Sumber gambar di sini ...
Saya sedang mengkaji perkara-perkara yang berkaitan
dengan yang kat dalam gambar tu. Semoga berjaya.
Read more...
Amat Terharu Melihat Gambar ini.
Amat Menghormati Sikap Sultan ini.
Sungguh Tawadhuk Mereka ini.
Semoga Allah Rahmati mereka.
Sepenuhnya di sini ...
Read more...
Kira-kira pukul 3.30 pagi tadi, secara tiba-tiba perut
saya memulas-mulas sakit. Bangun ke bilik air dan melabur.
Selesai itu, perut masih sakit. Rasa amat luar biasa. Kejutkan
isteri untuk hantarkan saya ke hospital. Saya dah terbaring
kesakitan dan menggigil kesejukan. Beberapa ketika kemudian
sakit mula berkurangan dan rancangan ke hospital dibatalkan.
Tertidur amat nyenyak. Sedar-sedar dah jam 5.57.
10.15, Dr. Fisol datang dan borak-borak mengenai hobi kami
dalam bidang tanam-menanam. Dia juga bawa buah tangan berupa
pucuk janggus dan anak pokok Putat Nasi.
Pukul 2.00 petang, sepatutnya saya, bersama isteri, Farid
dan Wah ke Kuala Kangsar. Tapi, saya masih letih dan terpaksa
berehat di rumah. Malam ini saya ditemani oleh Dzul dan isteri-
nya Nur Hidayah (menantu kami). Ashraf kerja malam.
Nasib baik ramai anak.
Adapun Anis ada tugas di India sejak Khamis.
Khabarnya, akan selesai pada hari Ahad.
Read more...
Jumaat. Rasa badan sudah segar seperti biasa.
Pagi, ke Shah Alam, menemui kawan sekampung yang dah
terpisah lebih dari 40 tahun.
Lepas Jumaat, baharui Cukai Jalan kereta Kembara yang
dah mati sejak 11 bulan yang lalu. Lucunya, insurans
dibuat di Teluk Intan. Di sana boleh 3rd. party.
Sekarang mudah jer. Boleh on-line.
Kemudian, ke kebun. Cadang nak buat sedikit kerja.
Tapi tak larat. Masih letih. Masih terasa kesan-
kesan demam yang belum benar-benar sembuh.
Read more...
Sejak petang Selasa hingga hari ini ialah sessi demam.
Kira-kira jam 3.30 pagi Rabu, kemuncak demam. Memang
demam sungguh. Siang Rabu, demam mula menurun. Hari
ini, Khamis, demam hampir menghilang.
Saya amat bersyukur kepada Allah kerana berikan demam.
Dengannya saya segera bermuhasabah diri, menghargai hal
kesehatan dan kembali mengingat akan mati. Tanpa demam
saya sudah alpa semua itu. Lalai banyak perkara. Malah
tertinggal beberapa kewajipan dan tanggungjawab.
Demam yang Allah berikan hanya seketika berbanding
sehat yang dikurniakan. AlhamduliLLAHI ya Rabb.
Read more...
Tiga hari lepas, sahabat baik saya, Dr. Fisol, hadiahkan
dua keratan batang pokok Munggai. Hari ini tadi saya pun bawalah
ke SantaiD'Rimba. Niat di hati nak jadikan tiga batang dan tanam
di bahagian tepi kebun.
Tapi, sebelum sampai di kebun, badan dah rasa macam demam. Bila
sampai, demam pun semakin kuat. Jadi, saya pun berbaring sahaja.
Tak buat sebarang kerja kebun. Batalkan niat nak tanam keratan
batang Munggai.
Pokok Munggai ...
Read more...
Lepas solat zuhur bersihkan tapak untuk tanam ubi
kayu kuning. Dapat 72 rumpun. Insya Allah akan tambah
lagi pada minggu-minggu akan datang. Besok, nak bersihkan
tapak untuk tanam pokok-pokok sutera (mulberry). Ubi dan
daun sutera perlu banyak sebelum pelihara ayam kampung.
Alang-alang pelihara biarlah dapat daging dan telur
yang benar-benar berkualiti dan berkhasiat.
Read more...
Esok, Isnin. Kerja awal minggu ialah membersih tapak
untuk tanam ubi kayu kuning. Tambahan berganda dari
jumlah yang sudah ditanam. Pucuk-pucuk ubi yang telah
ditanam sudahpun dimanfaatkan. Beberapa jiran, kawan
dan sedara-mara sudah merasainya. Insya Allah, tak
lama lagi semua mereka akan merasai ubinya pula.
Khasiat pucuk ubi kayu ...
Read more...
"Sebaik-baik hidangan ialah Khal. Ya Allah!
Berkatilah pada Khal. Sesungguhnya Khal adalah makanan
para nabi sebelumku; dan janganlah terputus Khal dalam
sesebuah rumah." (Maksud sabda Rasulullah s.a.w.)
Antara khasiatnya ialah:
- Menstabil atau menurunkan kencing manis dan darah tinggi.
- Mencegah asid berlebihan dalam badan dan membuang toksik.
- Merawat gout, buasir, sembelit dan masalah usus.
- Menstabil suhu badan, merawat migrain dan menghalus kulit.
- Menghilangkan kolesterol dan lemak dalam usus.
- Merawat buah pinggang dan saluran jantung.
Cara pengambilan:
Setengah gelas air. Masukkan 1 sudu besar Khal, 1 sudu besar
pati Delima dan madu lebah (kehendak rasa).
Kekerapan pengambilan:
Sekali selepas sarapan dan sekali selepas makan malam.
Insya Allah kita akan mendapat keberkatan.
Sumber gambar: FB Rahsidah Arbain.
Antara tempat membeli di sini ...
Read more...
Khamis. Kami rehat dan riadhah di SantaiD'Rimba.
Malam Jumaat, kami menginap di situ. Lepas maghrib, adik
dan suaminya datang menginap bersama. Lepas solat subuh,
kami lepak dan borak-borak hingga 9.00 pagi. 5.45 petang,
kami bergerak pulang.
Sabtu. Urusan bayar pelbagai bil. Membeli-belah untuk
keluarga. Tengahari tolong isteri masak. Besok, Ahad.
Biras (Mufti Selangor) kenduri kahwinkan anak.
Minggu depan nak buat pouch kat pintu hadapan
rumah. Lepas tu, nak masukkan api. Bila dah ada
api, taklah bising (bunyi generator) masa tidur.
Read more...
Daun Jarjir, diperah atasnya limau nipis, tabur
sedikit garam halus, titiskan sesudu-dua minyak zaitun
dan gaul secara berhati-hati. Kemudian, susun beberapa
hirisan tomato. Wow, ni'mat lagi lazat ooooo...
Sumber gambar ...
Perihal dan Khasiat ...
Read more...
Semalam, seperti biasa, di SantaiD'Rimba.
Idea baru mengenai perkebunan disytemisedkan
atas kertas. Khususnya, mengenai penanaman
pokok-pokok delima.
Sempat menyemai 10 batang keratan
pokok Zaitun:
Read more...
Menanam pohon anggur bukan untuk hiasan, seronok dan
makan buahnya sahaja. Daun anggur, sebenarnya, boleh dijeruk
untuk dijadikan bahan pelbagai jenis masakan. Daun segar
anggur boleh dibuat pembalut ikan atau daging bakar. Malah,
boleh juga dibuat salad dan teh kesihatan.
Lagi khasiat daun anggur di sini dan di sinun
Read more...
10.35 pagi sampai ke kebun. Cuaca redup
dan angin kuat. Semacam ribut. Hujan sebentar.
Kemudian, terus mendung sepanjang hari. Amat seronok.
Tebas rumput guna tajak. Sempurna berpeluh.
Antara kerja lain yang sempat ialah menanam 11 pokok
sutera dan memindah 11 semaian anggur jenama baik
ke dalam beg plastik (lihat gambar bawah).
5.48 petang bergerak pulang.
Read more...
Setelah sembilan hari berehat.
_________
Siapa mengidam nak makan buah pisang muda?
Jantung pisang berangan? Dalam gambar kat atas tu
ialah buah pisang berangan pertama di SantaiD'Rimba.
Barangkali, 500 pokok pisang lain di sekitarnya sedang
meronta-ronta hendak berbuah juga.
Hmmmm, silakan ...!
Read more...
Sumber gambar pear ...
Hari ini Jumaat. Public holiday. Tak ke kebun.
Bersama isteri dan dua cucu pergi ke supermarket. Antara
yang dibeli ialah buah pear barat, jenis Packham.
Tengahari makan masakan Melayu, berulamkan Jarjir, ulam
Arab. Lepas makan, minum jus buah pear. Hahhaa, sodaappp.
Biji buah pear akan disemai untuk tanaman di kebun.
Khasiat buah Pear ...
Read more...
Petang tadi, sahabat baik saya Dr. Fisol datang ke rumah.
Dia bawa buah tangan yang aaaamat berharga. Saya amat gumbira
dengan buah tangan itu. Hahhaaa, dia hadiahkan kepada saya
biji pokok Maman. Saya kira dah lebih 50 tahun tak jumpa
si Maman. Waimma jeruk mahupun gulai atau sayurnya.
Insya Allah, sehari-dua lagi saya akan semai-tanam.
Kemudian, saya akan biakkan.
Gambar Google.
Khasiat Maman ...
Read more...
10.25 pagi sampai tepi laut Peket 100, Sg. Besar.
Tempat orang jual ikan segar dari laut. Wow, ketam besar.
RM15.00 sekilo. Kalau di pasar biasa RM25.00. Fuh, udang.
RM36.00 Sekilo. Kalau di pasar biasa RM85.00. Wow ..!
Lepas beli ketam singgah di kebun. Sempat menyemai benih
beberapa jenis pokok anggur. Antaranya Lavender, Black
Queen, Alphonse La Valle dan Flame.
Buah Anggur Flame.
Read more...
Ibu dan ayahku, rumah orang tuaku dan kereta
kesayangan ayah. Semua tinggal kenangan adanya.
Read more...
Sebenarnya, ada tiga perkara utama yang hendak saya
lakukan di SantaiD'Rimba. Semuanya bersumberkan al-Qur^an.
Insya Allah, ia akan terlaksana dalam masa antara tiga
hingga lima tahun. Persiapan awal sudah dimulakan.
Perkara Utama 1 ialah petunjuk Allah dalam surah
Yaasin, ayat 34 & 35:
وجعلنا فيها جنات من نخيل وأعناب وفجرنا فيها من العيون
ليأكلوا من ثمره وما عملته أيديهم أفلايشكرون
"Dan Kami jadikan pada bumi akan kebun-kebun yang berisi
pokok-pokok kurma dan pohon-pohon anggur dan Kami pancarkan
di sana akan mata air. Supaya mereka makan buah-buahnya dan
apa-apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Tidakkah mereka
bersyukur (kepada Kami)?"
_________
Ayat-ayat mengenai perkara-perkara utama 2 dan utama 3
akan disiarkan kemudian.
Read more...
10.37 pagi, sampai di kebun. Mengubah semaian
anak pokok tin (fig). Sambil buat kerja, fikirkan
kenapa ramai muslim di Malaysia tak tanam pokok-pokok
yang Allah sebut dalam al-Qur^an atau yang Rasulullah
sabdakan. Sedangkan pokok-pokok itu membawa barakah
kepada seluruh keluarga penanamnya. Di samping itu,
semua buah-buahan yang disebut oleh Allah dan Rasul
adalah baik untuk kesihatan badan, kehebatan mental
dan kesetabilan emosional.
Gambar benih pokok Tin (Fig).
Read more...