Lepas Juma'at, balik kampung. Terus ke
SK Parit 9. Melihat pokok tin yang mulai
berbuah (gambar atas). Rekod umumnya
sebagai berikut:
- Menyemai biji dalam bulan April 2014.
- Tanam di SK dalam bulan Ogos 2014.
- Mulai berbuah dalam bulan November 2014.
Subhan ALLAH!
Read more...
Juma'at, pagi. Pantau pokok-pokok
di PTL. Ubah 10 anak pokok kiwi emas
untuk dijual kepada para peminat
minggu ini.
Read more...
Semalam, Rabu. Bawa dua cucu ke SDR. Tak lama
di sana. Kira-kira setengah jam sahaja. Kemudiam,
bawa mereka balik kampung. Lama juga saya merenung
kawasan ini (gambar). Wow, dah dapat idea?
Read more...
Terjumpa gambar purba. Gambar Kereta dan Rusa
yang di rakam oleh seorang sahabat. Saya, isteri
dan tiga anak berada dalam kereta itu. Kalau tak
silap, gambar ini dirakam dalam tahun 1984 di
sebuah zoo di Birmingham, England.
Setelah tengok gambar ini saya terus terfikir nak
ronda kedai-kedai kereta terpakai, purba dan murah.
Kalau sesuai, van yang boleh dijadikan kenderaan dan
tempat bermalam. Boleh ronda Semenanjung beberapa
minggu dengan visi tertentu.
Read more...
Sumber gambar: Google.
Sabtu, pagi. Ronda di pasar besar. Ada
tulang lembu segar. Balik di rumah, lepak.
Tiba-tiba, terfikir daun sirih. In sya Allah,
minggu depan nak semai banyak-banyak
pokok ini. Antara khasiatnya ...
Read more...
Hari ini Juma'at. Pagi, di PTL sebagai doktor
kepada tumbuhan eksotik. Buat pemeriksaan menyeluruh
ke atas dua pokok zaitun (gambar atas); dan merancang
kesihatan mereka.
Selepas solat Jum'at, in sya Allah, akan ke SDR.
Meninjau suasana dan kesesuaian aktiviti riayadhah
dan pertanian untuk minggu hadapan. Semoga
semua bermanfaat.
Read more...
Pagi tadi ke SDR. Nak semai benih-benih
ulam dan sayur. Sampai di sana, semangat
menurun. Tak cukup power. Semua benih
ulam dan sayur tertinggal di rumah.
Semasa nak pulang sempat cekau anak-anak
pokok tin, pokok epal, pokok kiwi, ulam
kacang botor, cili tomyam, pegaga,
sambung nyawa (gambar) dan
pucuk janggus.
Read more...
Pagi di PTL. Kemaskini anak pokok kiwi
kuning. Dah ada yang tempah. Khabarnya,
nak datang kolek pukul 11.00 tengahari.
Namun, saya kurang yakin dengan janji
sebahagian orang Melayu. Cara saya,
tak datang kolek, terus melepas.
Read more...
Lepas sarapan aktif di PTL.
Mula-mula kemaskini pohon anggur;
kemudian tanam pohon gold kiwi
ke dalam lapan pasu.
Read more...
Alhamdulillah, semaian pokok anggur untuk
projek membuat daun teh dan daun jeruk mulai
menunjuk kemajuan yang pesat.
Selanjutnya ...
Read more...
Suatu Khazanah di SDR.
Read more...