Minggu lepas, Jumaat, bawa ayah ke Hospital Selayang.
Tangguh projek nak laser batu karang dalam buah pinggang.
Insya Allah, tiga bulan lagi pemeriksaan susulan.
Isnin, bawa Anas masuk wad di Hospital Putrajaya.
Selasa pagi, selamat menjalani pembedahan.
Rabu petang, dibenarkan balik ke rumah.
Rabu pagi, Fawzan selamat menjalani pembedahan kecil
pada pangkal gusinya di Hospital USM Kubang Kerian.
Khamis, lepas subuh, ke kebun. Kawan tolong buat tandas.
Kemaskini sekeliling beberapa pokok pisang.
Hari ini, Jumaat, berehat.
Read more...
Masakan tengahari ini.
Hari ini ada mood nak turut ke dapur. Tapi, nak masak apa
yer? Fikir punya fikir, minta tolong isteri belikan daging.
Setelah direbus seketika barulah dipotong dan dimasak
menggunakan resipe baru dicipta. Dalam gambar atas tu
ialah hasil masakan yang dimaksudkan. Tapi belum dirasa.
Wow, nampak macam sedap lagi lazat!
Read more...
Gambar atas diambil pada 10 Disember 2011.
Melalui gambar itu dapat tengok diri sendiri yang dah jauh berubah.
Memang banyak yang dah berubah. Selain usia, bentuk badan juga berubah.
Sekarang dah gedempol, bukti ada berbagai penyakit.
Haa, badan pun dah PJK.
Kaaahhhhh, kah kah.
Read more...
Selasa, 3 Januari 2012. Usia bertambah setahun lagi, semalam.
Lepas solat subuh, pecut hantar Anas ke MCKK. Dari rumah ke sana
hanya memakan masa 2jam 14minit.
Lepas keluarkan barang-barang ke asrama, bawa Anas beli tiket bas
untuk balik pada hari Sabtu esok. Kemudian, ke Masjid Ridhwaniyah dan
makan-makan di gerai tepi sungai bandar KK.
Lepas tu hantar semula Anas ke asrama. Kemudian, pecut balik
ke Bukit Kapar. Ada dua tempat jerangkap had laju. Tak pasti
sama ada kena atau tidak. Dari MCKK ke Bukit Kapar hanya
memakan masa 2jam 12minit.
Wow, merempit hari ni ...?
Read more...