012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Gambar dan Video

>> 31.10.13

7.33 pagi dah mula buat aktiviti PTL.
Dah dua hari tidak berehat ke SantaiD'Rimba.

Memindahkan cambah benih cherry dan epal
ke dalam bekas-bekas berasingan.

Cambah cherry.

Cambah epal.

Read more...

Memang Lawa lagi Cantik (edited)

>> 30.10.13

Kali ini, dengan teknologi terkini, semaian
benih blackberry telah menghasilkan anak pokok
yang sungguh cantik serta sihat.

Seterusnya di sini ...

Read more...

Anak pokok Cherry dan Epal

>> 27.10.13

Hari ini Ahad. Pagi-pagi lagi dah sibuk dengan
pelbagai aktiviti PTL. Antaranya menyemai benih-benih
Blackberry, Raspberry dan Blueberry. Pesanan dan tempahan
dari para peminat semakin banyak. Terfikir juga nak buka
nurseri anak-anak pokok temperate.

Dua-tiga hari lagi nak pindahkan cambah anak benih pokok-
pokok Cherry (Burlat) dan Apple (Granny Smith) ke dalam bekas
yang berasingan. Jika lambat dipindahkan maka cambah itu akan
terkulai layu dan terus mati. Gambar-gambar pagi tadi:

Cambah Cherry.

Cambah Apple.

Read more...

Kebun Blackberry dan Raspberry (edited)

>> 26.10.13

Hari ini, Sabtu, buat kerja-kerja PTL sahaja.
Memindahkan beberapa anak pokok blackberry ke dalam
pasu yang lebih besar. Persiapan yang dibuat pada
24 Oktober kelmarin tidak mencukupi.

Lepas solat Asar tonton beberapa video mengenai
blackberry. Wow, banyak dapat idea. Seronok tengok
ladang. Cadang nak buat kebun? Tak perlu luas?
Setengah ekar? Cukup?




Insya Allah, besok (Ahad), akan menyemai lebih
banyak benih blackberry dan pink raspberry.

Read more...

Wow ... Idea dari video-video nih




Alhamdulillah ... Dapat beberapa idea ...

Read more...

Anak Pokok Blackberry (Updated)

>> 24.10.13

Sesiapa yang meminati anak pokok Blackberry
yang disemai dari biji dan telah membuat tempahan sila
hubungi saya secepat mungkin. Saya tidak akan menghubungi
anda secara email, sms atau panggilan HP.
Tiada penghantaran secara pos.

Khasiat teh Daun Blackberry:
Di sini dan di sana.

Read more...

Kudap sekuntum

>> 23.10.13

Subuh-subuh lagi bawa Anas exam MUET di
Klang. Balik, petik sekuntum bunga matahari yang sudah
layu (gambar atas) untuk dimanfaatkan. Bunga ini
jenis cantik dipandang dan baik dikudap.

Read more...

Rimba Pisang

>> 21.10.13

Isnin, ke kebun. Tiada aktiviti fizikal
dilakukan. Hujan turun dengan lebat. Sebelum
balik sempat tinjau zon rimba pisang. Ia akan
dikemaskini dalam masa terdekat.

Read more...

Tak yakin boleh bertunas

>> 18.10.13

Mulukhiyyah. Gambar hiasan. Google.

Hari ini, Jumaat. Cuti. Aktiviti PTL sahaja.
Pagi, menyemai benih salad, benih pak choy dan
biji mulukhiyyah. Mengenai salad dan pak choy,
saya tak yakin bertunas. Kerana benihnya dah
terbiar lebih dari lima tahun.

Biji mulukhiyyah juga saya tak yakin boleh
bertunas. Kerana, ia sudah tersimpan kira-kira
15 tahun. Namun, kuasa mutlak menghidupkan
dan memberi rezeki adalah milik Allah.

Read more...

Janggus atau Gajus

Petang semalam ke kebun sebentar. Tinjau
keadaan setelah beberapa hari ditinggalkan. Rumput
dah berlumba-lumba melonjak diri. Hmm, biasalah.
Sempat menyemai 11 keratan ranting gajus atau
janggus. Semaian sebelum hari raya sudah pun
bertunas. Empat batang (gambar atas).

Read more...

Pertanian Pelaburan Akhirat

>> 17.10.13

Sebentar lagi nak ke kebun. Dah lama
tidak ke sana. Semak dan samun lah tu.

Pagi tadi, sempat semai selom satu bekas
lagi di depan rumah. Semakin banyak sayuran
dan ulaman maka semakin luaslah peluang untuk
bersedekah.

Read more...

Wow, cepatnya bercambah?

>> 16.10.13

Gambar hiasan. Google.

Wow, biji Jarjir yang disemai petang semalam (raya)
telah bercambah pagi tadi. Maksudnya, tak sampai pun
20 jam selepas disemai dia dah mulai bertunas.

Petang tadi, menyemai bawang besar, sawi hijau dan
bayam (merah dan hijau). Insya Allah, tak lama
lagi akan dapat hasilnya.

Read more...

Tujuh, Tiga Tujuh ... Bilangan Ong

>> 15.10.13

Alhamdulillah, semua anak (tujuh, lelaki), semua
menantu (tiga) dan tujuh cucu (5lelaki dan 2perempuan)
beraya bersama kami hari ini. Kami solat raya bersama
di rumah. Subhanallah!

Read more...

Semaian Tumpang Sebelum Raya

>> 14.10.13

Pagi tadi, sempat buat 36 semaian tumpang
biji terung. Kalau hidup 30 pokok pun dah kira amat OK.
Tempat menumpang ialah tiga buah pasu pohon Kiwi.

Lepas Maghrib (nanti), balik kampung. Ada mesyuarat
dengan ahli surau depan rumah al-marhun emak dan ayah.
Malam nanti (juga), dijangka semua anak-menantu dan
cucu akan sampai di rumah. Insya Allah, kami akan
beraya bersama seluruh keluarga.

Selamat Raya Eidil-Adhha!

Read more...

Hari ni mengidam?

>> 8.10.13

Semalam, lepas zuhur, jenguk kebun beberapa
minit. Tak perlu siram semaian. Baru lepas hujan.

Hari ini merayau ke merata pelusuk pasar besar
Klang (Meru). Cari ikan terubuk. Dah lama sangat
tak rasa. Dah jadi macam mengidam. Cari sana
dan cari sinun, jumpalah tujuh ekor. Wow,
harganya amat mahal. Lebih mahal dari
ikan senangin dan lebih mahal dari
daging lembu segar. Maka belilah
seekor sahaja (gambar atas).
Alhamdulillah!!!

Read more...

Pergola dan Konsep Baru PTL

>> 6.10.13

Gambar hiasan. Google.

Ahad. Wah dan Dzul robohkan pergola usang
depan rumah. Insya Allah, hari Rabu beli kayu;
dan hari Jumaat orang Indon datang buatkan
yang lain tapi simple. Kemudian, boleh
design konsep baru PTL.
Subhanallah walhamdulillah!!!

Read more...

Inna li LLAHI, Zaitunku Mati

>> 5.10.13

Dalam laporan 29 September, ada dua keratan pokok
zaitun yang bertunas dan hidup. Namun, pagi tadi saya
dapati sebatang lagi yang mati. Menurut siatan ilmu
pertanian temperate, sebab kematian ialah lemas
pada bahagian akarnya. Inna li LLAHI ...!

Read more...

Asas Taman Anggur

>> 4.10.13

Semalam, Khamis. Ke SantaiD'Rimba sebentar.
Memantau semaian pokok-pokok temperate, terutama
semaian Blackberry dan Raspberry. Nampak OK.

Bawa pulang tujuh batang benih pohon anggur yang
mulai bertunas. Ia disemai pada 28 September lepas.
Akan dihadiahkan kepada seorang sahabat yang akan
mengasaskan taman pohon anggur di kebunnya.

Semaian benih pohon anggur.

Read more...

Setelah 25 hari berlalu ...

>> 1.10.13

Gambar pagi tadi

Pada 5 September lepas, saya ambil gambar
tiga anak pohon kiwi dan siarkannya dalam blog
ini. Pagi tadi, saya ambil lagi gambar tiga anak
pohon kiwi itu. Tujuannya ialah untuk membuat
beberapa pertimbangan mengenai Pengurusan
Pohon Kiwi di masa akan datang.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP