012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Pokok Dwarf Mulberry

>> 30.6.15

Pada 26hb. dah buat satu Dwarf Mulberry
Tree (dengan izin). Hari ini tambah dua pokok
lagi. Tapi, yang dua ini baru proses permulaan.
Yang minggu lepas tu dah masuk proses kedua.

Read more...

Menuai Hasil Tanaman di SDR

>> 20.6.15

Pokok Cherry mulai berbuah.

Alhamdulillah, sebelum terbit matahari
dah sampai di SDR. Tinjau dan siram semaian.
Tuai sedikit peria katak, pucuk gajus, buah
mangga, buah belimbing (terbanyak, 42 kg.)
dan cili tomyam.

Read more...

Alhamdulillah, Sebatang Lagi Pohon Zaitun

>> 14.6.15

Ahad, pagi. Sebatang lagi cabang pohon zaitun
yang ditut berakar banyak. Dipotong dan dipindahkan
ke dalam pasu sendiri. Bertambah lagi koleksi pohon
zaitunku. Subhanallah w alhamdulillah ...

Berkat usaha, tawakkal, sabar menunggu
dan iman kepada Allah yang Maha Kaya lagi
Maha Pemberi ...

Read more...

Anak Pokok Zaitun Hindi

>> 13.6.15

Alhamdulillah, biji Zaitun Hindi yang
disemai pada 23 Ogos 2014 telah bertunas
dan cepat membesar. Subhanallah w alhamdulillah.
Berkat tawakkal, sabar menunggu dan beriman
kepada Allah yang menghidup dan mematikan.

Read more...

Zon Belakang Dapur (ZBD)

>> 10.6.15


Di belakang rumah ada sebatang jalan.
Kira-kira 15 x 3 kaki luas saya gunakan
untuk meletak pokok-pokok dapur yang ditanam
dalam pasu. Saya namakan kawasan ini sebagai
ZBD (Zon Belakang Dapur). Ia dimajukan sehingga
tahun 2001. Kemudian ia diabaikan. Hari ini,
saya majukan semula. Bersihkan kawasan dan
kemaskini pokok-pokok dapur yang masih
ada. Alhamdulillah, dah siap kira-kira
4 x 3 kaki. Yang lain, in sya Allah,
lain hari. Target siap sebelum
Ramadhan. Atas: Gambar hasil
kerja pagi tadi.

Read more...

Bonsai Pokok Kurma: Bermula

>> 9.6.15

Beginikah bermula Bonsai Pokok Kurma?
Dah 10 pasu bertukar tangan....

Read more...

Hasil Tut Pohon Zaitun hari ini

>> 6.6.15

Subuh di PTL. Potong sebatang tut cabang
pohon zaitun. Semoga hidup dan stabil hendaknya.
Subhanallah walhamdulillah.

Read more...

Pohon Zaitun Berkata-kata?

>> 4.6.15

Hari ini di PTL. Muktamar mingguan
dengan para zaitun. Sepohon dari mereka
berkata: Cadang nak berbunga dan seterusnya
berbuah tahun ini, tapi dah ditut keliling,
atas dan bawah maka terpaksa ditangguhkan.

Read more...

Bonsai Pokok Kurma

>> 1.6.15

Setelah aktif di PTL hingga jam 10.00
pagi saya terus bergerak ke SDR. Di sana
banyak kerja dapat dibuat. Antaranya
mengubah bonsai pokok kurma ke
dalam pasu (gambar).

Read more...

Ranting Zaitun menjadi Pokok

Hari ini, 010615, alhamdulillah, sebatang lagi
cabang pokok zaitun yang ditut telah berakar banyak.
Bertambah sepohon lagi anak pokok zaitun di PTL.
Subhanallah wal-hamdulillah.
Ranting menjadi pokok.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP