Kenduri Syukur Di Rumah Ayah
>> 18.8.08
Hari ini, Isnin, adik-adik buat kenduri kesyukuran di rumah ayah. Semua anak ayah hadir. Sebahagian besar cucu-cicit ayah juga datang. Merekalah yang bertungkus-lumus menjayakannya. Aku hanya tolong makan. Tak huloq baghang seduit. Tak malu pun!!!
Lepas solat zuhur berjama'ah ayah tanya: Hang kigha dak, beghapa oghang semua. Ghamai no. Seghonok!!!.
Sebelum bersurai sempat menubuhkan Tabung Amanah untuk semua keluarga. Tujuan utamanya ialah untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Yang nak belajar, yang nak kawin dan macam-macam lagi.
Sebagai yang sulong aku dipilih sebagai pengerusi. Hmm, nampaknya kena design betul-betul projek ni. Tapi tak apa, adik-adik aku banyak idea dan buah fikiran yang baik-baik. Selain mereka, anak buah pun ramai. Mereka banyak pandangan yang bernas. AlhamdulilLAH, kami adalah keluarga yang bersatu-padu, hormat-menghormati dan saling bantu-membantu.
Kata orang, hidup yang seronok kerana kaum kerabat yang bekerjasama, tolong menolong dan bersatu padu. AlhamdulilLAH!!!
0 comments:
Post a Comment