Rabu, pagi lagi dah macam pagi semalam.
Berada di pejabat pos. Kirim biji benih
zaitun kepada kawan-kawan. Dah suatu kerja
pulak. Masa balik, beli beg baru untuk ke
SDR mulai 3 Januari 2015. Beg lama dah
kira lupus. Banyak sangat tampalan dan
jahitan. Almaklum beg purba.
Read more...
Hari ini Ahad. Lepas kenduri di rumah ipar
saya ke SDR. Sayang, hujan amat lebat. Beberapa
minit kemudian, saya beredar pulang. Besok atau
lusa akan ke sana lagi.
(Gambar laluan ke Pondok SDR).
Read more...
Pagi ini cucu kembar kami mulai ke
Sek. Keb. Program suai-kenal. Semoga
menjadi insan yang beragama dan soleh.
Aamiin yaa Rabbal-'aalamiin!
Read more...
Alhamdulillah, pada 20 Disember 2014
kami dapat seorang lagi anak (menantu)
perempuan dari Melaka. Kini, kamai dah
dapat dua anak (menantu) perempuan dari
Kelantan dan dua anak (menantu) perempuan
dari Melaka. Akan datang dari ....
Read more...
Semalam petang hujan lebat. Petang ini
hujan renyai-renyai. Terasa lapar. Ngidam nak
makan macam-macam. Teringat ubi kayu rebus
dengan ikan belanak WADI (sepupu pekasam).
Read more...
AlhamduliLLAH, biji benih yg saya pesan dari
Canada sudah sampai. Menurut renungan ahli tafsir,
pokok ini yang terbaik ialah dari semaian biji.
Hidupnya tahan lama, pelbagai produk darinya
amat berkualiti. Namun, inilah benih yang
paling rumit untuk hidup. Mana-mana
muslim/ah yang memilikki pokok ini
mendapat barokah dalam hidupnya,
in sya Allah.
Read more...
Semalam, Isnin, 15 Dis. 2014.
Jam 11.08 hingga 1.36 berada di
ladang kambing Pak Faisal Ks. Belajar
banyak mengenai kambing dari beliau.
Kali pertama saya tengok kambing Shami.
Khabarnya, ia ada kaitan keturunan dengan
kambing di zaman para nabi. Malam tadi
terbayang senyuman mereka.
Read more...
PTL = Pertanian Tanpa Ladang
@ CG = Container Gardening.
Read more...
Jumaat, pagi di PTL. Cabut pokok-pokok
anggur yang dalam pasu untuk dipindah ke
SDR petang nanti. Kalau sempat, tanam semula
di sana. Jika tak sempat, lupuskan sahaja. Tempat
mereka di PTL diganti dengan 22 anak pokok Gold
Kiwi. Pokok-pokok Kiwi yang lepas-lepas tu
dah habis terjual. Ramai juga peminat
pokok-pokok kiwi ni...
Read more...
Hari ini cuti. Berehat di PTL sahaja.
Boleh sarapan berat. Roti Arab, jabnah
masin, 2 jenis zaitun jeruk dan
teh-o-kaw. AlhamduliLLAHI.
Read more...
Gambar Google
Selasa, subuh. Lepas solat, mulai gerimis.
Kemudian, terus melebat. Kensel jadual ke SDR.
Kensel semua jadual asal. Buat Jadual baru.
Menu utama, bantal oooo bantal.
Read more...
Ahad, pagi. Di PTL. Kemaskini pokok-
pokok Gold Kiwi (antaranya: gambar kat
atas). In sya Allah, dlm bulan Sept. -
Okt. 2015 mereka akan berbuah.
Nyam nyam nyam ...
Jam 11.00 - 4.00 banyak
jemputan kenduri ...
Read more...
Gambar Google
Minggu lepas makan daging landak
dan daging kijang. Minggu sebelum,
daging rusa dan burung wak-wak.
Minggu ini? Belum pasti.
Tengok menu dulu.
Selera Rimba ..
Read more...
Pagi, kemaskini anak-anak pokok Blackberry
di PTL. Tengahari, melawat jiran yang sakit
di hospital Klang. Petang, baring-baring
dan terus terlelap. Besok pagi, sambung
kemaskini anak-anak pokok kiwi pula.
Wow, syioq sendiri.
Read more...
Tadi ke SDR sekejap. Kira-kira dua jam
sahaja. Sebelum balik sempat petik pucuk
janggus, cili, pucuk ubi dan buah mulberry.
Sebelum itu mengubah anak pokok tin, kiwi,
terung dan ubi bemban (gambar).
Antara khasiat ubi bemban ...
Read more...