012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Tanaman termudah

>> 28.12.13

Hari ini Sabtu. Pergi kenduri di rumah adik
di suatu felda. Jumpa kawan-kawan lama, semasa
sekolah Melayu di kampung.

Besok, insya Allah, pergi kenduri di rumah ipar.
Dia kahwinkan anak. Sebelah petang, cadang,
nak singgah di kebun. Tinjau persiapan akhir
untuk tanam pokok-pokok blackberry dalam
minggu pertama Januari 2014.

Kalau sempat nak tanam beberapa rumpun serai
sebagai persediaan untuk orang Melayu menyambut
raya puasa dan raya haji.

Read more...

Alhamdulillah, dapat juga Kangkang Kera

>> 27.12.13

Pagi lagi dah sampai di Sekinchan. Cadang nak sarapan
kali kedua di sana. Tapi, di warung itu terlalalu ramai
pelanggan. Tak ada meja kosong. Yang sedang berdiri
menunggu giliran pun ada.

Di SDR, seperti biasa. Langkah pertama memantau
semaian pokok anggur, pokok epal dan pokok-pokok
lain. Kelihatan semua OK, kecuali anak pokok
kunyit diserang oleh ulat. Marah? Tidak!!!
Kalau marah dapat dosa. Pahala melepas.

Selepas Jumaat, potong rumput dengan mesin.
Dah lama tak guna mesin. Wow, bergoncang seluruh
badan. Kalau tulang-belulang tu guna skru maka,
mungkin, ada yang dah gugur.

Bila dapat keluasan kira-kira 10x20 kaki saya
terus berhenti. Cukuplah dapat sekangkang-kera
(maaf). Warga emas tak boleh ghairah.

Read more...

Tulang pun dah naik

>> 24.12.13

Hari ini Selasa. Hujan lebat sejak Subuh. Batal
program ke SDR. 10.00 pagi ke pasar besar Klang.
Biasalah, setiap minggu cari tulang dan daging
lembu kampung yang segar. Kalau tak silap,
ini adalah minggu keempat tulang lembu
dah naik harga. Daging batang pinang
kini dah RM30/kg dan tulang biasa
RM24/kg. Tulang rusuk RM26/kg.
Yang impot belum naik harga.

Read more...

Pokok Blackberry untuk dijual

>> 22.12.13

Hari ini Ahad. Pagi-pagi sudah berada di PTL.
Ketika menghitung dengan teliti jumlah anak-anak
pokok Blackberry yang hendak ditanam di SDR, maka
saya dapati jumlahnya melebihi dari bilangan
yang dirancang. Justeru, sesiapa yang ingin
membeli pokok tersebut, sila hubungi saya
di HP secara langsung. SMS tidak sempat
dilayan. Jumlah pokok adalah terhad.

Read more...

Perjalanan Matahari-Jadual Pertanian?

>> 21.12.13

Besok, 22 Disember 2013, matahari bergerak naik
dari paling-selatan ke arah utara. Akan sampai ke
khattul-istiwak pada petang 20 Mac 2014. Akan sampai
ke paling-utara pada pagi 21 Jun 2014. Kemudian,
ia akan bergerak ke arah selatan semula. Akan
sampai semula di khattul-istiwak pada pagi
23 September 2014. Akhir sekali sampai
ke paling-selatan pada petang hari
21 Disember 2014.

Perjalanan Matahari ini adalah panduan asas bagi
sesiapa yang ingin membuat jadual pertanian yang
seronok lagi selesa. Anda percaya?

Read more...

Celoteh Sabtu

Hari ini Sabtu. Pagi-pagi lagi dah berada di PTL.
Kemaskini pokok-pokok dan mempasukan beberapa anak
pokok blackberry. Jam 11.00 mempasukan anak-anak
pokok tiin (figs) (dalam gambar atas).

Read more...

Terpaksa dilupuskan

>> 18.12.13

Pokok-pokok yang mula akan dilupuskan.

9.48 pagi bergerak ke SDR. 5.08 petang bergerak
balik. Semasa di sana, banyak aktiviti dilakukan.
Hari ini cuaca dan udara sungguh nyaman.

Ada beberapa penyesuaian projek sempena tahun
2014 ini. Pokok-pokok pisang berangan yang mengisi
keluasan satu ekar akan dilupuskan. Bermula dari
arah belakang tanah secara berperingkat.

Read more...

Terkenang semasa duluuuu ... Kaahhh, kah kah (Edited)

>> 17.12.13

Hari ini Selasa. Cadang nak aktif di PTL.
Tapi, sepupu datang ke rumah dan minta suatu
pertolongan. Kira-kira jam 3.00 selesai
urusan berkenaan. Letih dan tidur.

Petang, mutalaah gambar-gambar lama
yang berkaitan dengan pertanian. Tertarik
pada gambar yang kat atas tu. Gambar semasa
aktif buat penyelidikan di kebun, Jeram. Kini,
kebun itu sudah dijual dan topi pula sudah
ghuyub entah ke mana?. Topi ini pernah
sampai ke Tokyo.

Read more...

Pelbagai Jenis Anggur

>> 16.12.13

Isnin, 10.32 pagi sampai di kebun. Kali pertama
Ashraf ikut kami ke sana. Dia belajar potong rumput
guna mesin. Saya, seperti biasa buat kerja-kerja
remeh. Sempat kemaskini beberapa pokok kunyit
yang dah lama terbiar (gambar atas).

Lepas zuhur menyemai 81 benih pohon anggur
berbagai jenis (gambar bawah). Insya Allah,
zon pelbagai pohon anggur akan diwujudkan.

Read more...

Berehat di kebun anggur

>> 14.12.13

Hari ini, Sabtu. Cadang nak semai pohon anggur
jenis Crimson Seedless. Tapi, terpaksa dibatalkan.
Buat beberapa benih anggur jenis lain pula.

Benih anggur Crimson, Lavender dan Alphonse.

Read more...

Geram pada gambar-gambar ini

>> 13.12.13

Semalam, menyemai 10 benih pokok anggur Flame
Seedless (Atas. Gambar Google).

Besok, Sabtu. Cadang nak menyemai 10 benih pokok
anggur Crimson Seedless pula (Bawah. Gambar Google).

Read more...

Pokok-pokok ini mula dijinakkan...?

>> 12.12.13


Hari ini ke SantaiD'Rimba lagi. Sempat tanam
tiga pohon pokok tin (figs) dan menyemai 10
benih pohon anggur jenis Flame Seedless.

Gambar atas ialah tiga pasu pokok Ground Cherry
yang telah dijinakkan dalam pasu. Insya Allah,
pokok-pokok ini akan dimajukan di SDR.

Khasiat Ground Cherries ...

Read more...

Maaf ... Pokok Acai

>> 11.12.13

10.06 pagi ke SantaiD'rimba. Di sana, lepak dan
baring-baring sekejap. Terfikir nak bermalam di situ.
Tapi, perancangan belum rapi dan objektif tidak
kemas. Tangguh dulu. OK.

Sebelum bergerak pulang sempat bersihkan
kawasan perdu sepohon pokok acai. Kesiaaannn, dah
lama terbiar. Yang sepohon lagi akan dilayan dalam
minggu hadapan. Insya Allah, akan dibaja juga.

Khasiat Acaiberry ...

Read more...

Sepatutnya, ini gambar-gambar sulit

>> 10.12.13

Hari ini kemaskini kawasan PTL. Bila kemas,
semangat bertani semakin tinggi dan berkobar.

Kawasan PTL ialah 9 kaki, kali 12 kaki sahaja.
Kawasan ini boleh menempatkan lebih dari 100 buah
pasu atau bekas. Mereka disusun rapat, ditumpangtindih,
dilapis, dipara dan digantung. Sistem begini pernah
menghasilkan pendapatan purata hingga RM9,000
bagi setiap bulan. Bergantung kepada jenis
tanaman yang dihasilkan. Tak caya?

Pemandangan dari sudut lain.

Read more...

Menunggu si halus kecil membesar

>> 9.12.13

Atas: Gambar cambah benih pokok Raspberry
pada 07 Dis. 2013. Ia terlalu halus lagi amat lemah.
Insya Allah, dengan kesabaran dan keyakinan kita,
ia akan membesar, hidup stabil dan mengeluarkan
buah yang enak lagi berkhasiat.

Read more...

Tart Cherry

>> 6.12.13

11.10 pagi, saya dan isteri ke SantaiD'Rimba.
Dua cucu kembar ikut. Saya hanya meronda ke lokasi
semaian. Satu semaian nipah darat dah kojol. Yang
satu lagi memang ok sangat. Semaian pokok tin pun,
alhamdulillah, semua dah bertunas. Anak pokok
tart cherry dah stabil. Minggu depan boleh
pindahkan ke atas tanah.

Read more...

Antara buah Mulberry dengan buah Blackberry

>> 5.12.13

Beberapa peminat pokok temperate yang menghubungi
saya terkeliru antara Mulberry dengan Blackberry. Ada
yang menganggap blackberry itu mulberry dan ada juga
yang menganggap sebaliknya. Malah ada pula yang
mengatakan rupa paras buah kedua-duanya adalah
sama sahaja. Cuba teliti:

Buah Mulberry (Hiasan: Google)

Buah Blackberry (Hiasan: Google)

Read more...

Wow. Syukur Alhamdulillah. Alhamdulillaahhhh ....

>> 4.12.13

Semalam, pagi. Ronda-ronda depan rumah. Ternampak,
satu cabang pokok zaitun dah berakar. Alhamdulillah. Syukuurrr.
Semalam, petang. Ronda-ronda depan rumah lagi. Ternampak,
satu lagi cabang pokok zaitun berakar. Alhamdulillah yang
teramat-amat. Bukan sepokok tetapi dua pokok anak zaitun
yang dikurniakan oleh Allah (gambar kat bawah tuuu).

Sebelum dipasukan.

Setelah dipasukan.

Read more...

Gumbira Dapat Satu Lagi Anak ...

>> 3.12.13

Hari Jumaat, demam. Hari Sabtu pagi dah sembuh.
Petang Sabtu demam semula. Ahad, terus demam. Hari
Isnin masih demam. Hari ini Selasa, mulai kebah.
Ronda-ronda depan rumah ternampak satu cabang
pokok zaitun dah berakar. Wow, alhamdulillah,
gumbira dapat satu lagi anak pokok zaitun
(gambar kat bawah tu).

Sebelum dipasukan.

Setelah dipasukan.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP