012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Aktiviti Semalam Dan Hari Ini

>> 29.1.09


Semalam, Rabu: Balik kampung ziarah ayah dan makcik. Lepas zuhur, ziarah sahabat rapat ayah. Dia sedang uzur sejak beberapa bulan.

Ke rumah biras dan borak-borak. Kemudian, ke rumah ipar tengok projek lintah dan ikan puyu. Terfikir juga, kenapa belum ada teknologi pelihara lintah dan ikan dalam satu kolam?

Akhir sekali, ziarah sepupu ayah yang juga sedang uzur sejak 3 minggu lepas. Dia kena serangan cikgukunya (susah sangat nak sebut). Ubat yang digunakan ialah penadol dan 100 plus.

Sebelum tu, sempat beli ikan keli di pasar Sekinchan. Cadang nak dikeringkan. Dah lama tak makan ikan keli kering dengan pulut. Sempat juga tanya ikan haruan kering. Wow, RM42.00 sekilogram. Dalam tahun-tahun 1955 - 1958, harga haruan kering hanya 0.20 sen sekati.

Hari ini, Khamis: Jam 5.40 pagi dapat SMS bagitahu cucu di Nilai demam. Kami bergegas bangun tunggu masuk Subuh. Lepas solat, bergerak ke Nilai. Kesian cucu kami demam. Tapi abang kembarnya happy macam biasa sahaja.

Tengahari, balik di rumah dan tidur sekejap. Petang, ke Shah Alam borak-borak dan berbincang dengan bloggers yang tak asing lagi, iaitu ISA, notoumno, matcomot dan Zubli. Balik di rumah, makan burger. Erkkk, dah kenyang.

Read more...

Lantai Katil Jadi Pintu

>> 27.1.09


Semalam, semua anak ada di rumah, kecuali Anis berada di Pahang. Sebelah pagi, bersama Zul dan Anas buat kerja depan rumah. Yang penting sekali kami modify lantai katil buruk untuk dijadikan pintu pagar depan rumah.

Zul buat kerja potong-memotong. Anas pula buat kerja paku-memaku. Belum tengahari, kerja dah siap. Lihat gambar kat bawah ni:


Tengahari hujan lebat. Lepas zuhur, buat kerja-kerja ringan dalam rumah dan tidur. Petang, sambung tidur.

Read more...

Gambar Dua Lubang Di Pinggang Kiri

>> 26.1.09


Di bawah ialah gambar 2 lubang di sebelah pinggang kiri hasil operasi yang dilakukan pada 16 Jan untuk mengeluarkan batu karang. Gambar dirakam pada 24 Jan lepas.

Sebenarnya, bahagian luka tu tak sakit, malah segera sembuh. Yang agak terasa sikit ialah sentuhan terhadap buah-pinggang (menyedut keluar batu karang). Maklumlah, disentuh. Namun, rawatan awal lebih baik dari terlambat. Pada teorinya, jika tidak dilakukan pembedahan maka buah-pinggang itu akan membengkak dan menjadi rosak. Justerus, aku memilih supaya dilakukan pembedahan. Alhamdulillah, batu karang tu (lebih dari 10 butir) sudah dikeluarkan, selain dihancurkan.


Read more...

Lagi Pengalaman Di HBKL

>> 22.1.09


Rabu, 14 Jan., masuk wad HBKL; dan sekali lagi berjumpa kawan-kawan yang senasib kerana beberapa kali tertangguh operation. Kebanyakan mereka merungut, marah dan ada juga yang maki-maki doktor. Tempiasnya tentulah kena pada jururawat.

Aku dapat berkenalan dengan beberapa rakan yang satu kepala dan sehati. Kami tak marah, tak merungut dan jauh sekali dari memaki doktor. Kami dapat melihat dan memikir sendiri betapa seboknya mereka menjalankan tugas. Pesakit yang tak diduga juga datang dari merata tempat. Banyak yang perlu tindakan segera. Jadi, sebagai insan, kami rela memberi jadual kami untuk mereka. Demi keselamatan yang lebih memerlukan.

Satu perkara lagi, yang marah-marah dan yang maki-maki doktor tu nampaknya memang tak kenal sejadah. Sikap yang ketara ialah angkuh, sombong dan gila pangkat. Yang Melayunya tak pandai cakap melayu.

Aku dan kawan-kawan yang sekepala dan sehati selalu mengadakan halaqah secara senyap. Bincang pasal panduan Islam mengenai sakit, solat jamak dan qasar, termasuk cara solat sakit dalam wad. Jadi, sebelum kami masuk OT, kami berwudhuk terlebih dahulu. Berdoa kepada Allah yang menentukan jadual kami.

16 Jan., Jumaat, jam 10.20pagi aku dibawa masuk OT. Sampai di sana berehat kira-kira 5 minit, lalu masuk ke bilik pembedahan. Sambil cakap-cakap dengan mereka sekeliling,...... tiba-tiba aku dikejutkan. Rupa-rupanya masa telah berjalan hampir 6 jam. Aku telah dibius penuh. Aku dibawa masuk ke dalam wad; dan barulah merasa sedikit sakit. Ye la, 2 lubang dah ditebuk sebelah kiri berhampiran buah pinggang.

Hari Sabtu, buat x-ray. Alhamdulillah, batu karang yang mungkin lebih 10 butir itu dah dikeluarkan. Aku bersyukur kepada Allah dan mengucap terima kasih kepada pasukan jurubedah yang bertugas; dan reaksi mereka juga kelihatan begitu happy. Mereka suruh aku minum banyak air. Tapi aku bagi tau, aku mahu meneruskan puasa selama 48 jam lagi. Mereka tidak membantah.

Hari Selasa barulah aku mulai minum air. 7.33 pagi Rabu, aku diberitahu boleh balik rumah. Namun, urusan pentadbiran memerlukan masa amat panjang. Nak cek jadual besar, jadual kecil, pengurusan wad, bahagian farmasi, arahan-arahan dan tandatangan doktor dan lain-lain. Akhirnya, jam 3.00 petang, tiub yang dimasukkan ke dalam buahpinggang dikeluarkan. Yang tinggal, hanya tiub stenting sahaja lagi. Insya Allah akan cabut pada 5 Mac 2009. Jam 3.37petang Rabu mulai meninggalkan wad HBKL, sebuah pusat pendidikan yang sungguh unik buat seluruh hidupku.

Di bawah ialah gambar tiub yang dikeluarkan dari buahpinggang. Yang menghisap keluar batu karang dari buahpinggah. Tiub tu memang besar dan panjang. Separuh sahaja yang dimasukkan, hingga yang ada benang hitam itu sahaja, tetapi tidak menyakitkan.


Tiub ini aku curi, selepas dicabut dari buahpinggang sendiri. Tapi, curi ini tak boleh dikenakan HUDUD.

Read more...

Halaman Pepohon Impiana

>> 13.1.09

Petang tadi sambung kerja petang semalam, iaitu kemaskini pokok-pokok dan susunan pasu-pasu di halaman rumah, bahagian dalam pagar. Kini, kira-kira 60% dah siap. Bahagian luar pagar belum apa-apa.

Dulu, semasa pohon anggur penuh di halaman rumah, halaman ini dinamakan Halaman Anggur Impiana. Bila pohon-pohon anggur dijual dan dipindahkan ke kebun, digantikan dengan pokok-pokok sayuran. Halaman ini dah tak ada nama.

Sekarang, nak penuhkan halaman ini dengan pelbagai pokok pula, terutama pohon-pohon kiwi; dan termasuk beberapa pokok blackberry, sedikit pohon anggur serta dua-tiga pokok pear yang dikenitkan. Jadi, kenalah ada nama baru untuk halaman ini.

Sesuai dengan konsep rumahku adalah syurgaku,
maka halaman ini akan dinamakan sebagai
Halaman Pepohon Impiana.
Insya Allah, pada 6 Jun 2009, halaman ini siap disusun.


Read more...

Kawan Tanya Rahsia

>> 12.1.09


Biji Golden Kiwi yang disemai petang semalam mulai tumbuh petang ini. Hhmmm, kelihatan mudah sahaja kan? Yelah, setelah bertahun membuat kajian, sekarang senang tumbuh. Sebelum itu, dah berkilo-kilo yang disemai, berbulan-bulan malah bertahun-tahun di tapak semaian, satu pun tak ada yang tumbuh.


Seorang sahabat dari Taman Flora talipon dan bertanya rahsia yang saya amalkan. Hmmm, nak tahu rahsia dalam masa beberapa minit sahaja, secara percuma pulak tu, sedangkan kajian saya bertahun-tahun dan beribu RM telah dibelanjakan.

Ok lah. Saya umumkan rahsianya sebagai berikut:

1. Biji benih hendaklah diubah circadian clock-nya. Proses ini memakan masa antara sebulan hingga tujuh bulan.
2. Semai dalam bekas yang boleh ditutup kemas, tetapi mengandungi udara yang cukup di dalamnya.
3. Pastikan media semaian itu lembab yang mencukupi sahaja, tidak berlebihan.
4. Pastikan cahaya yang mencukupi boleh menembusi ke dalam bekas menyemai.
5. Pastikan hormone yang digunakan tepat ukuran atau sukatan ppm-nya.
6. Pastikan hormone tersebut telah ditukar dari raw kepada energy. Sebaiknya, gunakan vibration system.

Selamat mencuba.

Read more...

Aktiviti Hari Ini

>> 11.1.09


Hari ini kemaskini pohon-pohon kiwi depan rumah. Semai benih yang telah menjalani pengubahan dan penyesuaian iklim sejak 02 Julai 2008.


Memproses benih golden kiwi untuk menjalani pengubahan dan penyesuaian iklim dari iklim Newzealand ke iklim Malaysia. Pengubahan dan penyesuaian ini dijangka memakan masa selama 3 bulan atau lebih.


Read more...

Pengalaman Dalam Wad

>> 8.1.09


3.25 petang Isnin, 5 Januari, baru dapat masuk wad. Setelah ambil darah, air kencing, x-ray dan ecg terus berehat. 7.35 pagi Selasa, 3 doktor pakar dan 2 doktor datang periksa. Keputusannya, ada sedikit jangkitan. Kena suntik antibiotik sebanyak 3 kali sehari. Pembedahan dipinda ke hari Isnin.

Petang, sekali lagi rombongan doktor dan pakar datang dan berbincang. Ada beberapa pesakit lain yang perlu didahulukan. Jadual pembedahan terpaksa dipinda lagi. Dijangka 16 Januari pula. Jadi, terpaksa minta cuti dan balik rumah. Pagi tadi, Khamis, mereka buat keputusan boleh bercuti di rumah dengan beberapa syarat. Ringkasnya, 3.05 petang tadi sampai di rumah.

Sampai di rumah, berehat beberapa minit, kemudian tidur kerana terlalu letih. Bangun solat maghrib dan on komputer. Ada beberapa email ucap selamat dan doa kebaikan. Email pemaya Asrol pun ada. Sebenarnya, yang kirim sms pun ramai, termasuk Mamamat.

Semak blogroll cari berbagai berita. Melawat blog kawan-kawan seperti MSK, CiberBoron, Mamamat, ManjungMari, AhmadZawawi, PakKaramu, dan banyak lagi. Tapi tak tulis komen, kerana banyak lagi blog yang hendak dilayari.

Semasa dalam wad, hanya berehat saja. Rupanya, berehat penuh ni memang meletihkan. Tak seronok. Putus dengan dunia luar. Namun, banyak juga pengalaman. Antaranya, penghuni-penghuni wad, macam tak ada yang solat. Musalla, walaupun kecil, tapi tak ada siapa. Dah la kecil, musalla itu untuk lelaki dan perempuan. Waktu subuh, tempat wudhuk ditutup. Nasib baik sudah berwudhuk selepas mandi tadi.

Antara pertanyaan yang sering dari jururawat dan penghuni wad ialah: Kenapa pakcik tidur cara yang tak sama dengan orang lain? Kenapa katil pakcik tak ada kesan digunakan. Katil orang lain terpaksa dikemas sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Pakcik punya tak perlu dikemaskini? Hmmm, sehingga keluar meninggalkan wad, katil masih kemas.

Insya Allah, hari Rabu 14 Januari akan masuk wad semula. Pembedahan dijangka pada hari Jumaat, 16 Januari. Semoga berjaya dan selamat.

Read more...

Aktiviti Sebelum Masuk Wad

>> 5.1.09


12.30 tengahari nanti akan ke HBKL untuk masuk wad. Pergi dengan Ashraf. Dia cuti dua hari. Bukan cuti kerana nak hantar abah, tapi memang kerja dia begitu. Dua hari kerja, lepas tu dua hari cuti. Begitulah seterusnya. Nampak macam kerja senang, tapi kerjanya 12 jam sehari.

Pagi ini sempat kemaskini kawasan depan rumah. Tumpuan kerja ialah pohoh kiwi sahaja. Anak pohon anggur dan lain-lain tak sempat dikemaskini. Insya Allah, keluar hospital nanti boleh sambung kerja.


Read more...

Aktiviti Hari Ini

>> 4.1.09


9.40 pagi bergerak dari Bukit Kapar ke Kuala Kangsar. Jam 12.28 sampai sana dan minum-minum dengan MSK. Serah barang-barang dan bincang program CERIA dan UMAR. Juga taklimat mengenai Dr. Mujaini Tarimin nak sponsor benih anggur untuk CERIA.
Jam 1.22 tengahari hantar Anas ke MC.

Dari KK ke Sri Iskandar hantar Wah, kemudian ke rumah Rashid. Tak sempat jumpa Mamamat, kerana beliau hantar anak ke Ta'iyah, Ipoh.
Jam 9.08 malam, sampai balik di rumah.

Read more...

Kelam Kabut Tapi Bagus

>> 3.1.09


Beberapa hari dulu, HBKL talipon bagi tahu, 7 Jan masuk wad dan 9 Jan buat operation. Sebelum tu, HBKL bagi tahu, 9 Jan kena x-ray. Tengahari tadi, pakar urologi HBKL bagi tahu, 5 Jan masuk wad dan 7 Jan operation. Petang tadi, pakar tu talipon lagi. Maksudnya, HBKL ni agak kelam kabut sikit dari aspek buat catatan dan orang yang bertanggungjawab. Namun, saya akan ikut maklumat dari pakar. Sebab, dia sendiri yang talipon saya dan dua kali buat panggilan.
Begitu concern dia pada pesakit.

Malam ini ayah dan makcik datang ke rumah dan bermalam di sini. Memang begitu jadual bulanan. Besok, awal pagi, saya akan ke Perak hantar Wah dan Anas. Kena tinggallah ayah dan makcik di rumah. Tapi tak mengapa, kerana ayah amat mementingkan pelajaran anak-anak. Ayah dan marhumah emak bergadai bergolok menyekolahkan kami adik-adik.

Read more...

Genap 61 Tahun

>> 2.1.09


Hari ini genaplah usiaku 61 tahun. Kalau nak dikira, dosa semakin banyak. Tapi, Allah bagi masa yang panjang untuk bertaubat dan seterusnya berbuat baik. AlhamduliLLAH, semoga dapat memperbaikki diri.

Sepanjang hari berehat dalam rumah, sambil bermutala'ah perjalanan hidup yang lalu. Cuba mengingati dosa terhadap Allah dan kesalahan terhadap manusia. Mengingati bagaimana RasuluLLAH memohon keampunan dari Allah.

Malam ke Klang Central ambil Wah dari Sri Iskandar. Semasa balik, singgah beli satey. Semasa makan teringat anak-anak yang sedang berjauhan. Lusa, Ahad, hantar Wah ke UiTM Perak dan Anas ke MCKK. Mulai hari itu hingga ke suatu masa tertentu, yang bersama kami hanya Fathul, cucu kami. Mulai hari itu, rumah kami akan sunyi dan sepi dari anak-anak. Namun, alhambulillah, kami mempunyai cucu-cucu dan seorang daripada mereka bersama kami.

Itu kehidupanku di dunia. Itu sudah 61 tahun atau itu baru 61 tahun. Aku bermohon daripada Allah agar kekalkan imanku terhadapNya dan senaraikan diriku ke dalam golongan husnil-khatimah اللهم أحيني وأمتني بالإيمان وأكتبني بحسن الخاتمة.

Read more...

Bertemu Sahabat Yang Budiman


Malam tadi, jam 8.45 ke rumah sahabat karib sejak usia belasan tahun. Ajak dia keluar minum-minum di Meru. Borak punya borak, sedar-sedar dah pukul 12.37 pagi. Kami pun bergerak balik.

Sahabat tu namanya Dr. Mujaini Tarimin, pesara Prof. Madya UiTM. Sekarang bertugas di sebuah kolej universiti. Walaupun rumah kami berdekatan tapi dah lama tak berborak panjang. Sesekali jumpa di tempat kenduri hanya sekadar tanya apa kabar sahaja.

Hasil dari borak dan sembang panjang malam tadi, beliau juga optimis dengan konsep CERIA yang ditubuhkan oleh Kerajaan Maya Rakyat Perak. Dan beliau buat keputusan untuk sponsor benih-benih pohon anggur untuk CERIA. Saya bagi pihak CERIA ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan berjanji akan membawa beliau melawat tapak CERIA suatu masa nanti.

Nampaknya satu lagi tanda-tanda kejayaan KAMAR.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP