Doa Berkebun:
فلينظر الانسان ٳلى طعامه
ٲنا صببنا الماء صبا
ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم
آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم
آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)
Pokok Kurma
>> 23.12.15
Semalam di SDR buat persiapan menyemai
pokok delima. Hari ini sambung kemaskini
bonsai pokok-pokok kurma. Dua-tiga menjak
ni bertambah ramai peminatnya.
Delima
>> 21.12.15
ini ialah pokok delima madu. In syaa Allah,
besok akan ke SDR buat lebih banyak semaian.
Allah menyebut pokok ini sebanyak tiga kali
dalam al-Quran. Ayat-ayat 99, 141 al-an'am dan
68 al-rahman.
Bonsai Pokok Kurma
>> 19.12.15
In sya Allah, SDR akan perbanyakkan jumlah
pohon kurma bonsai. Kira-kira 500 pokok untuk
tahun 2016 sahaja.
Daun Bismillah
>> 17.12.15
daun bismillah untuk kawan sakit kencing manis.
Turi atau Geti
>> 29.10.15
Semalam, lepas zuhur balik kampung. Prun
sepohon pokok anggur yang sudah usang (kira-
kira berumur 11 tahun). Kemudian, singgah sebentar
di SDR. Sempat snap gambar itu.
Pengurusan Baru PTL dan SDR
>> 3.10.15
Alhamdulillah, kerja kemaskini struktur
fizikal PTL selesai petang semalam. Adapun
kerja kemaskini struktur fizikal ZBD dijangka
siap pada petang Isnin. Pagi ini, mula buat
aktiviti zon indoor PTL. Atas ialah gambar
hasil kerja permulaan. Pengurusan baru
PTL mempengaruhi pengurusan SDR.
Kemaskini dan Pengurusan Terkini
>> 2.10.15
Petang Ahad atau Isnin, in sya Allah, struktur
fizikal PTL dan ZBD siap dikemaskini. Awal tahun
baru hijriyah nanti PTL akan terbahagi kepada koridor
outdoor garden dan zon indoor garden. Manakala ZBD
akan diubah menjadi stor pelbagai guna dan zon
tanaman dapur. Biar gah pada sebutan asal
jangan tak buat apa-apa ....
Tebu dan Serai
>> 1.10.15
Santai D'Rimba dah jadi rimba yang boleh
dihargakan. Alhamdulillah, Allah tidak menjadikan
sesuatu yang sia-sia.
Daun Kucai
>> 26.9.15
Minggu depan jadual kemaskini
pokok kucai dan menyemai bawang.
Akar Seruntun - Patawali
>> 21.9.15
Ahad, 20 September 2015, 9.00 pagi, bergerak
ke kampung. Sepupu kawinkan anak. 11.30 bergerak
ke SDR. Tuai apa-apa yang patut. Potong batang mulberry
untuk dikirim kepada sahabat. Kemudian, potong akar
seruntun. Nak semai beberapa pasu dan direbus
sebagai tonik kesihatan.
CerapPurnama
>> 16.9.15
9.08 pagi bergerak ke Sg. Besar. Urusan
selesai, balik kampung, jenguk tapak untuk
buat pondok persinggahan di CerapPurnama.
Kemudian, singgah di SDR menuai apa yang
patut, termasuk ubi kayu Indon. Tinjau
suatu sudut untuk nurseri anak-anak
pokok zaitun.
Masak Cuka Kurma
>> 15.9.15
dan sepat kering. Teringat sepat segar
dimasak cuka, lebih baik cuka kurma; dan
sepat kering direndam dalam air asam jawa.
Wow, perlu balik kampung dan boleh
jenguk SDR. Bila? Besok?
Peria Katak Makanan Manusia
>> 9.9.15
peria katak yang disemai pada hari Isnin sudah
bercambah. Kelihatan sungguh sihat dan stabil.
Subhanallah ...
Asparagus
>> 5.9.15
yang tertera dalam gambar di atas. In sya
Allah, minggu hadapan buat keputusan.
SDR dah jadi Rimba
>> 31.8.15
di SDR. Jenguk suasana dan keadaan.
Gambar-gambar di atas bercerita.
Zaitun Keturunan Turkey dan USA
>> 27.8.15
jenguk sini dapat dua batang anak pokok zaitun.
Yang dalam pasu besar tu keturunan Turkey; dan yang
dalam pasu kecil pula keturunan semai biji dari
USA. Masing-masing nombor 270815 dan 270815-S.
Subhanallahhh ...
Zaitun keturunan Turkey
>> 25.8.15
anak pokok zaitun keturunan Turkey. Subhanallah.
Pokok ini guna nombor 250815. Alhamdulillah ...
Anak Pokok Zaitun Kalamata
>> 1.8.15
dari Mesir mulai rancak bertunas baru. Jumlah
anak pokok zaitun kini sudah mencukupi untuk
tanaman satu ekar kebun. Subhanallah ...
Alhamdulillah, sepohon lagi pokok zaitun
>> 15.7.15
PTL. Kejap lagi nak hantar anak, menantu
dan cucu-cucu ke airport ...
Pokok-Pokok Zaitun Malaysia
>> 14.7.15
tanam 3 rumpun petola, 5 rumpun kacang buncis,
tanam 90 biji kangkung, kemas-kini pokok-pokok
bonsai anggur dan mulberry serta 30 pokok
zaitun. Alhamdulillah ...
Anak Pohon Zaitun dari Mesir
>> 11.7.15
dari Mesir telah dipindahkan ke dalam pasu. Ia
dihadiahkan oleh Fadhilah Arshad, anak-sedara saya
yang tiba dari Mesir. Pada saya ini adalah antara
hadiah yang termahal. Jazakillahu khairan
kathiran ya binti akhi.
Angaukan Bonsai
>> 2.7.15
isu. Hati sudah berkenan dan mata pun sudah
bersetuju. Dua bahan telah dipasukan petang
semalam di SDR. Beberapa hari ni angau
nak buat bonsai sahaja.
Pokok Dwarf Mulberry
>> 30.6.15
Tree (dengan izin). Hari ini tambah dua pokok
lagi. Tapi, yang dua ini baru proses permulaan.
Yang minggu lepas tu dah masuk proses kedua.
Menuai Hasil Tanaman di SDR
>> 20.6.15
Alhamdulillah, sebelum terbit matahari
dah sampai di SDR. Tinjau dan siram semaian.
Tuai sedikit peria katak, pucuk gajus, buah
mangga, buah belimbing (terbanyak, 42 kg.)
dan cili tomyam.
Alhamdulillah, Sebatang Lagi Pohon Zaitun
>> 14.6.15
yang ditut berakar banyak. Dipotong dan dipindahkan
ke dalam pasu sendiri. Bertambah lagi koleksi pohon
zaitunku. Subhanallah w alhamdulillah ...
Berkat usaha, tawakkal, sabar menunggu
dan iman kepada Allah yang Maha Kaya lagi
Maha Pemberi ...
Anak Pokok Zaitun Hindi
>> 13.6.15
disemai pada 23 Ogos 2014 telah bertunas
dan cepat membesar. Subhanallah w alhamdulillah.
Berkat tawakkal, sabar menunggu dan beriman
kepada Allah yang menghidup dan mematikan.
Zon Belakang Dapur (ZBD)
>> 10.6.15
Di belakang rumah ada sebatang jalan.
Kira-kira 15 x 3 kaki luas saya gunakan
untuk meletak pokok-pokok dapur yang ditanam
dalam pasu. Saya namakan kawasan ini sebagai
ZBD (Zon Belakang Dapur). Ia dimajukan sehingga
tahun 2001. Kemudian ia diabaikan. Hari ini,
saya majukan semula. Bersihkan kawasan dan
kemaskini pokok-pokok dapur yang masih
ada. Alhamdulillah, dah siap kira-kira
4 x 3 kaki. Yang lain, in sya Allah,
lain hari. Target siap sebelum
Ramadhan. Atas: Gambar hasil
kerja pagi tadi.
Bonsai Pokok Kurma: Bermula
>> 9.6.15
Dah 10 pasu bertukar tangan....
Hasil Tut Pohon Zaitun hari ini
>> 6.6.15
pohon zaitun. Semoga hidup dan stabil hendaknya.
Subhanallah walhamdulillah.
Pohon Zaitun Berkata-kata?
>> 4.6.15
dengan para zaitun. Sepohon dari mereka
berkata: Cadang nak berbunga dan seterusnya
berbuah tahun ini, tapi dah ditut keliling,
atas dan bawah maka terpaksa ditangguhkan.
Bonsai Pokok Kurma
>> 1.6.15
pagi saya terus bergerak ke SDR. Di sana
banyak kerja dapat dibuat. Antaranya
mengubah bonsai pokok kurma ke
dalam pasu (gambar).
Ranting Zaitun menjadi Pokok
cabang pokok zaitun yang ditut telah berakar banyak.
Bertambah sepohon lagi anak pokok zaitun di PTL.
Subhanallah wal-hamdulillah.
Ranting menjadi pokok.
Anak Pokok Kurma ke Kuantan
>> 30.5.15
berbagai jenis telah berpindah ke Kuantan.
Para peminat pokok yang inginkan maklumat
mengenainya boleh hubungi Puan Fatimah,
di 014 502 5080.
Lagi Pokok Zaitun Tempatan
>> 29.5.15
Jumaat, cuti besar. Rehat-rehat di PTL
dan ternampak sebatang tut zaitun berakar
banyak. Potong dan tanam dalam pasu (gambar).
Subhanallah wal-hamdulillah ...
Minyak Biji Anggur
>> 27.5.15
belah bahan makanan untuk seminggu. Sempat
juga beli minyak biji anggur keluaran Turkey.
Saja beli. Harganya RM10.60 termasuk GST.
Sedikit info ...
Umbut Kelapa
>> 26.5.15
Lepas zuhur ke SDR. Sampai balik di
rumah ketika azan maghrib. Di SDR sempat
ambil umbut kelapa. Memang tanam kelapa
untuk dapatkan umbut. Umbut kelapa
memang susah nak dapat dan
mahal harganya.
Suntik Hormon - Semaian Pohon Anggur
Selasa, pagi. Suntik hormon bunga dan
buah pada semua semaian Alphonse lavallee.
Lepas zuhur nanti, in sya Allah, ke SDR.
Antara kerja penting ialah meninjau
lokasi Zon Pohon Anggur.
Alphonse Lavallee mulai bertunas
>> 25.5.15
disemai pada 19 Mei, 2015 mulai bertunas.
In sya Allah, mulai 19 Jun, 2015 boleh
dipindahkan ke dalam bekas berasingan.
- Semaian terawat.
Tanam Anggur Semula
>> 24.5.15
dalam bidang Pokok Anggur setelah berehat
selama kira-kira 10 tahun (sejak 2004).
Pada 19 Mei yang lepas saya menyemai
70 batang keratan terawat untuk
tanaman di PTL dan SDR.
Pemasaran anak pokok serta kursus pengurusan
pohonnya, in sya Allah, mulai awal 2016.
Subscribe to:
Posts (Atom)