012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Sebuah Puisi deklamasi selebriti Oki Setiana Dewi

>> 11.3.12

Negeri Kelantan Seindah Namamu

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali.

Dipetik dari sini ...

Read more...

Hal ehwal negara ...? Kaaahhhhh, kah kah ...!

>> 9.3.12

Sumber: Google.

Sepagian lepak dalam rumah. Kembara maya. Rata-rata dah
sampai. Lepas Jumaat akan keluar negeri. Maksudnya, luar
negeri Selangor. Ada urusan negara. Hhmm, urusan negara.
Kalau urusan dunia, tempatnya di kebun.

Insya Allah, lewat petang Sabtu, urusan di luar negeri
akan selesai. Ahad, ada urusan dunia di SantaiD'Rimba.

Read more...

Soto tersedap dan kopi terlazat

>> 8.3.12

Gambar: Google.

Kira-kira jam 9.00 pagi sampai ke SantaiD'Rimba.
Keadaan di situ baru lepas hujan kuat. Saya hanya
menabur racun furadan pada setiap perdu pokok pisang.
Cukup 200 perdu saya berhenti. Letih. Sambil rehat
jerang teh koboi.

1.16 tengahari bergerak balik. Singgah makan soto di
Soto Sg. Serdang. Wow, memang sedap. Dalam pengalaman
saya sotonya memang tersedap; dan kopinya pula memang
terlazat. Kalah kopi mamak. Wow, boleh ajak isteri
gi makan di situ, suatu ketika nanti.

Read more...

Pokok Kiwi Madu

>> 6.3.12

Jam 12.46 tengahari bergerak ke Kapar. Saya singgah
buat kiriman wang untuk Anas. Isteri singgah bank lain
kerana urusan berasingan.

1.44 kami singgah ke Masjid Batu 10 Tg. Karang. Solat jama'.
Kemudian ke SantaiD'Rimba. Macam biasa - kemaskini pokok-pokok
pisang. Sebelum balik, sempat tanam tiga pokok kiwi madu. Pancang
sementara ialah batang ubi.


Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP