012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Ma'af Zahir Batin

>> 29.9.08


سلامت عيدالفطر
معاف ظاهير باطين
كل عام وأنتم بخير

Read more...

Air Asam Jawa Campur Belacan

>> 28.9.08


Menu makan selepas berbuka hari ini ialah: Nasi putih, ketam masak lemak, ikan kembung goreng dan penyicah air asam jawa campur belacan.

Isteri dan anak-anak cukup berselera dengan menu itu. Tapi, aku hanya nasi putih, ikan kembung goreng dan penyicah air asam jawa campur belacan. Itu saja. Itu pun bertambah. Cepat-cepat berhenti. Takut kekenyangan. Cadang nak berjaga malam ni.

Petang besok, kali terakhir berbuka. Menu apa belum tahu. Lusa, kami berhari raya. Balik kampung jumpa ayah dan makcik. Rabu, balik kampung lagi. Berkumpul adik-beradik dan ziarah keluarga sebelah almarhumah ibu dan adik-beradik sebelah isteri. Khamis barulah beraya di rumah sendiri. Ziarah beberapa orang di sini. Lepas tu, tunggu green-light dari besan.

Itulah saja makro-jadual raya tahun ini.

Read more...

Keletah Naufal Malam Ini

>> 27.9.08


Bawah ialah sebahagian keletah cucu kami Muhammed Naufal. Pukul 10.00 malam barulah dia setuju masuk tidur.


Read more...

Anak Cucu Semua Ada


Farid dan Nani tak jadi berangkat ke Kelantan malam tadi. Pembatalan itu atas nasihat mertua Farid (ibu Nani, besan kami). Nasihat orang tua tentulah ikhlas, jujur dan berasas.

Anis, Lily dan Naufal sampai tengahari tadi. Jadi, semua anak, menantu dan cucuk berkumpul semasa berbuka petang tadi. Walaupun makanan yang disediakan sederhana sahaja tapi kami seronok dan berselera makan. Hampir semua makanan licin. Kalau ada kuih (tadi, tak ada kuih) mungkin licin juga.

Insya ALLAH, dengan berkat berpuasa, kami akan terus hidup secara sederhana. Tidak akan mengada-ngada dan tidak akan membazir.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP