012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Zaitun (Olive). Ketetapan dari Allah

>> 29.9.13

Pada 16 September, saya khabarkan ada tiga
keratan batang zaitun yang disemai telah bertunas.
Namun, semasa mengemaskini semaian pagi tadi, saya
dapati hanya tinggal dua keratan sahaja yang masih hidup.
Yang satu lagi dah layu; dan yang lain tidak bertunas.
Begitulah ketetapan Allah. Alhamdulillah, saya amat
bersyukur kepadaNYA.

Gambar hari ini.

Read more...

Semoga Berbuah Awal

>> 28.9.13

Minggu ini tak ada cucu yang datang. Jadi, atuk dan
nenek pun pergi berehat di SantaiD'Rimba. Buat kerja-kerja
kesihatan seperti biasa.

Sebelum balik, sempat menyemai 28 keratan cabang pohon
anggur. Insya Allah, dalam minggu kedua dan ketiga akan
rancak bertunas. Dalam minggu keempat dan kelima pula,
insya Allah, akan ada yang berbunga. Hormon untuk
lekat buah sudah siap sedia.

Read more...

Wauuuuu, pahitnyerrr

>> 27.9.13

Hari ini, Jumaat. Lepak di rumah.
Tengahari, jerang akar seruntun sepanjang dua
kaki dengan dua cawan air. Nak cuba minum untuk
tujuan jaga kesihatan. Seumur hidup belum pernah
rasa. Wauuuuu, pahitnyerrr!!!

Read more...

Benih Pohon Anggur

>> 25.9.13

Hari ini, Rabu. Awal pagi, hujan lebat.
Lepak di rumah sambil tarik selimut. Tengahari,
urus insuran kereta Kembara. Cukai
jalan akan berakhir hari Jumaat.

Lepas zuhur, buat keratan cabang pohon anggur.
Dapat 28 keratan (gambar atas). Besok, akan
bawa ke kebun. Semai di sana. Cadang nak
buat sesuatu pada benih anggur ini.

Read more...

Hmmm, tak cukup power

>> 23.9.13

Hari ini, Isnin. Cadang nak ke SDR. Tapi,
tak cukup semangat. Buat kerja PTL pun kurang
khusyuk. Hanya sekadar buat dua cangkukan cabang
pokok zaitun (gambar bawah) sahaja. Mungkin perlu
ubah angin. Ronda di bandar sesekali ...

Read more...

Aik ...? Tak hijau pun ...!

>> 22.9.13

Semalam, Sabtu. Cadang nak berehat.
Tapi, isteri beria-ia ajak ke kebun.

Hari ini, Ahad. Buat sikit-sikit kerja
PTL. Sambil itu, petik daun pokok zaitun
dan buat teh hijau (gambar atas). Hmm,
tak hijau pun? Tapi, tetap best.

Read more...

Aik ...? Minum Air Kuning ...?

>> 20.9.13

Allah jadikan makanan serta minuman
kesihatan tidak terhingga banyaknya. Kalau kita
konsum jenis makanan dan minuman yang berlainan
pada setiap hari sepanjang hidup kita masih belum
habis bilangannya. SubhanALLAH ...!

Dalam gambar di atas ialah air teh Za'faran (Saffron)
yang saya konsum secara gilir hari, minggu atau bulan
dengan air buahan dan sayuran yang lain.

Utamakan khasiat.
Za'faran atau Saffron.

Read more...

Lagi Zaitun dibawa pulang

>> 19.9.13

1.12 tengahari tiba di SantaiD'Rimba.
Aktiviti hanya ditumpukan pada semaian Blackberry,
Raspberry, Gold Kiwi, Cherry dan Zaitun sahaja.

4.20, bergerak pulang sambil membawa sepokok
zaitun (gambar atas) dan tiga batang semaian
yang baru bertunas.

Read more...

Wow ...! Cow ...?

>> 18.9.13

Hari ini Rabu. Pagi tadi buat aktiviti
PTL sahaja. Bila letih, masuk ke dalam rumah dan terus
ke dapur. Jerang Teh Arab dari Yaman. Dicampur pula
dengan halia yang cukup tua. Jerang cara Arab.
Cukup pekat. Minum sambil berblog. Wow!
Alhamdulillah!!!!!

Read more...

Wow ... Anak Zaitun

>> 16.9.13

Jumaat, Sabtu dan Ahad tidak
ke kebun. Banyak urusan lain. Hari ini, Isnin,
sempat ke sana sebentar. Wow, alhamdulillah, semaian
tiga keratan batang zaitun sudah mulai bertunas.
Semoga terus hidup dan stabil. Mudah-mudahan
yang lain juga akan segera bertunas.

Read more...

Zon Cherries N Berries (Edited)

>> 13.9.13


Rabu, 11 September, mula bersihkan tapak baru
yang dinamakan Zon Cherries N Berries. Keluasan,
kira-kira setengah ekar sahaja. Zon ini dijangka
akan mengandungi Sweet Cherry, Tart Cherry, Ground
Cherry, Blueberry, Blackberry dan Raspberry. Ia
akan dikelilingi oleh pokok-pokok Mulberry.
Wow, cita-cita atau impian?

Anak semua jenis Cherries N Berries sudah pun
tersedia. Hanya menunggu masa untuk ditanam.
SubhanaLLAH!!!

Read more...

Selamat Pulang ZaitunKu Sayang

>> 11.9.13


Pokok Zaitun yang dalam gambar kat atas tu telah
ditanam di kebun SantaiD'Rimba. Ramai peminat yang
melamarnya. Ada yang menawarkan ribuan RM jika saya
bersetuju melepaskannya. Wow, sungguh hebat.

Kebelakangan ini ada tanda-tanda yang cik zaitun
mungkin akan dicolek oleh peminat yang tak senonoh.
Akhirnya, saya buat keputusan untuk mencabut cik
zaitun itu, dimasukkan ke dalam pasu dan dibawa
pulang ke PTL di hadapan rumah.

Read more...

Jadual PeHormonan Pokok Cherry

>> 9.9.13

Anak pokok cherry

Isnin. Berehat di SDR (SantaiD'Rimba). Sempat
pindahkan lima anak pokok cherry ke dalam pasu
sederhana besar. Semoga ia hidup subur serta
stabil. Insya Allah, mulai awal Oktober nanti
jadual pehormonan akan bermula. Ia akan
berterusan pada setiap awal bulan hingga
Oktober 2015. Kemudian, ia akan disuntik
dengan hormon buah pula.

Read more...

Hah haa ... Lagi anak Pokok Cherry Merah-Manis

>> 6.9.13

Lagi anak pokok cherry tumbuh di PTL.

Jumaat. Terlalu mendung. Sesekali hujan renyai.
Namun, aktiviti PTL berjalan lancar. Berkebun memang
seronok. Apabila semaian bertunas atau tumbuh seronok.
Ketika menuai hasil tanaman juga seronok.

Pertanian melatih kita bersabar, bertawakkal, pemaaf,
teliti, tekun, tidak gelojoh, sayangkan Allah, etc.
Menurut maksud sebuah sabda Rasulullah: Pertanian adalah
suatu usaha yang boleh mendatangkan banyak pahala. Kerana
ia juga suatu ibadah.

Read more...

Wow ... Kiwi Emas (Gold Kiwi)

>> 5.9.13

Selasa. Di kebun hingga petang.
Bawa tiga anak pohon kiwi emas untuk PTL.
Insya Allah, Jun 2014 akan berbuah.

Read more...

Benih Pokok Tin (Fig) dari Turki

>> 1.9.13

Benih Tin (Fig) dari Turki.

Ahad, awal September 2013. Rehat di rumah.
Kemaskini bahan-bahan pertanian dalam makmal dan buat
pemeriksaan ke atas biji-biji buah tin dari Turki. Mereka akan
dilatih beberapa minggu supaya sesuai hidup dan berbuah
di Malaysia. Kemudian, disemai. Mudah-mudahan mereka akan
tumbuh dalam bulan Januari - Februari 2014.

Semaian kali ini diharap dapat menampung ratusan
tempahan yang telah dibuat dalam tahun 2013.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP