012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Anak pokok tin (fig) stabil

>> 28.2.14

Anak pokok tin (fig) yang dipasukan
dua hari lepas kelihatan stabil. Alhamdulillah!

Read more...

Video: Antara Kegunaan Daun Raspberry

>> 26.2.14




Selamat menonton dan selamat mencuba ...

Read more...

Zon Jeruk Daun Anggur

>> 24.2.14




Minggu ini nak cari siapa sanggup bersihkan
suatu kawasan di SDR. Kawasan itu nanti akan
menjadi suatu zon pohon anggur yang berdaun
lebar untuk produk Jeruk Daun Anggur.

Read more...

Sebelas Tahun berlalu: Gambar dan berita (Updated)

>> 23.2.14

Pagi di PTL. Tengahari menjelajah maya dan tiba-tiba
terjumpa gambar lama yang disiarkan oleh seorang kawan.
Dia masih aktif dengan pohon-pohon anggur. Khabarnya,
dia mengumpul lebih dari 14 jenis anggur.
Insya Allah, saya akan aktif semula.

Read more...

Sarapan Berat

>> 20.2.14

Atas: Untuk kami suami-isteri.

Lepas solat subuh, ke PTL. 8.15 bersiap untuk
sarapan. Sekeping roti Arab baladi, cheese masin
serta buah zaitun hijau dan hitam yang dijeruk.
Kopi-O kau dan sebutir kurma madjul sebagai
pencuci mulut. Alhamdulillah.
Tengahari, ke SDR.

Read more...

Petua Malam ini

>> 19.2.14

Petua malam ini
di sini ...

Read more...

Nak kenal Jantan atau Betina

>> 18.2.14

Hari ini di PTL. Banyak tugasan di situ.
Kerja mula ialah prun dua pokok gold kiwi
(gambar). Empat-lima minggu lagi tahulah
jantan atau betina pokok-pokok itu. Kalau
kedua-dua jantan atau semua betina maka
pokok-pokok itu sekadar berbunga sahaja
dan tidak mengeluar buah. Namun, semua
akan dijadikan pohon induk di PTL.

Read more...

Menggali Rezeki

>> 17.2.14

Isteri menggali rezeki hari ini.

Allah itu Maha Kaya dan Maha Pemurah. DIA letakkan
rezeki untuk kita di merata tempat dan tidak terhingga
banyaknya. Di udara, banyak burung. Tembak sekali dapat
beberapa ekor. Dalam kolam, banyak ikan. Tebar jala dapat
berpuluh ekor sepat, puyu dan haruan. Dalam tanah, juga
ada rezeki. Cabut sepokok ubi kayu dapat tiga-empat
kilo. Itu baru rezeki yang kasar-kasar dan biasa.
Dalam dada kita ada rezeki. Dalam kepala pun
ada rezeki. Air liur dan suara pun boleh
jadi rezeki. Subhanallah!!!

Read more...

Selera petang ini

>> 16.2.14

Sumber gambar...

Lepas solat maghrib, makan malam seorang diri.
Nasi putih, lauk ikan keli kering buatan sendiri,
dicicah air asam jawa dan ulam bawang besar
segar. Sungguh sedap dan amat lazat. Ini
adalah ni'mat dari Allah. Subhanallah!

Besok, insya Allah, nak cari ikan sepat atau
ikan haruan kampung. Sebahagian nak dikeringkan
dan sebahagian lagi nak dimasak dengan cuka
kurma dan pati delima. Best ooooo.

Read more...

Zaitun 2014 BerGambar Ramai

>> 14.2.14

Hari ini Jumaat. Selepas solat subuh segera ke PTL.
Setelah meneliti persekitaran terus mengumpul semua
pokok zaitun generasi 2014 (kini 7 pokok; gambar atas).
Tujuan, melakukan pemeriksaan menyeluruh kesihatan dan
pertumbuhan mereka serta menyediakan rekod berasingan
mulai hari ini. Suntikan pertama hormon dilakukan
dalam minggu hadapan, insya Allah.

Read more...

SubhanALLAH, MasyaALLAH wal hamduliLLAH ...!

>> 9.2.14

Hari ini Ahad. Selepas solat subuh terus aktif di
PTL. Rehat-rehat, fikir-fikir sambil bersyukur kepada
Allah. Kemudian, mengubah sebatang lagi anak Pokok
Zaitun ke dalam pasu (lihat gambar di atas). Ini
ialah anak Pokok Zaitun ke-7 dalam tahun 2014.
SubhanALLAH, MasyaALLAH wal hamduliLLAH!!!

Read more...

SubhaanALLAH ... Anak Zaitun keEnam 2014

>> 7.2.14

Hari ini Jumaat. Lepas solat subuh terus ke
PTL. Rehat-rehat, fikir-fikir sambil bersyukur
kepada Allah. Kemudian, mengubah sebatang lagi
anak Pokok Zaitun (gambar). Ini ialah anak
Pokok Zaitun ke-6 dalam tahun 2014.
Alhamdulillahil-Ghaniyir-Razzaq.

Read more...

Lagi Anak Pokok Blackberry untuk dijual

>> 5.2.14

Lagi anak pokok Blackberry untuk dijual kepada
para peminat. Jumlah pokok terhad. Hubungi terus
melalaui HP. Tiada sistem SMS dan tiada khidmat
melalui pejabat pos. Biasanya, lokasi serahan
di Stesyen Bas Klang Sentral, depan Masjid
Pekan Meru atau depan Masjid Pekan Kapar.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP