7.33 pagi dah mula buat aktiviti PTL.
Dah dua hari tidak berehat ke SantaiD'Rimba.
Memindahkan cambah benih cherry dan epal
ke dalam bekas-bekas berasingan.
Cambah cherry.
Cambah epal.
Read more...
Kali ini, dengan teknologi terkini, semaian
benih blackberry telah menghasilkan anak pokok
yang sungguh cantik serta sihat.
Seterusnya di sini ...
Read more...
Hari ini Ahad. Pagi-pagi lagi dah sibuk dengan
pelbagai aktiviti PTL. Antaranya menyemai benih-benih
Blackberry, Raspberry dan Blueberry. Pesanan dan tempahan
dari para peminat semakin banyak. Terfikir juga nak buka
nurseri anak-anak pokok temperate.
Dua-tiga hari lagi nak pindahkan cambah anak benih pokok-
pokok Cherry (Burlat) dan Apple (Granny Smith) ke dalam bekas
yang berasingan. Jika lambat dipindahkan maka cambah itu akan
terkulai layu dan terus mati. Gambar-gambar pagi tadi:
Cambah Cherry.
Cambah Apple.
Read more...
Hari ini, Sabtu, buat kerja-kerja PTL sahaja.
Memindahkan beberapa anak pokok blackberry ke dalam
pasu yang lebih besar. Persiapan yang dibuat pada
24 Oktober kelmarin tidak mencukupi.
Lepas solat Asar tonton beberapa video mengenai
blackberry. Wow, banyak dapat idea. Seronok tengok
ladang. Cadang nak buat kebun? Tak perlu luas?
Setengah ekar? Cukup?
Insya Allah, besok (Ahad), akan menyemai lebih
banyak benih blackberry dan pink raspberry.
Read more...