012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Wow ... Gambar-gambar si Cantik Impian

>> 30.11.13

Hari ini 30 November 2013. Tak lama lagi 2014.
Kalau boleh, pada 2 Januari atau minggu pertama
2014 nak tanam pokok-pokok Blackberry di kebun.
Beberapa minggu berikut, tanam pokok Raspberry
pula. Kemudian, diikuti penanaman pokok Cherry
dan pokok Blueberry. Seterusnya, pokok-pokok
Cranberry. Pokok-pokok ini ditanam pada zon
khusus. Perlu ada jadual penanaman.

Mudah-mudahan, buah-buah seperti dalam gambar
di bawah boleh dipetik di SantaiD'Rimba suatu
masa nanti. Insya Allah ... Aamiin.

Buah Blackberry (Hiasan: Google)

Buah Raspberry (Hiasan: Google)

Buah Cherry (Hiasan: Google)

Buah Blueberry (Hiasan: Google)

Buah Cranberry (Hiasan: Google)

Read more...

Alhamdulillah ...!!!

>> 29.11.13

Hari ini Jumaat. Cadang nak ke kebun. Tapi badan
rasa tak sihat. Masuk dalam bilik dan tidur sepanjang
pagi. Tidak berjumaat hari ini. Uzur syar'iy.

Lepas makan tengahari makan setengah biji buah
nenas. Baik untuk buang air besar kerana demam,
selsema, tekak berkahak dan lain-lain. Ini
petua orang zaman dulu. Alhamdulillah!!!

Khasiat Buah Nenas ...

Read more...

Wow, sedap ooo

>> 27.11.13

Hari ini lepak-lepak di SantaiD'Rimba.
Lepas zuhur, bergerak pulang. Dalam perjalanan,
singgah di jeti. Beli seekor ikan tongkol segar.
Sampai di rumah, ikan dimasak kari lemak dan
digoreng. Dipadankan dengan tumis kacang
botor dan jus cranberry. Sodap oooooo.

Khasiat Ikan Tongkol ...
Khasiat Jus Cranberries ...

Read more...

Pokok Blackberry (Tambahan)

>> 26.11.13

Setelah mengemaskini dengan teliti perancangan
untuk mengadakan zon Pokok Blackberry di kebun maka
di dapati bilangan pokok tersebut melebihi jumlah
yang diperlukan. Oleh itu, sesiapa yang berminat
untuk membeli anak Pokok Blackberry bolehlah
menghubungi saya di 0123635658. Maaf, SMS
tidak sempat dilayan.

Read more...

Menyemai Cranberry

>> 25.11.13

Hari ini Isnin. Isteri beritahu dia kurang sihat.
So, kami batalkan cadangan untuk berehat somewhere.
Tengahari, kami ronda bandar Klang. Yes, shopping.

Lepas solat zuhur, menyemai benih Cranberry. Ini
adalah kali pertama saya menyemai cranberry.
Kalau hidup, cadang nak tanam di kebun.



Khasiat Buah Cranberries ...

Read more...

Projek (Pindaan) 2013

>> 24.11.13

Atas, ialah gambar Anas sedang bersihkan celah-
celah rimba pokok pisang, pada 21 November lepas.
Mulai besok, insya Allah, saya akan sambung kerja
tersebut. Anas akan pergi kolej petang nanti.

Bila dah bersih, saya dan isteri akan tanam
pokok-pokok mulberry. Apabila pokok-pokok itu
dah besar dan stabil maka pokok-pokok pisang yang
sedia ada akan kami lupuskan. Ini merupakan
pindaan dari perancangan awal.

Ikan bakar/kukus dibalut jeruk daun mulberry.
Memang sodap oooo.

Read more...

Gambar Sulit?

>> 22.11.13

Hari ini Jumaat. Penghulu segala hari.
Isteri bawa Anas shoping. Besok Anas exam MUET.
Lusa, dia ke kolej. Isnin, sem bermula. Semester
terakhir yang menentukan ke mana dia akan sambung
belajar. Semoga dia menjadi anak yang soleh.

Lepas subuh tadi saya sempat kemaskini PTL depan
rumah. Susun enam pasu pokok gold kiwi. Atur
pasu-pasu anak pokok cherry, raspberry dan
blackberry. Ambil gambar (kat atas tu).
Sepatutnya ini gambar sulit?

Read more...

Menyemai keratan

>> 21.11.13

Hari ini ke SantaiD'Rimba sekejap.
Ronda ke beberapa sudut kebun. Akhirnya, menyemai
sebelas batang keratan pokok tin. Insya Allah,
minggu depan akan bertunas.

Khasiat Buah Tin ...

Read more...

Tengok yang di atas, terbayang yang di bawah

>> 20.11.13

Hari ini, kemaskini cambah semaian Raspberry.
Memang yakin dah stabil (gambar di atas). Mudah-mudahan
lewat tahun 2015, pokok-pokok di SantaiD'Rimba akan
berbuah (macam gambar di bawah).

Gambar hiasan. Google.

Khasiat Raspberry ...

Read more...

DiAnakTirikan

>> 19.11.13

Sebelum ini, saya hanya menanam sepohon sahaja
pokok Tart Cherry di kebun. Tetapi, setelah mendapat
maklum mengenai khasiat buahnya maka saya akan
menanamnya beberapa pohon lagi sesuai dengan
keperluan keluarga.

Khasiat Tart Cherry ...

Read more...

Video ini juga membantu (edited)

>> 17.11.13

Pagi tadi, buat aktiviti PTL. Tumpuan kepada
anak pokok blackberry dan raspberry. Tengahari,
beli lima buah pasu plastik besar. Sebuah daripadanya
untuk seorang peminat pokok blackberry yang tinggal
di sebuah kondo. Dia minta saya pindahkan sepohon
anak pokok blackberry ke dalam pasu tersebut.

Blackberry dalam pasu sebesar ini tahan selama
kira-kira sembilan tahun sebelum ia diremajakan.


Idea peminat itu (katanya) berpunca dari
dua buah video berikut:



Read more...

Persiapan untuk Zon Blackberry (edited)

>> 16.11.13

Mulai 7.40 pagi, buat aktiviti PTL. Kemaskini
anak pokok blackberry sebagai persiapan untuk Zon
Blackberry di SantaiD'Rimba. Dalam perancangan,
blackberry akan ditanam dalam minggu pertama
bulan Januari 2014. Raspberry akan ditanam
beberapa minggu berikut. Kemudian, pokok
blueberry akan menyusul. Tapak yang
akan dimajukan kira-kira seluas
setengah ekar sahaja.


Read more...

Cuti dan Rehat

>> 15.11.13


Hari ini, bersama isteri dan Anas, bercuti
dan berehat di SantaiD'Rimba. Macam-macam idea
baru diperolehi. Best. Sempat juga buat aktiviti
ringan. Antaranya, mengemaskini dua anak
pokok plum yang sudah terbiar.

Read more...

Ta Ganang Wayah Ba Irik Ba Ahui

>> 14.11.13

Semasa menonton video dan mendengar lagu ini
terkenang saya akan suasana di kampung kira-kira
60 tahun dahulu. Suasana yang amat sukar untuk
diceritakan; dan tidak mungkin berulang.


Maaf, inilah bahasa Banjar.

Read more...

Baki anak pokok Blackberry (edited)

>> 13.11.13

Hingga tajuk ini ditulis, masih ada (baki) lima anak
pokok Blackberry yang belum diambil oleh mereka yang
membuat tempahan. Justeru, saya tawarkan kepada
sesiapa sahaja yang berminat sekalipun tanpa
membuat tempahan. Sila hubungi saya.
Maaf, SMS tidak dapat dilayan.

Produk bulan Ogos = (Berbaki) Sepokok.

Produk bulan September = (Berbaki) Tiga pokok.

Produk bulan Oktober = (Berbaki) Sepokok.

Read more...

Memang Rimba

>> 12.11.13

9.04 pagi bergerak ke SantaiD'Rimba.
Keadaan sekeliling mendung dan dingin. Keliling
rumah memang semak macam rimba. Tapi, semua itu
adalah tanaman sendiri. Ada pokok kacang botor,
pokok terung, pokok sutera, pokok janggus,
dan lain-lain.

Read more...

Berulam nasi

>> 10.11.13

9.49 pagi bergerak ke SantaiD'Rimba. Sebelum
berehat, sempat baik-pulih beberapa anak pokok
yang terbiar sejak beberapa bulan lalu. Ada anak pokok
Packham Pear, Tart Cherry, Sweet Cherry, Fig dan
lain-lain. Sebahagiannya dalam gambar:


Tengahari, makan buah kacang botor (17 keping)
berulam sedikit nasi. Hhmmm, ok jer. Kenyang macam
biasa. Alhamdulillah ...

Read more...

Anak siapaaaalah ni ...?

Anak siapaaaalah ni ...?
Sungguh bertuah si ibu dan bapanya.
Semoga menjadi anak yang soleh, amiin.

Sumber di sini ...

Read more...

Mabuk ulaman sendiri

>> 9.11.13

Hari Khamis, makan ulam jantung pisang
dan kacang botor muda. Kerup-kerup rapuh.
Semalam, Jumaat, makan ulam daun selom dan
jeruk buah zaitun. Sungguh lazat rezeki
yang dianugerah oleh Allah.

Hari ini, hanya berulam daun bawang sahaja.
Secekak daun bawang hanya untuk seorang diri.
Semua ulam, kecuali jeruk buah zaitun, adalah
tanaman sendiri, di SDR atau di PTL.

Read more...

Sah, tambah lagi satu. Sungguh happy (updated)

>> 8.11.13

Hari ini Jumaat. Alhamdulillah, sah tambah
lagi sepohon pokok zaitun dalam koleksi PTL.
Ia hasil dari cangkuk pada 23 September yang lalu;
dan disedari berakar pada 27 Oktober baru-baru ini.
Beberapa cangkukan lagi sedang dipantau.

Alhamdulillah. Sungguh happy ...

Read more...

100% hidup stabil (edited)

>> 7.11.13

Benih Granny Smith Apple yang disemai,
100% bercambah, 100% hidup dan 100% stabil. Teknologi
penyemaian yang terkini untuk epal juga telah berjaya
seperti teknologi penyemaian sweet cherry dan
blackberry. Namun, teknologi segera berbuah
bagi pokok-pokok ini belum diuji.
Bahan-bahan sudah disediakan.

Read more...

Pokok Cherry pun berUban...?

>> 5.11.13

Sempena menyambut tahun baru hijriyyah
beberapa benih pokok yang disemai bercambah.
Antaranya, benih sweet cherry. Yang anihnya ada
tiga cambah yang berdaun putih dan bukan hijau.
Dua daun yang awal berwarna putih kekuningan
dan yang seterusnya (kini enam helai daun)
adalah putih sepenuhnya.

Read more...

Persiapan Pertanian Tahun 1435 Hijriyyah

>> 2.11.13

Sempena tahun 1435 Hijriyyah, beberapa program,
perubahan dan pembaikan pertanian di SantaiD'Rimba
dan PTL akan dilakukan. Sebagai persediaan awal, saya
telah membeli dua bungkus Sphagnum Moss dari New Zealand
dan satu beg Peat Moss dari Holland sebentar tadi.

Peat Moss dari Holland. RM42.00

Sphagnum Moss dari New Zealand. RM29.90 sebungkus.

Read more...

Anas pun dah pandai

>> 1.11.13

Anas pun dah pandai potong rumput
dengan mesin. Dia mulai rasa bagaimana kerja
pemotong rumput dan pekebun.

Kemudian, dia jumpa sarang dan telur puyuh
di bawah pokok kacang botor:

Read more...

Pertanian Kesihatan itu Zikir

Lepas solat Subuh terus buat aktiviti PTL.
Mengubah pokok-pokok parsley dari bekas semaian
ke dalam bekas-bekas berasingan. Pemindahan ini,
sepatutnya, telah dibuat kira-kira 50 hari lepas.

Lepas sarapan nanti, nak berehat ke SantaiD'Rimba
bersama isteri dan anak bungsu, Anas. Lepas berJumaat
nak balik kampung cari Pegaga Nyonya. Di kebun, hanya
pegaga tradisional sahaja.

Khasiat Parsley ....

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP