012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Kawan Tanya Rahsia

>> 12.1.09


Biji Golden Kiwi yang disemai petang semalam mulai tumbuh petang ini. Hhmmm, kelihatan mudah sahaja kan? Yelah, setelah bertahun membuat kajian, sekarang senang tumbuh. Sebelum itu, dah berkilo-kilo yang disemai, berbulan-bulan malah bertahun-tahun di tapak semaian, satu pun tak ada yang tumbuh.


Seorang sahabat dari Taman Flora talipon dan bertanya rahsia yang saya amalkan. Hmmm, nak tahu rahsia dalam masa beberapa minit sahaja, secara percuma pulak tu, sedangkan kajian saya bertahun-tahun dan beribu RM telah dibelanjakan.

Ok lah. Saya umumkan rahsianya sebagai berikut:

1. Biji benih hendaklah diubah circadian clock-nya. Proses ini memakan masa antara sebulan hingga tujuh bulan.
2. Semai dalam bekas yang boleh ditutup kemas, tetapi mengandungi udara yang cukup di dalamnya.
3. Pastikan media semaian itu lembab yang mencukupi sahaja, tidak berlebihan.
4. Pastikan cahaya yang mencukupi boleh menembusi ke dalam bekas menyemai.
5. Pastikan hormone yang digunakan tepat ukuran atau sukatan ppm-nya.
6. Pastikan hormone tersebut telah ditukar dari raw kepada energy. Sebaiknya, gunakan vibration system.

Selamat mencuba.

Read more...

Aktiviti Hari Ini

>> 11.1.09


Hari ini kemaskini pohon-pohon kiwi depan rumah. Semai benih yang telah menjalani pengubahan dan penyesuaian iklim sejak 02 Julai 2008.


Memproses benih golden kiwi untuk menjalani pengubahan dan penyesuaian iklim dari iklim Newzealand ke iklim Malaysia. Pengubahan dan penyesuaian ini dijangka memakan masa selama 3 bulan atau lebih.


Read more...

Pengalaman Dalam Wad

>> 8.1.09


3.25 petang Isnin, 5 Januari, baru dapat masuk wad. Setelah ambil darah, air kencing, x-ray dan ecg terus berehat. 7.35 pagi Selasa, 3 doktor pakar dan 2 doktor datang periksa. Keputusannya, ada sedikit jangkitan. Kena suntik antibiotik sebanyak 3 kali sehari. Pembedahan dipinda ke hari Isnin.

Petang, sekali lagi rombongan doktor dan pakar datang dan berbincang. Ada beberapa pesakit lain yang perlu didahulukan. Jadual pembedahan terpaksa dipinda lagi. Dijangka 16 Januari pula. Jadi, terpaksa minta cuti dan balik rumah. Pagi tadi, Khamis, mereka buat keputusan boleh bercuti di rumah dengan beberapa syarat. Ringkasnya, 3.05 petang tadi sampai di rumah.

Sampai di rumah, berehat beberapa minit, kemudian tidur kerana terlalu letih. Bangun solat maghrib dan on komputer. Ada beberapa email ucap selamat dan doa kebaikan. Email pemaya Asrol pun ada. Sebenarnya, yang kirim sms pun ramai, termasuk Mamamat.

Semak blogroll cari berbagai berita. Melawat blog kawan-kawan seperti MSK, CiberBoron, Mamamat, ManjungMari, AhmadZawawi, PakKaramu, dan banyak lagi. Tapi tak tulis komen, kerana banyak lagi blog yang hendak dilayari.

Semasa dalam wad, hanya berehat saja. Rupanya, berehat penuh ni memang meletihkan. Tak seronok. Putus dengan dunia luar. Namun, banyak juga pengalaman. Antaranya, penghuni-penghuni wad, macam tak ada yang solat. Musalla, walaupun kecil, tapi tak ada siapa. Dah la kecil, musalla itu untuk lelaki dan perempuan. Waktu subuh, tempat wudhuk ditutup. Nasib baik sudah berwudhuk selepas mandi tadi.

Antara pertanyaan yang sering dari jururawat dan penghuni wad ialah: Kenapa pakcik tidur cara yang tak sama dengan orang lain? Kenapa katil pakcik tak ada kesan digunakan. Katil orang lain terpaksa dikemas sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Pakcik punya tak perlu dikemaskini? Hmmm, sehingga keluar meninggalkan wad, katil masih kemas.

Insya Allah, hari Rabu 14 Januari akan masuk wad semula. Pembedahan dijangka pada hari Jumaat, 16 Januari. Semoga berjaya dan selamat.

Read more...

Aktiviti Sebelum Masuk Wad

>> 5.1.09


12.30 tengahari nanti akan ke HBKL untuk masuk wad. Pergi dengan Ashraf. Dia cuti dua hari. Bukan cuti kerana nak hantar abah, tapi memang kerja dia begitu. Dua hari kerja, lepas tu dua hari cuti. Begitulah seterusnya. Nampak macam kerja senang, tapi kerjanya 12 jam sehari.

Pagi ini sempat kemaskini kawasan depan rumah. Tumpuan kerja ialah pohoh kiwi sahaja. Anak pohon anggur dan lain-lain tak sempat dikemaskini. Insya Allah, keluar hospital nanti boleh sambung kerja.


Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP