Hari ini, Isnin, jam 1.20 tengahari sampai di Hospital Ipoh ziarah ipar bersalin. Setelah berjumpa dengan adik-adik dan ipar-ipar, aku bersama Mat Saman Kati pergi menemui BloggersNetwork@Perak di pejabat mereka. Selain Mat Saman Kati sendiri ada 4 orang lagi bloggers yang bertapa di pejabat itu. Semua mereka aku kenal. Semua full time bekerja. Kira-kira jam 1.40 kami keluar makan.
Selain dengan bloggers yang 4 orang itu, aku banyak bercakap dengan PrimaMaya. Banyak perkara yang diperbualkan. Sampai kepada hal PakNawi kami seronok ketawa. Kepada para pengunjung perakexpress, tunggulah MSK akan perkenalkan beberapa rakan PakNawi pula, insya Allah. Lama tak lama sampai pukul 7.10 petang baru turun dan balik ke Klang.
Lusa, Rabu, genap sebulan mereka bertapa mengumpul ilmu dan pengalaman. Aku amat kagum terhadap mereka, terhadap kesungguhan mereka, terhadap perjuangan mereka....
Bersama Mat Saman Kati berbincang program CERIA pada 04.01.09
Read more...