012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Lagi Pengalaman Di HBKL

>> 22.1.09


Rabu, 14 Jan., masuk wad HBKL; dan sekali lagi berjumpa kawan-kawan yang senasib kerana beberapa kali tertangguh operation. Kebanyakan mereka merungut, marah dan ada juga yang maki-maki doktor. Tempiasnya tentulah kena pada jururawat.

Aku dapat berkenalan dengan beberapa rakan yang satu kepala dan sehati. Kami tak marah, tak merungut dan jauh sekali dari memaki doktor. Kami dapat melihat dan memikir sendiri betapa seboknya mereka menjalankan tugas. Pesakit yang tak diduga juga datang dari merata tempat. Banyak yang perlu tindakan segera. Jadi, sebagai insan, kami rela memberi jadual kami untuk mereka. Demi keselamatan yang lebih memerlukan.

Satu perkara lagi, yang marah-marah dan yang maki-maki doktor tu nampaknya memang tak kenal sejadah. Sikap yang ketara ialah angkuh, sombong dan gila pangkat. Yang Melayunya tak pandai cakap melayu.

Aku dan kawan-kawan yang sekepala dan sehati selalu mengadakan halaqah secara senyap. Bincang pasal panduan Islam mengenai sakit, solat jamak dan qasar, termasuk cara solat sakit dalam wad. Jadi, sebelum kami masuk OT, kami berwudhuk terlebih dahulu. Berdoa kepada Allah yang menentukan jadual kami.

16 Jan., Jumaat, jam 10.20pagi aku dibawa masuk OT. Sampai di sana berehat kira-kira 5 minit, lalu masuk ke bilik pembedahan. Sambil cakap-cakap dengan mereka sekeliling,...... tiba-tiba aku dikejutkan. Rupa-rupanya masa telah berjalan hampir 6 jam. Aku telah dibius penuh. Aku dibawa masuk ke dalam wad; dan barulah merasa sedikit sakit. Ye la, 2 lubang dah ditebuk sebelah kiri berhampiran buah pinggang.

Hari Sabtu, buat x-ray. Alhamdulillah, batu karang yang mungkin lebih 10 butir itu dah dikeluarkan. Aku bersyukur kepada Allah dan mengucap terima kasih kepada pasukan jurubedah yang bertugas; dan reaksi mereka juga kelihatan begitu happy. Mereka suruh aku minum banyak air. Tapi aku bagi tau, aku mahu meneruskan puasa selama 48 jam lagi. Mereka tidak membantah.

Hari Selasa barulah aku mulai minum air. 7.33 pagi Rabu, aku diberitahu boleh balik rumah. Namun, urusan pentadbiran memerlukan masa amat panjang. Nak cek jadual besar, jadual kecil, pengurusan wad, bahagian farmasi, arahan-arahan dan tandatangan doktor dan lain-lain. Akhirnya, jam 3.00 petang, tiub yang dimasukkan ke dalam buahpinggang dikeluarkan. Yang tinggal, hanya tiub stenting sahaja lagi. Insya Allah akan cabut pada 5 Mac 2009. Jam 3.37petang Rabu mulai meninggalkan wad HBKL, sebuah pusat pendidikan yang sungguh unik buat seluruh hidupku.

Di bawah ialah gambar tiub yang dikeluarkan dari buahpinggang. Yang menghisap keluar batu karang dari buahpinggah. Tiub tu memang besar dan panjang. Separuh sahaja yang dimasukkan, hingga yang ada benang hitam itu sahaja, tetapi tidak menyakitkan.


Tiub ini aku curi, selepas dicabut dari buahpinggang sendiri. Tapi, curi ini tak boleh dikenakan HUDUD.

8 comments:

Hijat Panjang... January 22, 2009 at 8:50 PM  

salam dr. wahab...

Alhamdulillah...syukur kerana semuanya selamat.. Berehatlah untuk seketika..tenangkan fikiran, lega rasanya dapat perkhabaran yg dr.dah selamat menjalani pembedahan...

Mamamat January 22, 2009 at 9:14 PM  

Salam Dr.

Alhamdulillah. Moga Dr bertambah sihat, semakin ceria dan sentiasa berada dalam limpahan rahmatNya.

Pokok anggur .. 4/10 dah bertunas. Pokok Sutera yang baru, semua dah ada tunas. Mungkin 10 tanam dalam pasu .. 5 kat taman herba di satu sekolah. Baki yang banyak lagi tu belum tahu nak tanam kat mana .. tapi tempatnya dah ada, cuma rajin ker pegi jenguk.

Selamat berehat di ketenangan pepohonan kiwi

Manjungmari January 23, 2009 at 9:03 AM  

Salam Dr..
Alhamdulillah..Dah sehat... betul nasihat Dr tu,, kena banyak minum air kosong, lebih baik air tapis,, jangan air masak..tube plastik tu pun ambik... nak buat souvenier ka??? Banyak berehat...

Anonymous,  January 23, 2009 at 4:20 PM  

Assalamualaikum Dr. Saya pun mengidap masalah batu karang cm dr. walaupun saya dah berumur 49 tahun tp takut sgt nak buat operation. Apa pun syukur dr dah selamat menjalani operation. Tersentuh juga ngan mukadimah dalam entry dr kali ni, walau pun saya bukan berkhidmat dibidang 'hospital' tp kekadang sakit jiwa gak melayan public ni terutama orang kita, maaf cakap la, ngan orang bukan melayu lg senang berurusan sbb diorang lebih menghormati kita sbg penjawat awam... tersentuh lg ngan komen sdr Manjung Mari " ... nak buat souvenier ka ? ... " heh heh heh, sekian wasallam semoga dr cepat sembuh

Pengasas January 23, 2009 at 9:43 PM  

Wa'alaikumussalam semua kawan,
Terima kasih kepada semua kerana mendoakan kesihatan saya. Semoga kita semua dalam sehat sejahtera.
Untuk Anonymous, usah takut untuk dirawat awal. Kalau terlambat mungkin ada masalah. Lagipun, merawat semasa usia muda lebih baik, kerana semangat masih kuat.
Semoga anda dirawat dengan lebih mudah lagi.
Wassalam.

Unknown January 26, 2009 at 4:22 PM  

Salam Pengasas,
Semoga semakin sihat selepas pembedahan.
Teman teringat pengalaman semasa bersalin di hospital kerajaan, memang layanan kurang kerana ramai ibu yang menanti masa nak bersalin. Lebih sedih bila saya yang sepatutnyer di induce slps 24 jam di tahan diwad, tetapi ditangguhka sehingga 48 jam. Baby dalam kandungan hampir lemas & sudah makan najis nyer sikit. Masa tu tabahkan hati dan doa & istigfar banyak2.. Redho ajer lah, mungkin ini ujian saya. Alhamdulillah, selepas 24 jam bayi dibawah pengawasan ICU, keadaan nyer okay. Doktor sampai ucap tahniah sebab baby recover lebih cepat dari jangkaan doktor..

Pengasas January 27, 2009 at 9:46 AM  

Wa'alaikumussalam KakYong,
Terima kasih atas doa kesembuhan.
Memang betul tu, ibu-ibu yang nak bersalin mestilah diutamakan. Sekurang-kurangnya ada 2 nyawa yang nak diselamatkan, entah ada 3 nyawa pun.
Yang saya kesian, kakitangan hospital tak cukup. Sepatutnya kerajaan latih banyak kakaitangan hospital dari melatih pemain bola atau bedminton. Belum ada kes pemain bola atau bedminton yang selamatkan nyawa manusia.
KakYong setuju ke?

Unknown January 27, 2009 at 7:45 PM  

Sepatutnya begitu lah, latih lebih ramai jururawat & kakitangan hospital yang berkemahiran & uptodate dengan prosedur hospital, terutama di hospital daerah. Terdapat banyak kes di mana prosedur hospital daerah 'misleading' & ketinggalan berbanding hosiptal di bandar @ bandaraya. Sepatutnya dalam tempoh setahun sekali (sekurang2nya) diadakan 'latihan dalam rumah' untuk kakitangan hospital.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP