Lepas Jumaat gi bank, keluarkan duit. Kemudian gi Klang, masukkan
duit ke akaun USM Kubang Kerian. Bayaran yuran Fawzan.
Sementara tunggu Fawzan berurusan, perut dah meragam. Tengok jam,
wow, kira-kira empat jam lagi waktu berbuka. Jampi sana jampi sini,
perut dah ok. Sampai rumah, Anas dah balik dari MCKK.
Jam 5.30 petang, ambil tugas masak lauk untuk anak-anak berbuka.
Antara lauk berbuka petang ini ialah Begedil Daging Putar ala-Arab.
Resepinya senang sangat. Daun sup, daup bawang, bawang putih,
serbuk ketumbar, cili besar, sedikit tepung, sedikit garam dan
daging putar (minted). Minyak untuk menggoreng.
Gambar atas diambil sebelum berbuka. Lepas berbuka, licin.
Read more...
Sumber gambar.
Gambar-gambar dalam
Gambar Dulu, Cerita Kemudian - 1 ialah
gambar طعمية yang belum digoreng dan yang sudah digoreng.
Adapun gambar-gambar dalam
Gambar Dulu, Cerita Kemudian - 2
ialah gambar طعمية yang siap sedia untuk dimakan
(Awas, gambar tak boleh dimakan).
Ini ialah antara makanan yang amat saya minati ketika
belajar di Kaherah tempohari. Sekarang, dah lebih dari
35 tahun tak pernah makan. Saya amat rindu kepadanya.
Saya cuba search melalui Google Arab dan dah dapat resepinya.
Insya Allah, lepas raya nanti nak buat. Hhmmm, nyam, nyam.
Kepada yang nak tahu resepi umumnya adalah sebagai berikut:
Kacang kuda, daun parsley, daun ketumbar, daun dill, daun bawang,
daun sup, bawang besar, bawang putih, cili besar, jintan manis,
biji bijan, baking powder dan sedikit garam. Minyak sayur
untuk menggoreng.
طعمية disebut juga sebagai فلافل.
Read more...
Cerita mengenai gambar-gambar di atas
akan menyusul melalui posting selepas ini.
Read more...
Cerita mengenai gambar-gambar ini, insya Allah,
dalam posting akan datang.
Read more...