012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Delima Berbuah

>> 4.7.12

Pagi tadi ke nurseri pokok-pokok di Sekinchan.
Cadang nak beli anak pokok ciku. Wow, sepokok kecil
berharga RM38.00. Kalau pokok ciku biasa harganya dah
segitu, tentulah harga anak pokok ciku mega jauh lebih
mahal. Saya fikir, harga-harga itu tidak berpatutan.
Maksudnya, tak jadi beli anak pokok ciku.

Masa nak keluar dari situ, ternampak pokok delima yang
sudah berbuah. Harganya RM12.00 sahaja. Hmmm, beli
dan segera tanam (gambar atas).

Khasiat Buah Delima ...

Read more...

Khasiat Biji Labu

>> 3.7.12

Pagi, beli buah labu. Bersaiz kecil.
Isinya, nak dibuat lepat. Lepat Labu. Batal
cadangan awal, nak buat sayur.
Bijinya (gambar atas), dijadikan benih. Insya Allah,
akan disemaitanam pada Isnin depan.

Khasiat Biji Labu ...

Read more...

Makan Buah DiDahulukan ...

>> 2.7.12

Setelah enam hari ponteng, hari ini
ke kebun. Antara kerja yang sempat dilaksanakan ialah
membersih tapak untuk menyemaitanam biji benih labu manis.
Insya Allah, besok beli buah labu di pasar. Bijinya dijadikan
benih dan isinya dibuat sayur. Cara begini, makan buah
didahulukan dan tanam pokok dikemudiankan.
Kaaahhhhh, kah kah ...

Read more...

Masjid Terapung

>> 1.7.12

Rabu, 27 Jun. Pagi, ke selatan, Negeri Sembilan. Tengahari,
bergerak ke utara meredah Perak. Sampai ke Gorge Town, Pinang;
dan bermalam di situ.

Khamis, 28 Jun. Pagi, Ronda pasar Lorong Kulit. Tengahari,
bergerak ke Kedah dan bermalam di sana.

29 Jun, ronda Aloq Staq dan berjuma'at di Masjid Zahir.
Petang, solat maghrib di Masjid Terapung, Kuala
Perlis. Malam, menginap di Kangar.

Sabtu, 30 Jun. Pagi, ke Padang Besar. Saja meronda. Jam 1.20
tengahari bergerak pulang. Singgah solat di Masjid 'Ubudiah,
Kuala Kangsar. Hantar barang untuk Anas di MCKK.
Sampai di rumah, jam 9.08 malam.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP