Hari ini ke SDR. Sambung aktiviti
tertangguh minggu lepas. Tinjau pokok Blackberry
yang ditanam pada 02 Januari lalu. Nampak ok dan
stabil. Mudah-mudahan cepat membesar.
Tengahari, pindahkan tujuh semaian pokok anggur
Crimson Seedless ke dalam pasu plastik berasingan
(gambar atas). Insya Allah, sepuluh bulan lagi
ia akan berbuah (macam gambar bawah).
Read more...
Buah Raspberry (Hiasan. Google)
Hari ini Jumaat, 03 Jan. Dari pagi hingga petang
aktif di PTL. Mengubah cambah semaian benih Raspberry
ke dalam bekas-bekas kecil. Insya Allah, minggu akhir
Januari atau minggu awal Februari 2014 akan ditanam
di kebun. 20 bulan kemudian ia akan mengeluarkan
buah seperti dalam gambar kat atas.
Read more...
02 Januari, berpuluh tahun dahulu saya dilahirkan.
Hari ini, 02 Januari 2014, pagi lagi saya sudah aktif di
PTL. Jam 10.00 bawa pesona ke bengkel servis.
11.36 bergerak ke SDR, bertiga dengan Wah. Di sana,
tinjau semaian beberapa jenis pokok temperate. Nampak
OK semua. Jam 3.00 petang, kami bertiga menanam lima anak
pokok Blackberry. Ini adalah upacara perasmian bagi
projek pertanian temperate 2014.
Read more...
Hari ini Rabu, 01 Jan. 2014. Syukur
kepada Allah yang menganugerah ni'mat IMAN
serta semua ni'mat yang tidak terhingga.
Antara anugerah Allah pada hari ini ialah
kelahiran satu lagi baby pokok Zaitun atau
Olive ke dalam koleksi pokok-pokok Zaitun
yang saya milikki. SubhanaLLAH
walhamduliLLAH.
Baby pokok Zaitun 01012014.
Read more...