jam 3.00 petang, bersama isteri, bergerak ke kebun.
Sampai di sana dah hampir jam 5.00. Cuaca mulai redup. Sesuai
untuk warga emas berkebun.

Mula-mula saya tanam sepokok zaitun yang dibawa khas dari
rumah. Kini, dia tentu gumbira kerana dapat hidup dalam
tanah. Luas, lapang dan bebas.

Pokok zaitun yang ditanam sebentar tadi.

Isteri sempat tanam pokok durian belanda. Nama Belanda tapi
baka tempatan. Kemudian dia tanam pokok pear.

Pokok durian belanda yang ditanam petang tadi.

Kemudian, kami kemaskini beberapa pokok pisang yang
sedang membesar. Jam 6.33, kami bergerak pulang. Insya Allah,
besok atau lusa, akan ke kebun lagi.

Read more...

Hari ini SantaiD'Rimba

>> 26.2.12

Pokok pisang di SantaiD'Rimba hari ini.
Sebahagiannya telah beranak. Insya Allah,
beberapa hari lagi anak-anaknya akan
dipindahkan atau diasingkan.

Read more...

Syiuq perhati gambar ni

>> 24.2.12

Sumber: Google.

Petang tadi dan malam ini asyik perhati gambar
anak ayam kampung sahaja. Cadang nak pelihara ayam
kampung di kebun SantaiD'Rimba. Jika terlaksana
dan berjaya maka, insya Allah, akan tinggalkan
makan ayam segera mulai dalam bulan
Ramadhan nanti.
Reban Pilihan

Read more...

Ayam Kampung Salai

Pagi tadi Dr. Fisol datang ke rumah. Kami borak-borak
santai. Borak ikan salai yang dibeli dari London
dan macam-maca lagi.

Saya terfikir pada ayam kampung salai dan burung
wak-wak salai. Semua itu akan direalisasikan di
SantaiD'Rimba, insya Allah.

Sumber gambar di sini.
Nak makan ke sini.

Read more...

Yang ini pun bagus juga

>> 23.2.12

Pada 17 Februari lepas ada disiarkan gambar
Contoh Banglo Pilihan untuk ayam kampung.

Malam tadi cuba search ke beberapa lokasi baru
maka terjumpa contoh banglo ayam yang lain pula.
Teliti punya teliti, rasanya yang ini pun bagus juga
(gambar bawah).


Read more...

Wow, Mak Wer pun semangat ...?

>> 22.2.12

Wow, Mak Wer pun bersemangat mengemaskini
perdu pokok pisang? Tak minta tolong pun?
Begitulah seronok kerja-kerja kebun.

Read more...

Gambar Pokok Plum

>> 21.2.12

Gambar pokok plum yang ditanam pada 19 Februari
lepas. Insya Allah, lima tahun lagi berbuahlah ia.

Pokok ini disemai dan bertunas pada kedudukan
3.08U dan 101.26T (darjah); dan ditanam pada lokasi
3.31U dan 103.57T (darjah).

Read more...

Anggur Alphonse Lavallee

>> 20.2.12

Semalam, lepas zuhur, balik kampung ziarah ayah
dan makcik. Semasa balik singgah ke SantaiD'Rimba.
Sempat tabur biji benih Ulam Raja. Tak tahu mengagak
tarikh tumbuh. Belum ada pengalaman.

Tadi, lepas zuhur, balik kampung lagi. Alhamdulillah,
ayah dah sembuh dari demam. Batuk pun dah tak ada. Dah
boleh makan seperti biasa.

Semasa balik singgah ke SantaiD'Rimba lagi. Sempat tanam
empat pokok anggur Alphonse Lavallee. (Gambar bawah).
Insya Allah, dalam bulam November nanti mereka berbuah.

Read more...

Gambar 2 Pokok Zaitun

>> 19.2.12

Atas: Dua pokok Zaitun yang ditanam semalam,
18 Februari 2012. Insya Allah, lima tahun lagi mereka
akan berbuah. Hhmmmm, sedaaappppp.

Read more...

SantaiD'Rimba

>> 18.2.12

Acai.

2.30 petang, bersama isteri dan Wah, ke kebun. Kebun ini
dinamakan SantaiD'Rimba. Ganti kepada nama asal Kebun Eksotik.

Isteri tanam pokok-pokok kegemaran dia. Dua pokok petai dan
sepokok rambutan. Saya tak minat rambutan - pokok dan buah.

Wah membaja pokok-pokok pisang. Ini ialah pembajaan kali
ketiga. Semua pokok dia letak baja. Selesai.

Saya sempat tanam sepokok plum, dua pokok zaitun dan sepokok
acai. Pokok acai ini adalah pemberian sahabat saya Dr. Fisol.

Read more...

Contoh Banglo Pilihan

>> 17.2.12

Setelah meneliti dan memikirkan berbagai aspek
maka saya akan pilih contoh seperti di atas sebagai
Banglo Ayam kampung di SantaiD'Rimba, insya Allah.

Selepas buat banglo ayam barulah cari baka jenis
ayam Perancis. Ayam kampung Perancis akan bertelur
selama 11 bulan tanpa henti. Hmmm, berbaloi kan ...

Read more...

Air Raja Buah

>> 16.2.12

Lepas makan tengahari perut rasa tak selesa.
Jam 3.30, berpakat dengan isteri keluar cari dua biji
kelapa matang yang belum tua.

Insya Allah, biasanya air kelapa adalah baik untuk
kesihatan. Tradisi saya ialah sebanyak tiga biji air
kelapa sebagai minuman kesihatan.

Khasiat lain di sini ...

Read more...

Mari makan buah Delima


Atas: Antara cara mengopek buah Delima.
Antara khasiat buah ini ialah ...

Insya Allah, minggu depan menyemai bijinya
untuk tanaman sendiri. Nak cari bangsa
yang best.

Read more...

Cerita Rindu

>> 15.2.12

Kira-kira pukul 2.30 petang rasa rindukan cucu kembar
terlampau-lampau. Macam-macam terfikir. Terfikir mereka
kesunyianlah. Almaklum, mereka hanya dengan ummi sahaja.
Ayah hari-hari gi kerja dari pagi sampai lewat petang.
Terfikir mereka jauh dari keluarga terdekatlah.
Dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, jam 3.30, berpakat dengan isteri dan Wah
pergi ke Bandar Baru Nilai. Jam 5.15 sampai di sana. Waahhh,
barulah lapang fikiran. Jam 7.00, kami bergerak balik ke rumah.
Begitulah cerita rindu adanyaaa ...

Read more...

Banglo Ayam Kampung

>> 14.2.12

Sumber: Google.

Semalam. Seharian google cari gambar contoh reban ayam.
Cadang nak buat reban ayam kampung dalam kebun. Ini satu
dari aktiviti SantaiD'Rimba.

Memang banyak jumpa gambar contoh. Tapi, gambar yang kat
atas tu jadi tumpuan memikirkan yang lain pula. Yang ini
tak sesuai jadi Reban. Ini Banglo Ayam macam Kondo Lembu.
Kalau ayam dalam banglo, bukan kita yang makan ayam tapi
dia yang makan kita.

Read more...

Gambar ini: Perhati, teliti dan fikirkan ...

>> 13.2.12

Sumber: Google.

Perhati, teliti dan fikirkan ...!
Kaitannya dengan SantaiD'Rimba ...?

Wow ... Sah ...

Read more...

Dah subur tapi akan dipindahkan

>> 12.2.12

Pokok janggus dah mulai subur. Namun, terpaksa
diubah ke tempat lain. Sebab, kedudukannya sekarang
akan digunakan untuk tujuan lain.

Insya Allah, seminggu-dua lagi ia dipindahkan
berdekatan dengan pokok putat hijau (putat nasi)
yang baru ditanam semalam.

Read more...

Teh-O-Koboi

>> 11.2.12

Tengahari, ke Sekinchan beli ikan baung liar.
6 ekor seberat 2 kilo lebih. Sekilo rm20.00.

Lepas jama' dan qasar pergi jengok kebun. Sempat
jerang Teh-O-Koboi. Lihat gambar atas.

Read more...

Pokok Pisang dah stabil

>> 10.2.12

Pokok pisang di kebun dah stabil. Insya Allah,
akan ditambah lagi bilangannya mulai akhir Februari
ini hingga menjadi 1,500 pokok. Hmmm, puas laa makan
jantungnya nanti ...

Read more...

Chalet sahabat dah hampir siap

>> 9.2.12

Pagi, jengok kebun sekejap. Nampak semua
ok. Kira-kira sepuluh minit kemudian balik.

Dalam perjalanan balik singgah tengok chalet yang
dibuat oleh sahabat saya Dr. Fisol. Wow, memang hi-
class punya. Lihat gambar kat atas tu.

Untuk mengikuti perkembangan lanjut sila layari:
Pondok Dalam Taman

Read more...

Teringat London dan Kebun

>> 8.2.12

Gambar 5 Februari 2012.

Rabu. Seharian lepak dalam rumah. Berehat dengan tidur.
Tengahari teringat ketika makan di Malaysia Hall, London,
suatu ketika dulu. Lauk daging masak kurma. Hmm, sedaaapp.
SMS isteri minta dia beli daging.

Lepas makan, on komputer dan tengok gambar-gambar kebun
yang diambil pada 5 Februari 2012. Antaranya gambar yang
tertera di atas.

Insya Allah, esok akan ke kebun ....

Read more...

Makanan pun boleh berbau Cairo

>> 6.2.12

Petang tadi bersama isteri ke dapur. Saya
minta tolong dia tanak nasi dan tolong dapatkan
bahan-bahan untuk saya buat lauk.

Dalam kepala saya nak masak resipi lama iaitu semasa
saya di Cairo. Tiada masakan dan resipi lain.

Bila dah masak, kira-kira pukul 6.30, kami pun
makan bersama. Wow, memang berjaya. Rasa lauk tu
betul-betul rasa macam lauk yang saya masak semasa
di Cairo dulu. Bila rasa lauk pun dah macam rasa
di Cairo, berduyun-duyunlah ingatan serta kenangan
lama mendatang.

Alhamdulillah, isteri saya pun makan bertambah.
Kali ni suami tambat isteri dengan masakan.
Kaaahhhhh, kah kah ....

Read more...

Haha, yang ini amat penting ooo

>> 5.2.12

Tengahari tadi balik kampung hantar ubat
untuk ayah. Wow, jalan terlalu sesak.

Singgah sebentar tengok-tengok kebun.
Haha, yang kat atas tu penting ooo.

Read more...

Haha, buat apa tu ...?

>> 4.2.12

Haha, buat apa tu ...?
Siapa tu ...?
Di mana ...?

Read more...

Keluarga Bahagia ...? Cayer ker ...?

>> 3.2.12

Khabarnya keluarga bahagia ...?
Wanita bergembira bersama anak dan dua suami.
Kedua-dua suami mengaku anak berkongsi ?

Kena cari kepala lain untuk berfikir?

Read more...

Video Petang Jumaat


Read more...

Gambar TDR001

>> 2.2.12

Sepatutnya, kawasan yang tertera di atas, sudah
dimajukan sejak 10 tahun yang lalu.

Apa masalah?

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP