012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Program Asah Parang

>> 6.2.10

Jam 3.07 petang tadi sampai di kebun. Meracun rumput sekitar pagar kebun. Sedang meracun, terbang seekor burung merbuk dari dalam semak yang diracun. Saya selak rumput, nampak sarang dan dua biji telur burung. Saya berhenti dan berfikir sebentar. Kesiaaannn, dah tersembur.

Selepas menyembur racun rumput, bersihkan biji buah labu untuk dijadikan benih. Sedang duduk membersihkan itu menjalar seekor anak ular hitam. Saya terus mencapai parang dan bertenang sebentar. Kalaulah saya seorang pendekar mungkin dah mengorak langkah seribu sambil melatah. Nasib baik saya hanya seorang pesara. Parang dihayunkan kepada ular itu dan dia menggelupur. Kelihatan belum putus. Parang dihayun sekali lagi. Dia menggeliat dan mati.

Saya teringat betapa tajam parang yang ayah gunakan untuk menyembelih lembu. Kata orang, parang ayah cukup tajam. Kalau dibaling ke kepala gajah pun kepala gajah itu akan berkecai. Kata orang lagi, parang yang tajam itu: Kalau tangan kita menghala ke matanya sejauh tiga atau empat inci maka berderau darah di badan dan meremang segala bulu roma.

Kalau begitu, parang saya belum cukup tajam. Anak ular pun tak putus dengan sekali hayunan. Jadinya, saya perlu mengasah parang saya supaya cukup tajam. Besok atau lusa saya akan mengasah parang. Program Asah Parang lah namanya tu!!!

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP